|
Dasar
: Perspektif Wawasan 2020 |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Semasa
pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B.
Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk
"Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran
dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju
pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". |
Wawasan
2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas
kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat
nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka
kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah
bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. |
Matlamat
terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang
benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan
terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek
kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. |
Menjelang
tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara
yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur.
Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang
demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan
mempunyai daya ketahanan yang tinggi. |
Ini
bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu
Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa
terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang
dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur
dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan
meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan
etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. |
|
Objektif |
Objektif
di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan
mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di
bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu: |
(i) |
|
Mewujudkan
negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang |
|
|
serupa
dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman,
berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni,
berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara; |
(ii) |
|
Mewujudkan
masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju |
|
|
dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai
serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini
mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar
semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati
oleh rakyat negara lain; |
(iii) |
|
Mewujud
dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, |
|
|
mengamalkan
satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan
masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun; |
(iv) |
|
Mewujudkan
masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, |
|
|
yang
mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan
didorong oleh tahap etika paling tinggi; |
(v) |
|
Mewujudkan
masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat |
|
|
pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama
masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka
kepada satu negara; |
(vi) |
|
Mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya |
|
|
perubahan
tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan; |
(vii) |
|
Mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu |
|
|
sistem
sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau
individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh; |
(viii) |
|
Memastikan masyarakat
yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu |
|
|
masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama
di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika
masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua
kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan |
(ix) |
|
Mewujudkan
masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, |
|
|
dinamik,
giat dan kental. |
|
|
Perspektif |
Cabaran-cabaran
di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus
dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini
ialah:- |
(i) |
|
Pembentukan
Satu Negara Bangsa Malaysia |
|
|
Konsep satu negara
bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara
berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,
keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi
pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu
pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama
untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah
seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan
toleransi perlulah difahami dan diamalkan. |
(ii) |
|
Negara
Perindustrian |
|
|
Negara
yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada
pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara
maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses
transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana
pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah
kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada
kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan
perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. |
|
|
Masyarakat
negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan
kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh
mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,
menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian
pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah
tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial
yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,
kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi
cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah
besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan. |
(iii) |
|
Keadilan
Ekonomi dan Sosial |
|
|
Penwujudan
satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang
tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu
dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah
kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana
satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu
golongan lagi tercicir. |
|
|
Pernyataan
Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang
sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian
kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara
wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam
konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat
Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada
sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah
menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki
ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini
seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan
Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan
Malaysia Keenam. |
(iv) |
|
Moral
dan Etika |
|
|
Berlainan
dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan
kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan
seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi
berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah
penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan
etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya
banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di
dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor
penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau
kekayaan yang dimiliki. |
(v) |
|
Pembangunan
Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan |
|
|
Wawasan
ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu
pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi
asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas
pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan
sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan
masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah
tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu
yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang
merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan
dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini
memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam
memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan
keluarga dan masyarakat yang sempurna. |
|
|
Penutup |
Sekali
imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata
kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia
menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih
daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan
aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa,
moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan
lain-lain. |
Wawasan
2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan
rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk
mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara
yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut
memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga
kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai,
penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor
swasta yang lebih dinamik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|