Nota Biologi Bab 3

Bab 3 Biologi Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma ( Struktur Membran Plasma, Pengangkutan Pasif, Resapan, Pengangkutan Aktif, Plasmolisis, dan Deplasmolisis )

Membran Plasma

Membran plasma memisahkan sel hidup daripada persekitarannya yang tidak hidup. Dalam sel, membran plasma berfungsi untuk mengawal pergerakan bahan ke dalam sel dan ke luar sel. Pergerakan bahan-bahan memasuki sel dan keluar dari sel dibantu oleh beberapa proses.Proses ini dibantu oleh protein pembawa dan protein liang berdasarkan saiz dan kandungan bahan

Struktur Membran Plasma

Model membran plasma yang kini diterima oleh saintis dikembangkan oleh S.J.Singer dan G.L.Nicolson.Model ini disebut model bendalir mozek. Menurut model ini, membran plasma terdiri daripada lipid dwilapisan yang mempunyai pelbagai jenis protein yang dapat bergerak di dalamnya.Dengan ini, bentuk membran plasma dapat berubah walaupun komponennya sama.

 

Setiap lapisan lipid dalam membran plasma terdiri daripada dua bahagian, iaitu a) bahagian kepala polar yang tertarik kepada air disebut sebagai hidrofilik; b) bahagian ekor bukan polar yang tidak tertarik kepada air disebut sebagai hidrofobik.Membran plasma merupakan sempadan yang mengasingkan sitoplasma sel daripada persekitaran.Oleh sebab itu, struktur membran plasma akan menentukan jenis bahan yang dapat merentasnya.

Membran plasma membenarkan bahan tertentu merentasnya dengan lebih mudah daripada bahan yang lain.Ada juga bahan yang langsung tidak dapat merentas membran plasma.Sifat ketelapan membran plasma ini membenarkan pengangkutan bahan yang diperlukan oleh sel,penyikirn bahan buangan daripada sel,dan mempertahankan sel daripada serangan bendasing atau patogen.

Bahan-bahan atau zat terlarut di luar sel dapat merentas membran melalui pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif.

 

 

 

Thispage Index.htm Page2.htm Page4.htm Page5.htm
Hosted by www.Geocities.ws

1