PROLOG



KOMEN

ANIMASI-SITI UCAPAN ALBUM
SAHMURA PANCAWARNA ADIWARNA CINDAI SITI NURHALIZA(2) SITI NURHALIZA(1)

ALBUM SAHMURA
Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah... Pabila album ini berada digenggaman kalian, seharusnya kita bersyukur kerana abad berganti tetapi irama tradisional kita masih terus bernadi.

Amanat dipikul ini merupakan amanat perintis bagi memastikan pada abad ke 21 ini, khazanah budaya kita terus kekal dan tidak mati ditelan zaman.

Dalam dunia serba canggih ini, kita masih mampu memelihara budaya yang terbina zaman berzaman. Kehalusan seni yang sukar dinilai dengan kata-kata.

Terimalah "Permulaan Untuk Seribu Tahun Lagi-Sahmura" daripada Siti. Apakah untuk seribu tahun akan datang, masih ada album tradisional kita? Inilah permulaan untuk seribu tahun lagi.

Terima kasih penuh berbudi buat semua pihak yang menjayakan penerbitan album ini terutamanya Suria Records, para penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, pemain muzik, penyanyi latar dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan "Sahmura" dipasaran, pada semua media elektronik dan cetak, terima kasih di atas sokongan anda.

Kitalah yang memulakan, dan jangan kita yang mengakhiri biarkan ia kekal..laksana Sahmura.

Salam ikhlas daripada Siti dan dapatkan Sahmura yang asli. Terima Kasih.

UCAPAN ALBUM
SAHMURA PANCAWARNA ADIWARNA CINDAI SITI NURHALIZA(2) SITI NURHALIZA(1)

ALBUM PANCAWARNA
Assalammualikum dan salm sejatera.

Salam pertemuan penuh mesra
Inilah album bergalang rasa, berganti cerita
Tuturnya adalah suara
Istilahnya adalah kata-kata

Nan tinggi harapan dan cita
Uutuk pencipta irama semasa
Resapilah hingga ke lubuk jiwa
Hayatilah ia sepenuh rasa
Akan hilang sepi, akan lenyap lara
Lahirnya album ini amat bermakna
Impian di dalam ini amat bermakna
Ziarahilah irama dendangku
Agar kita dekat, kita rapat walau mata tak terlihat

Terima kasih keluarga Siti dan keluarga SRC
Atas kepercayaan yang diberi
Rakan-rakan media massa dan elektronik
Uutuk penerbit, penulis lirik, penyanyi latar, penyusun muzik, juruaduan dan pemuzik undangan
Dj-Dj, penerbit-penerbit, peminat di Malaysia dan...
Indonesia, Singapura, Brunei, dll
Nescaya kerjasama anda akanmembawa kejayaan bersama

Pastikan anda membeli album Siti yang "original"
Kesayanganku adalah kamu (para peminatku).

UCAPAN ALBUM
SAHMURA PANCAWARNA ADIWARNA CINDAI SITI NURHALIZA(2) SITI NURHALIZA(1)

ALBUM ADIWARNA
-

UCAPAN ALBUM
SAHMURA PANCAWARNA ADIWARNA CINDAI SITI NURHALIZA(2) SITI NURHALIZA(1)

ALBUM CINDAI
Assalammualikum dan salam sejahtera
Inilah rakaman paling indah dalam mengetengahkan khazanah, Inilah bahasa penuh santun dalam untaian gurindam pantun, Inilah akar budi irama Melayu Asli yang masih terus bernadi.

Alhamdulillah... hasrat yang sudah lama tersemat akhirnya tercapai, Siti berasa bersyukur kerana diberikan kesempatan dan ruang untuk mengabadikan lagu-lagu Melayu tradisional di dalam sebuah album yang cukup besar ertinya.

Ia umpama karya agunug yang memberikan pelbagai intipati berzaman yang boleh dikongsi bersama. Iramanya serantau, bahasanya memukau dan dapat mengimbas kenangan lampau.

Terlebih dahulu Siti dedikasikan album ini untuk kedua ibu bapa dan juga kaum keluarga yang telah memperjuangkan lagu Melayu Asli sejak dari dulu lagi. Perjuangan kecil ini amat besar bagi Siti.

Ucapan sekalung budi Siti tujukan kepada keluarga Suria Records(Mr. Tan, Abang Adnan(Dee), Mr. Foo, Abang Sham, Abang Bard, Abang Joe, Abang Ripin, Kak Nieta, dll...) Kerana memberikan kerjasama yang baik untuk menghasilkan album ini.

Tidak lupa juga kepada mereka yang bertindak sebagai tulang belakang dalam penerbitan album ini iaitu Pak Ngah, S. Atan, para pemuzik, pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi latar dan tenaga kerja studio yang bekerja keras demi album ini. Semoga kerjasama ini akan membawa kejayaan bersama.

Kepada pencetus karya terdahulu yang lagu-lagunya masih terus bernadi, Siti mengabadikan album ini untuk kalian. Buat semua pihak media cetak dan juga elektronik, para pengarang, jurugambar, wartawan, dj-dj radio dan produser di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, kerjasama anda semua amat Siti hargai.

Tidak ketinggalan juga kepada artis-artis veteran, rakan-rakan artis, bekas guru-guru dan sahabat handai (SMC), penduduk Kuala Lipis dan semua peminat yang amat Siti sayangi, semoga album ini dapat megeratkan lagi jalinan persaudaraan antara kita.

Aku Dalam Ingatan Kalian.

UCAPAN ALBUM
SAHMURA PANCAWARNA ADIWARNA CINDAI SITI NURHALIZA(2) SITI NURHALIZA(1)

ALBUM SITI NURHALIZA(2)
Bersyukur Siti sekali lagi kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga Siti menghasilkan album kedua Siti khas buat anda semua.

Dikesempatan ini Siti ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi dorongan dan nasihat buat anaknya ini. Begitu juga kepada teman-teman seperjuangan serta peminat-peminat tersayang. Kata-kata nasihat dan peransang andan akan Siti peganag sebagai pedoman serta didalam menempuhi liku-liku dan onak duri dunia seni yang penuh mencabar ini.

Special thanks Siti khas buat orang yang berada disebalik kejayaan Siti selama ini. Mereka ialah keluarga SRC, especially Big Boss Mr. Tan & family, thanks for your support. Mr. Foo, Abg dee & family, Abg Sham & family dan terima kasih tak terhingga pada PRO SRC iaitu Abg Bard, Joe, dan Kak Nieta (kita kerja kuat). Serta tak lupa terima kasih Siti kepada mereka yang menjayakan cover album Siti, terima kasih Kak Nurul.

Begitu juga kepada penerbit album Siti kali ini, Mr Adnan yang tidak jemu-jemu membimbing Siti. Kepada komposer yang menyumbangkan lagu didalam album Siti kali ini. Terima kasih kerana sudi menyumbangkan kreativiti anda yang merupakan pengalaman bagi Siti dalam membawakan pelbagai rentak.

Kepada penerbit LY (Anne) dan Azmeer (lembik) pengalaman bekerja dengan anda cukup menyeronokkan (yes boss). Kepada backing vokal terima kasih kerana kerja keras anda.

Ucapan terima kasih Siti kepada orang yang menentukan jatuh bangun Siti sebagai artis iaitu kepada pihak media cetak dan elektronik, Dj-Dj radio di seluruh M'sia, S'pore, dan Brunei, Producer TV, TV1-RTM, TV3, Astro, Metro Vision, TCS dan RTVB dan juga pada semua editor, reporter dan juru-gambar di seluruh tanah air dan S'pore.

Akhir kata terimalah hadiah daripada Siti buat peminat dan pencinta seni.

Maaf dan wassallam.

UCAPAN ALBUM
SAHMURA PANCAWARNA ADIWARNA CINDAI SITI NURHALIZA(2) SITI NURHALIZA(1)

ALBUM SITI NURHALIZA(1)
Syukur Alhamdullilah kehadrat Illahi dengan limpah kurnianya jugak maka lahirlah album pertama daripada CT untuk anda semua.

Dikesempatan ini, CT ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang selama ini bersusah payah dalam membantu CT di dalam bidang yang sudah menjadi darah daging CT, tak lain tak bukan ialah bidang seni.Ucapan terima kasih CT pertama kali buat seluruh ahli keluarga terutama ibu dan ayah CT yang banyak memberi sokongan dan semangat kepada CT, ayah saudara CT iaitu En, Rahim Bin Bachik yang banyak memberi tunjuk ajar kepada CT, Abang CT (Ayie), Kak Zie, seluruh ahli keluarga Polis di Kuala Lipis. Especially Tuan Lufti (bekas KPD Lipis) sekeluarga yang banyak membantu CT, Tuan Hasbullah & Puan Aida(isteri) serta keluarga, Kombo Polis Kuantan serta seluruh ahli PERKEP. Tak lupa juga kepada keluarga Sek. Men. Clifford iaitu guru-guru CT yang understanding, teman-teman sekolah serta seluruh kakitangan Kebudayaan Yayasan Pahang.

To my sporting producer, Mr. Adnan Abu Hassan, Mr. Sham Amir Hussain pengurus artis, Abang Bard dan kak Azura serta kakitangan yang lain. Thank You so much!! Begitu juga para komposer, penulis-penulis lirik, Hentjie, backing vocalist, Vincent yang sama-saman bersusah payah di Studio Big Boss kita Mr. Tan, terima kasih.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak RTM yang telah menaikan nama CT, TV3, Media cetak dan elektronik, para wartawan, DJ-DJ yang sentiasa ceria serta semua individu yang telah menjayakan dalam pembikinan album CT, sokongan anda amat CT ahrgai dan untuk Itu terimalah...

Untuk Bakal Peminat-peminat CT, Tanpa Anda siapalah CT.

UCAPAN ALBUM
SAHMURA PANCAWARNA ADIWARNA CINDAI SITI NURHALIZA(2) SITI NURHALIZA(1)

Hosted by www.Geocities.ws

1