Pengenalan Organisasi Aktiviti 991 SPI
 
Kenali Pertahanan Awam. Ianya Sebahagian Dari Hidup Anda... Nyawa Yang Amat Bernilai Dapat Dipelihara Dan Diselamatkan Jika Anda Sebahagian Daripadanya.
 
 
.: LATARBELAKANG :.
Talian Kecemasan 991 Pertahanan Awam telah dilancarkan pada 20 Mei 1995 di Kuala Lumpur oleh Y.B Dato' Ong Ka Ting. Timbalan Menteri Dalan Negeri sebagai talian kecemasan untuk dihubungi oleh orang ramai bagi mendapatkan perkhidmatan bantuan dalam masa kecemasan dan kemalangan.
.: OBJEKTIF :.

Sebagai saluran komunikasi bagi orang ramai mendapatkan perkhidmatan bantuan Pertahanan Awam secara terus, cepat, berkesan dan mudah.

Mendedahkan pelbagai perkhidmatan Pertahanan Awam kepada masyarakat.

Platform bagi anggota Pertahanan Awam memperaktikkan latihan dan pengetahuan yang diperolehi dengan berhadapan situasi kecemasan sebenar.

Ruang bagi masyarakat melibatkan diri secara sukarela dalam perkhidmatan Pertahanan Awam.

.: PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN :.
  • Kemalangan Jalanraya
  • Kecemasan/ kemalangan di tempat kerja dan kediaman
  • Perkhidmatan Ambulans
  • Lemas/ hilang di air
  • Mangsa terperangkap
  • Hilang/ sesat di hutan
  • Banjir, tanah/ bangunan runtuh dan ribut
  • Menangkap/ pemusnah serangga atau binatang berbisa/ berbahaya
  • Khidmat kemasyarakatan yang lain
CARA DIHUBUNGI
i.
Anda perlu tekan atau dail nombor 991 untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan dari Bilik Operasi 991 Pertahanan Awam Malaysia.
ii.
Panggilan kecemasan anda akan dihubungi terus ke Bilik Operasi 991 yang berhampiran dengan anda
iii.
Panggilan boleh dibuat sama ada melalui telefon di kediaman/ tempat kerja, telefon bimbit atau telefon awam.
iv
Setiap panggilan kecemasan melalui talian 991 adalah percuma.
APA PERLU DINYATAKAN
Sila berikan maklumat berikut :
i.
Jenis kecemasan
ii.
Nama dan nombor telefon anda
iii.
Tempat/ Lokasi kecemasan berlaku
.: Laporan Kes 991 :.
Tahun 2001 - 414 kes
Tahun 2002 - 789 kes
Tahun 2003 - 715 kes
| Laman Utama | Pengenalan | Organisasi | Aktiviti | 991 | SPI |
| Baca Buku Tetamu | Tulis Buku Tetamu |
| Kementerian Dalam Negeri | Laman Rasmi JPA 3 | Negeri Melaka | Pendaftaran |
Copyright © 2004 JPA3 Negeri Melaka. All rights reserved.
 
Hosted by www.Geocities.ws

1