Bab 3  Pengangkutan Pasif

Bab 3 Biologi Pengangkutan Pasif ( Resapan Ringkas, Resapan Berbantu ,Protein Pembawa, Protein Liang )

 

Resapan Ringkas

Resapan ringkas merupakan proses pergerakan molekul dalam bentuk cecair atau gas dari kawasan yang berkepekatn tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah.Pergerakan molekul akan terus berlaku selagi terdapat kecerunan kepekatan.

Kebanyakan bahan yang diangkut merentas membran plasma adalah melalui resapan ringkas.Membran plasma hanya mengawal jenis bahan yang melaluinya tetapi tidak dapat mengawal arah pergerakan molekul.Oleh itu, semasa resapan ringkas, molekul-molekul yang berkenaan bergerak masuk atau keluar dari sel mengikut kecerunan kepekatan yang wujud antara sitoplasma dan keadaan luar sel.Contoh resapan ringkas adalah pergerakan oksigen dan karbon doksida antara alveolus dengan peparu.

Osmosis

Pergerakan molekul air merentas membran plasma yang separa telap secara resapan ringkas disebut sebagai osmosis.Dalam proses osmosis, molekul air atau pelarut bergerak mengikut kecerunan kepekatannya.Molekul air bergerak dari kawasan yang mempunyai kepekatan molekul air yang tinggi ke kawasan yang mempunyai kepekatan molekul air yang rendah melalui membran separa telap.Contoh osmosis yang berlaku dalam tumbuhan adalah penyerapan air daripada tanah oleh akar rambut.

 Resapan Berbantu

Bahan seperti molekul air dan gas mudah merentas membran plasma melalui resapan ringkas.Namun begitu, terdapat sesetengah bahan yang tidak dapat merentas membran plasma dengan mudah.Bahan-bahan ini memerlukan bantuan protein pembawa atau protein liang yang terdapat dalam membran plasma untuk merentas membran plasma itu.Proses pengangkutan bahan merentas membran plasma dengan bantuan protein disebut sebagai resapan berbantu.

Resapan berbantu berlaku mengikut kecerunan kepekatan tanpa menggunkan tenaga.Oleh itu, resapan berbantu merupakan sejenis pengangkutan pasif.resapan berbantu berlaku melalui protein liang yang membenarkan ion tertentu melalui membran plasma.

Contoh resapan berbantu adalah pengangkutan glukosa, ion klorida, dan asid amino merentas membran vilus atau sel darah merah.

Index.htm

Page2.htm

Page3.htm

Page4.htm

ThisPage

Hosted by www.Geocities.ws

1