|
|
|
PENGENALAN RINGKAS MENGENAI HOMEOPATI Sistem perubatan Homeopati telah diperkenal dan dimajukan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843), seorang doktor dari Jerman, dalam tahun 1810. Sistem Perubatan Homeopati ini lahir hasil daripada ujikaji yang meluas dan pemerhatian yang sungguh teliti. Keistimewaan Homeopati ialah ia tidak bertentangan dengan fitrah tubuh. Dr. Hahnemann mendapati bahawa setiap benda yang boleh mendatangkan keracunan pada tubuh yang sihat boleh diolah menjadi ubat atau penawar pada diri pesakit. Oleh itu semua ujikaji yang dijalankan dalam Homeopati adalah keatas diri manusia yang sihat. bukan keatas haiwan atau manusia yang sakit. Hasil usaha yang dijalankan dengan begitu bersungguh-sungguh dan teliti telah melahirkan pelbagai jenis ubatan. Ubat Homeopati digelar penawar atau remedi. Sehingga kini, telah terdapat lebih daripada 2000 jenis remedi Homeopati. Remedi Homeopati disediakan mengikut kaedah istimewa yang hanya diamalkan dalam Homeopati, iaitu 'Potentitasi'. Penyediaan remedi mengikut kaedah ini menghapuskan langsung kesan keracunan yang terdapat dalam bahan asalnya dan dengan itu menjadikannya sangat selamat untuk digunakan tanpa sebarang kesan sampingan atau keracunan seperti yang lazimnya terdapat dalam perubatan biasa sekarang ini. Kelahiran Homeopati telah dirasakan sebagai satu cabaran dan saingan kepada perubatan konvesional. Maka timbullah berbagai tentangan terhadap perkembangan sistem perubatan baru ini. Walaupun Dr. Hahnemann terpaksa berdepan dengan pelbagai musuh, ramai pula doktor yang ingin mencuba kaedah baru ini. Maka ramailah dikalangan mereka yang tertarik dan terpengaruh dengan kebaikannya dan terus mengamalkannya. Sejak itu Homeopati telah berkembang maju dan mendapat sambutan serta sanjungan dari semua lapisan masyarakat. |