Menyatupadukan Ummah
By: Naufal Alkaff

Bismillah Al-Rahman Al-Rahiim.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul, ummah manusia perlu ada keadilan, tidak berat sebelah, berfikiran terbuka dan sebagainya. Kita tidak boleh dipengaruhi oleh sikap suka ataupun benci. Jangan kerana kita suka kepada sesuatu golongan itu, apa sahaja yang dibuat oleh golongan ini kita anggap semuanya baik. Ini diikuti dengan sebaliknya. Ini adalah tidak adil namanya dan tidak profesional.

Firman Allah (swt):
Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [5:8]

Dalam hukum Islam tidak ada perbezaan antara yang kaya dan miskin, antara yang kuat dan lemah, berkedudukan dan tidak, kawan dan lawan, dan sebagainya. Yang penting, ianya perlulah adil dan saksama. Islam adalah agama perdamaian dan tidak memaksa sesuatu kaum itu memeluknya dan bebas bagi mereka untuk menunaikan keyakinan masing-masing, walaupun dinegara Islam.

Islam amat mengutamakan kerukunan Ummahnya. Dapat dibuktikan apabila Islam memberikan ganjaran pahala berlipat ganda bagi mereka yang menunaikan sholat secara berjamaah. Ini semua adalah bagi memupuk dan menamkan sikap siratul-rahim serta saling sayang-menyayangi antara satu sama yang lain. Dalam Rukun Islam yang kelima sahaja (Haji), terdapat makna lain selain daripada menunaikan kewajiban ibadah kepada Allah (swt).

Pada waktu itu, semua ummah Islam akan berkumpul di satu tempat, sama rata, tiada yang lebih tinggi kedudukan mereka melainkan amalannya. Disamping itu, semua ummah dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain, manakala bagi pemimpin dapat berbincang mengenai ekonomi, hubungan bersama antara kedua negara, masalah-masalah semasa, dan pelbagai lagi. Untuk sementara, kita meninggalkan duniawi dan berkumpul bersama-sama, semuanya sama rata, menunaikan tanggungjawab ibadah, dan mengharapkan rahmah Allah (swt) serta semoga mendapat kebahagian dunia akhirat.

Perlulah diingat bagi semua ummah bahawa menyatupadukan ummah dan menjalinkan hubungan persahabatan yang baik, adalah salah satu ibadah dan tanggungjawab semua pihak yang dituntut oleh Allah (swt) dan boleh juga dipanggil sebagai jihad.

Firman Allah (swt):
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepada mu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka terhadapmu dan pohonlah ampun bagi mereka, dan (juga) bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu, kemudian engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [3:159]

Top

| Back | Forward |

 

Hosted by www.Geocities.ws

1