Herbalisme
 Home ] Produk Era Edar ] Borang Keahlian ] Keratan Akhbar ] Senarai Harga ]       

        Back ] Next ]          

Biokimia Homeopati Herbalisme SALINDAH

JITRA TEABLETS PHOS-X GRIPTITE ASMAKUR EYE BRITE FEMINA MASKULEAN DIAFOOD MAILA

 

PENGENALAN RINGKAS MENGENAI HERBALISME


Herbalisme adalah jenis perubatan yang paling awal dikenali dan diamalkan oleh manusia. Sebelum terciptanya haiwan dan manusia dibumi ini, bumi telah dipenuhi oleh beraneka jenis tumbuhan. Apabila haiwan dan manusia mula mendiami bumi, mereka mula bergantung pada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan.

Semenjak awal lagi manusia telah mengetahui bahawa tumbuhan mengandungi pelbagai zat dan khasiat yang baik untuk kesihatan. Perlu diingat bahawa sebahagian besar keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh kita diperolehi daripada tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebelum perubatan moden dikenali, manusia bergantung harap pada rumusan ramuan herba dari tumbuhan untuk menyembuhkan penyakit dan menyihatkan badan. Dari generasi ke generasi, ilmu merumus ramuan herba ini diperturunkan dalam setiap masyarakat.

Oleh kerana kesan yang baik, ubatan ramuan herba tradisional ini mendapat tempat di hati masyarakat umum. Tumbuhan yang hidup meliar di negara kita ini sebenarnya cukup tinggi khasiatnya dan tidaklah kita perlu bergantung kepada herba import (luar negara) yang terlalu mahal harganya.


Hosted by www.Geocities.ws

1