Biokimia
 Home ] Produk Era Edar ] Borang Keahlian ] Keratan Akhbar ] Senarai Harga ]       

        Next ]          

Biokimia Homeopati Herbalisme SALINDAH

EXAMO CKM500 NICOTINEX STAMINEX NOMO FET NOMO SKINDIS NOMO SNIZ NOMO GAZ NOMO SPEX BIO-LAC

 

PENGENALAN RINGKAS MENGENAI BIOKIMIA


Sistem Perubatan Biokimia telah diperkenalkan oleh DR. Williem Helmut Schuessler dari Oldenburg, Jerman dalam tahun 1873.

Menurutnya, dalam tubuh seseorang terdapat 12 garam tisu. Tubuh akan sihat dengan semua organ berfungsi sempurna, jika sekiranya semua garam tisu itu berada dalam keadaan seimbang. Penyakit akan terjadi dan organ-organ tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna jika tubuh kekurangan salah satu, atau lebih daripada satu garam tisu tersebut, atau juzuknya tidak seimbang.

Timbulnya gejala atau simptom penyakit menunjukkan tubuh itu 'meragam' akibat masalah kekurangan atau ketidakseimbangan garam tisu dalam tubuh. Berpandukan gejala atau simptom penyakit yang timbul, seseorang doktor akan dapat mengenal pasti garam tisu mana yang kekurangan atau tidak seimbang. Rawatan bagi penyakit ialah dengan membekalkan garam tisu yang diperlukan oleh tubuh.

Kaedah menyediakan remedi garam tisu Biokimia adalah secara triturasi. Sama seperti remedi Homeopati, remedi garam tisu biokimia juga tidak akan mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya dan dengan itu adalah selamat digunakan walaupun dalam jangka waktu yang panjang.


Hosted by www.Geocities.ws

1