ASSALAMMUALAIKUM pembuka tirai, ku ucap penuh keamanan.
TERIMA KASIH ku ucap memulai, Ucapan penuh keikhlasan.

Saya cukup berbesar hati kerana anda sudi bertandang ke laman yang tidak seberapa ini. Telah terdapat banyak lelaman Siti diruang cyberspace yang luas ini. Mesti anda terfikir apa bezanya? Ingin saya katakan ini BUKANLAH laman rasmi Siti Nurhaliza.

Perbezaanya tidaklah banyak hanya laman ini mengandungi nama ahli channel irc galaxynet #SITINURHALIZA. Channel ini masih baru lagi, jadi saya sangat berharap ia akan mendapat sambutan yang baik. Oleh itu pembaca kalau boleh jadilah ahli channel ini, e-mail saya ya. Secara tidak langsung anda juga telah menyokong Siti yang anda minati.

SUARANYA merdu bak buluh perindu, Senyumannya melirik menambat hati,
SITI NURHALIZA kaulah satu, Sebutir bintang di persada seni.

Setelah selama empat tahun dia di dunia seni, peminatnya tetap dicurahkan senyuman, walaupun ada gossip� yang liar menikam hatinya. Tetapi dia tabah menghadapi segala ringtangan. Seperti yang telah ku menduga tidak lupa Pak Ngah juga, bahawa Siti Nurhaliza akan menjadi seorang lagenda.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin berterima kasih kepada Siti kerana mu, terbinalah laman yang dibina dengan penuh kasih sayang ini. Semoga berjaya dalam segala cita-cita mu, Siti.

Buat pembaca yang sudi membaca sampai sini. Terima kasih banyak� semoga anda gembira berada di laman ini. Buat peminat Siti semua, LUAHKAN HATI mu kepada Siti, jangan segan-segan kalau nasib laman ini baik Siti masuk baca ye tak? Siti pernah berkata, "Peminat Singapura gerek seyyyy..." jadi balaslah kata-katanya itu :)

Izarrudin
April 2000

Hosted by www.Geocities.ws

1