Kesimpulan
By: Naufal Alkaff
Bismillah Al-Rahman Al-Rahiim.
1. Persaudaraan dan Perpaduan itu adalah wajib dan berdosalah kita jika mengabaikannya.
2. Allah (swt) menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-puak adalah untuk kita saling berkenalan, dengan beramah mesra antara satu dengan lainnya maka akan terciptalah Persaudaraan dan Perpaduan ummah manusia sedunia.
3. Ummah Islam itu semuanya bersaudara, adakanlah kebaikan diantara sesama saudara. Ummah Islam seumpama sebuah bangunan yang kukuh, sebahagian menguatkan bahagian lainnya. Mengasihi sesama saudara Islamnya juga adalah satu Iman.
4. Allah (swt) memerintahkan kita berbuat baik dan berlaku adil terhadap sesiapa saja, dan janganlah disebabkan perasaan benci menyebabkan kita hilang pertimbangan dan keadilan kita.
5. Cara berdakwah kejalan Allah (swt) perlu diperhatikan dan mestilah sesuai
dengan panduan dari Allah (swt) dan RasulNya.
Punca-punca Timbulnya Perpecahan
1. Berpandukan kepada hawa nafsu.
2. Melihat kabaikan diri sendiri dan mementingkan keburukan orang lain.
3. Peribadi telah dikuasai sifat-sifat buruk.
4. Melakukan sesuatu tindakan yang tidak adil.
5. Tidak mahu mengalah antara satu sama lain. Orang berbuat jahat dibalasnya jahat. Tiada penghujungnya.
6. Yang utama sekali adalah tiadanya Agama dan Iman pada seseorang itu. Telah
dianugerahkan Allah (swt) akal namun tidak digunakannya. Agamanya datang sesudah
yang lain dan tidak diutamakan. Agamanya disimpan dalam kocek dan hanya tertulis
di atas helaian kertas dan bukan di dalam diri.
Langkah-langkah Mengatasinya
1. Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya.
2. Perlu adanya pengawalan hawa nafsu, mencari dan menggunakan harta, kuasa, dan segala kesenangan dunia menurut cara-cara yang diredhai Allah (swt) dan RasulNya.
3. Bersihkan diri dari sifat-sifat tercela. Perlu adanya sifat rahmah pada seseorang itu.
4. Segala perbuatan perlu berdasarkan neraca keadilan.
5. Perlu adanya sikap tolak-ansur dalam apa jua hal, bekerjasama, berfikiran terbuka…
6. Perlu ada pembentukan peribadi Muslimin dan Muslimah yang sebenar-benarnya.
7. Mencari dan membahasa ilmu agama dengan ikhlas dan jujur, dan menerima kebenaran walaupun darimana saja datangnya.
8. Sentiasa bersikap positif.
9. Mengutamakan yang pokoknya dan perkara-perkara kecil janganlah diperbesarkan sehingga boleh memudaratkan.
10. Hubungan silaturrahim perlu sentiasa diperteguhkan.
11. Berusaha menyatukan keyakinan, pemikiran, dan tindakan melalui semua sumber yang ada.
12. Jangan sesekali mengganggu atau menyakiti sesama makhluk Allah (swt).
13. Saling hormat-menghormati, sayang menyayangi…
14. Islam dan Iman perlu datang terlebih dahulu sebelum yang lainnya,
mengutamakannya, dan letaknya bagaikan kerajaan dalam diri seseorang itu.
- Akhirnya marilah kita sama-sama berdo’a kepada Allah (swt) semoga diampuniNya segala kesilapan dan kesalahan kita, dan diberikanNya hidayah dan taufikNya kepada seluruh ummah manusia khasnya Ummah Islam supaya sentiasa menjaga suasana Persaudaraan dan Perpaduan, dengan demikian dapatlah kita hidup aman damai dan di dalam lindungan Allah (swt) dan mengharapkan kebahagian dunia akhirat.