

Pengangkutan Aktif
Molekul-molekul dalam satu larutan sentiasa bergerak sacara rawak. Pergerakan ini membolehkan molekul bergerak dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.Pergerakan ini disebabkan oleh perbezaan kecerunan kepekatan dan tidak memerlukan tenaga. Jenis pergerakan yang mengikut kecerunan ini disebut pengangkutan pasif.
Contoh Pengangkutan
Pengangkutan pasif dalam hidupan boleh dikaji semasa pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah. Di dalam alveolus, kepekatan oksigen adalah lebih tinggi berbanding dengan kepekatan oksigen dalam sel darah merah dalam kapilari darah.oleh itu,di permukaan alveolus
Oleh itu, di permukaan alveolus, molekul oksigen meresap keluar dari alveolus ke dalam kapilari darah.Dalam sel darah, kepekatan karbon dioksida adalah lebih tinggi berbanding dengan kepekatn karbon dioksida yang rendah di dalam alveolus. oleh itu, molekul karbon dioksida meresap keluar dari sel darah merah kapilari darah ke dalam alveolus.
Pengangkutan pasif yang membenarkan bahan seperti molekul gas dan zat terlarut bergerak dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah disebut sebagai resapan. Terdapat dua jenis resapan, iaitu resapan ringkas dan resapan berbantu.






Pengangkutan aktif
Pengangkutan aktif melibatkan pengangkutan ion atau molekul oleh protain pembawa dalam membran plasma dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi.Tenaga ATP diperlukan oleh protein pembawa untuk mengepam molekul atau ion ke dalam sel. Contoh pengangkutan aktif dalam hidupan adalah pengambilan ion oleh tumbuhan dari air tanah melalui rambut akar.
Dalam tanah, garam mineral waujud dalam bentuk ion bercas. Kepekatan ion dalam air tanah adalah lebih tinggi daripada kepekatan sap sel dalam vakuol rambut akar tumbuhan. Oleh itu, pergerakan ion ke dalam rambut akar berlaku secara pengangkutan aktif.pengangkutan aktif berlaku secara menentang kecerunan kepekatan dan memerlekan tenga.


![]()

| Page3.htm | ThisPage |