Welcome to Hua Lian Student Club (HLSC) Official Homepage

Hua Lian News , History of Hua Lian , History of HLSC , Constitution of HLSC , Message for HLSC
Board of Directors , Members , ActivitiesPhoto Gallery , Contact HLSC , Links , Home , Back
Welcome to "Hua Lian Student Club Official Homepage" , this Hua Lian Student Club is officially establish on 1 July 2001 by a group of Ex Hua Lian Students.

Constitution of Hua Lian Student Club ( HLSC )

 
 

Perlembagaan Majlis Bekas Pelajar-Pelajar

SMJK Hua Lian ( Majlis HLSC )

 
 

Frasa 1 : Nama dan Alamat

(1)     Pertubuhan ini dinamakan MAJLIS BEKAS PELAJAR-PELAJAR SMJK HUA LIAN (Majlis HLSC) dan dalam bahasa Inggeris ialah HUA LIAN STUDENT CLUB (HLSC).

(2)      Alamat Post berdaftar Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian ini ialah 694, Jalan Menteri Ibrahim, Pokok Assam, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

(3)     Alamat Laman Web rasmi Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian ialah www.geocities.com/hualian_studentclub, Laman Perbincangan Ahli ialah www.communityzero.com/hualian_studentclub dan alamat Perkhidmatan Email ialah www.hualian_studentclub.zzn.com.

(4)      Alamat Email berdaftar rasmi Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian ini ialah [email protected].

(5)      Perkhidmatan “Online Chatting” di Channel mIRC atas server SorceryNet ialah #hualian_studentclub.

 

Frasa 2 : Cogan Kata, Lagu, Bendera dan Lambang

(1)      Cogan Kata Majlis HLSC 

Cogan kata Majlis HLSC ialah “THE GLORY OF HUA LIAN”. 

(2)      Lagu Majlis HLSC 

Lagu Majlis HLSC adalah sama dengan Lagu Sekolah SMJK Hua Lian ~ Hu Shui Yang Yang. 

(3)     Bendera dan Lambang 

Bendera Majlis HLSC berwarna putih dan berikuran 6’ x 3’ atau 4’ x 2’ dengan lambang di tengah.  Lambang Majlis HLSC menggambarkan satu logo SMJK Hua Lian yang mewakili sekolah ini adalah bekas sekolah ahli-ahli Majlis HLSC dan dibawah logo sekolah terdapat satu jalur yang berwarna kuning dengan nama Majlis HLSC dalam perkataan Bahasa Cina.

Kesemua gambar disusun dalam satu bulatan di atasnya tertulis perkataan MAJLIS BEKAS PELAJAR-PELAJAR dan dibawahnya pula tertulis perkataan SMJK HUA LIAN.

 

Frasa 3 : Matlamat

Matlamat dan Tugas utama Majlis HLSC ialah: 

(1)     Menjadi satu badan yang bertanggungjawab mengumpulkan semua bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian dan bersama-sama menjalinkan hubungan yang baik dan erat antara satu sama lain. 

(2)     Memelihara dan mempertahankan kebajikan dan hak asasi pelajar-pelajar SMJK Hua Lian dalam sekolah dengan menerima pandangan pelajar dan menjadi orang tengah antara pihak sekolah dengan pelajar. 

(3)      Menjadi satu badan yang mengumpulkan semua tenaga bantuan bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian kepada sekolah sama ada dalam bentuk kewangan, semangat sukarelawan dan apa-apa jua yang dapat membantu sekolah menjayakan dasar-dasar sekolah apabila diperlukan. 

(4)      Menjadi satu badan yang bertanggungjawab memupuk semangat “Cintai Ibu Sekolah, Cintai SMJK Hua Lian” antara ahli-ahli Majlis HLSC (bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian) .

(5)    Mengumpulkan semua bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian supaya mereka dapat membantu satu sama lain sama ada dalam bentuk pelajaran, perniagaan atau apa-apa projek yang dirancangkan oleh Majlis HLSC serta ahli-ahlinya. 

(6)     Majlis HLSC tidak akan mencampuri atau mendampingkan diri dengan kegiatan mana-mana parti politik. 

(7)      Menjadi satu badan saluran yang baik dan sempurna bagi semua pelajar-pelajar SMJK Hua Lian yang baru meningggalkan dan hendak melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dengan membekalkan bantuan kepada mereka atas kerjasama cawangan Majlis HLSC di IPTA dan IPTS tersebut apabila perlu. 

(8)     Menjalankan program-program untuk membantu pelajar-pelajar SMJK Hua Lian dalam semua aspek ke arah yang baik seperti pelajaran, tindak laku, masa depan dan lain-lain dalam kehidupan mereka. 

(9)      Merancang dan menjalankan projek-projek untuk mengelakkan pelajar-pelajar SMJK Hua Lian terjerumus dalam gejala-gejal sosial masyarakat.

 

Frasa 4 : Keahlian Majlis

(1)      Keahlian Majlis HLSC adalah terbuka kepada semua bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian dengan syarat mesti menamatkan pengajian Tingkatan 5 dan mendapat Sijil Berhenti Sekolah di SMJK Hua Lian.

(2)      Pelajar-pelajar yang menuntut Tingkatan 6 di SMJK Hua Lian adalah layak menjadi ahli Majlis HLSC tidak kira bekas sekolah mereka semasa Tingkatan 5 bukan SMJK Hua Lian.

(3)      Sesiapa yang ingin menjadi ahli Majlis HLSC mesti mematuhi sekurang-kurangan salah satu syarat di atas (Frasa 4 : 1 atau 2) atau kedua-duanya (Frasa 4 : 1 dan 2) serta mengisi borang permohonan Majlis HLSC yang bernama “Borong Permohonan Menjadi Ahli”.

(4)     Setelah “Borong Permohonan Menjadi Ahli” yang diisi oleh pemohon diluluskan oleh Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC, pemohon tersebut baru menjadi ahli Majlis HLSC secara sah. Pemohon tersebut bukanlah ahli Majlis HLSC selagi borang permohonan tersebut belum diluluskan, tetapi boleh menyertai aktiviti yang dijalankan oleh Majlis HLSC dengan syarat mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

 

Frasa 5 : Yuran Permohonan dan Yuran Tahunan

(1)     Yuran Permohonan bagi Majlis HLSC adalah sebanyak RM10.00. Yuran tersebut akan berubah selepas mendapat persetujuan dua per tiga dalam Mesyurat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC atau Mesyuarat Agong dengan memindahkan perlembagaan Majlis HLSC.

(2)     Yuran Tahunan bagi Majlis HLSC adalah sebanyak RM 10.00 dan akan berubah selepas mendapat persetujuan dua per tiga dalam Mesyurat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC atau Mesyuarat Agong dengan memindahkan perlembagaan Majlis HLSC.

(3)    Jawantankuasa dan Ahli Dewan Tertinggi bagi Majlis HLSC berhak mengubah Yuran Permohonan atau Yuran Tahunan atau kedua-duanya dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis apabila mendapat persetujuan dua per tiga dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi atau Mesyuarat Agong Majlis HLSC.

(4)    Yuran Permohonan Ahli akan diserah kepada Dewan Tertinggi untuk kegunaan Majlis HLSC. Yuran Tahunan ahli akan dibahagi kepada dua bahagian, satu bahagian diserah kepada Dewan Tertinggi dan satu bahagian lagi diserah kepada Cawangan Majlis HLSC ahli tersebut. Jika ahli tersebut tidak menyertai mana-mana satu Cawangan Majlis HLSC, kesemua Yuran Tahunan tersebut akan diserah kepada Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

 

Frasa 6 : Berherti Menjadi Ahli

(1)      Seseorang ahli Majlis HLSC yang telah mengisi “Borong Berhenti Menjadi Ahli” dan diluluskan oleh Jawatankuasa Dewan Tertinggi akan berhenti menjadi ahli Majlis HLSC pada masa borang tersebut diluluskan dan boleh menjadi ahli Majlis HLSC semula selepas mengisi “Borang Permohonan Menjadi Ahli” yang baru dan perlu membayar Yuran Permohonan. 

(2)    Seseorang ahli Majlis HLSC yang melanggar Perlembagaan atau Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis HLSC atau peraturan-peraturan Aktiviti-aktiviti Majlis HLSC atau kedua-duanya akan dilucutkan keahlian selepas keputusan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC. Ahli tersebut boleh merayu kepada Dewan Tertinggi Majlis HLSC dalam masa sebulan. Sekiranya ahli tersebut gagal berbuat demikian, ahli tersebut tidak layak lagi untuk memohon menjadi ahli Majlis HLSC semula.

 

Frasa 7 : Ahli-ahli JawatanKuasa Pusat dan Dewan Tertinggi Majlis HLSC

(1)      Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Majlis HLSC dikenali sebagai JawatanKuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC. Segala keputusan yang dibuat mesti dipatuhi oleh semua Cawangan dan ahli-ahli Majlis HLSC.

(2)      JawatanKuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC terdiri daripada:

(a)            Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) Naib Presiden, Setiausaha Agung, tiga (3) Penolong Setiausaha Agong, Bendahari, Penolong Bendahari, Ketua Program dan Kumpulan Penolong Program, serta tidak lebih daripada dua puluh lima (25) orang Director Majlis HLSC.

(b)            Dua orang (2) wakil dari Persatuan Murid-Murid Tua Hua Lian, dua (2) orang wakil dari SMJK Hua Lian , seorang (1) wakil dari Lembaga Pengelola SMJK Hua Lian dan seorang (1) wakil lagi dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMJK Hua Lian. Keenam-enam orang wakil ini merupakan penasihat bagi Majlis HLSC dan memberi pandangan dan nasihat tentang kemajuan Majlis HLSC tetapi tidak berhak mengundi dalam keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

 (3)     Ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC mesti terdiri daripada:

(a)            Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) Naib Presiden, Setiausaha Agung, tiga (3) Penolong Setiausaha Agong, Bendahari, Penolong Bendahari, Ketua Program dan Kumpulan Penolong Program, serta tidak lebih daripada dua puluh lima (25) orang Director dari Jawatankuasa Dewan Tertinggi.

(b)            Dua orang (2) wakil dari Persatuan Murid-Murid Tua Hua Lian, dua (2) orang wakil dari SMJK Hua Lian , seorang (1) wakil dari Lembaga Pengelola SMJK Hua Lian dan seorang (1) wakil lagi dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMJK Hua Lian. Dalam Dewan Tertinggi, keenam-enam orang wakil ini berhak mengundi dalam segala keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi atau Mesyuarat Agong Majlis HLSC.

(c)        Wakil-wakil dari Cawangan-cawangan Majlis HLSC. Setiap cawangan Majlis HLSC mempunyai bilangan wakil yang berbeza mengikuti bilangan ahli dalam cawangan tersebut dan tidak boleh melebihi 15 wakil dari setiap cawangan. Bilangan wakil cawangan Majlis HLSC ditentukan oleh Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(d)         Penasihat-penasihat Kehormat dan penasihat-penasihat bagi Majlis HLSC boleh menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi tetapi tidak boleh mengundi dalam Mesyuarat tersebut jika ada sesuatu keputusan hendak dibuat (kecuali keenam-enam penasihat khas yang dinyatakan dalam Frasa 7: (3)(b) Perlembagaan Majlis HLSC).

 

Frasa 8 : Pemilihan dan Pemecatan Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi

(1)    Pemilihan bagi Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC dijalankan 2 tahun sekali dalam Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Tertinggi.

(2)     Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC merupakan wakil-wakil yang diberi kepercayaan oleh ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC bagi pihak beliau untuk menguruskan segala hal-hal yang mengenai tentang Majlis HLSC.

(3)     Pencalonan calon-calon baru bagi Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC akan dijalankan sebulan atau lebih awal sebelum Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(4)     “Borang Pencalonan Nama” akan dihantar kepada semua wakil yang merupakan ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC yang sah sahaja. Semua “Borang Pencalonan Nama” mesti dihantar balik ke Pejabat Majlis HLSC seminggu sebelum Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Tertinggi Majlis HLSC. Calon-calon yang dicalonkan mesti merupakan ahli Dewan Tertinggi.

(5)     Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC bagi penggal yang masih memegang kuasa, kesemua ahli tersebut adalah layak dijadikan calon secara semulajadi tanpa dicalon.

(6)     Bagi calon-calon yang baru, mereka mesti mendapat sekurang-kurangnya sepuluh (10) undi bagi bertanding dalam jawatan Directors dan lima belas (15) undi bagi jawatan-jawatan kehormat (Naib Presiden, Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Kumpulan Program termasuk Ketua Program). Bagi jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari mesti mendapat sekurang-kurangnya dua puluh (20) undi masing-masing baru sah untuk bertanding sementara baru jawatan Presiden Majlis HLSC , mesti mendapat sekurang-kurangnya tiga puluh (30) undi. (* seorang ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC boleh mencalonkan 3 orang ahli daripada Dewan Tertinggi untuk menjadi calon bertanding dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang akan datang.)

(7)     Calon-calon yang dicalonkan untuk sesuatu jawatan dan didapati undi pencalonan tidak mencukupi untuk menyokong jawatan yang dicalonkan tersebut, kelayakan untuk bertanding dalam jawatan tersebut akan dibatalkan. Sebagai contoh, Ah Chong dicalonkan untuk bertanding dalam jawatan Penolong Setiausaha (sekurang-kurangnya mesti mendapat dua puluh undi ke atas) tetapi didapati hanya 18 undi yang dikumpul untuk jawatan tersebut. Maka kelayakan untuk bertanding dalam jawatan Penolong Setiausaha akan dibatalkan dan tidak boleh dipindah untuk bertanding dalam jawatan Directors. Calon-calon yang dicalonkan untuk bertanding dalam jawatan Penolong Setiausaha hanya mendapat 18 undi untuk jawatan tersebut dan mendapat 25 undi untuk jawatan Directors, maka beliau telah sah untuk mengambil bahagian dalam pemilihan jawatan Directors dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang akan datang.

(8)     Calon-calon hanya dibenarkan bertanding dalam satu jawatan sahaja walaupun mendapat kelayakan untuk bertanding dalam dua jawatan. Beliau dibenarkan memilih salah satu jawatan sendiri untuk bertanding dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Sebagai contoh, Ah Chong telah lulus dua jawatan dalam pencalonan iaitu Penolong Setiausaha (24 undi) dan Directors (30 undi) tetapi hanya dibenarkan bertanding satu jawatan sahaja sama ada Ah Chong memilih jawatan Penolong Setiausaha atau Directors untuk bertanding pada Mesyuarat Agong Tahunan yang akan datang.

(9)     Semua calon yang lulus dalam Pencalonan Nama akan diberi notis oleh Jawatankuasa Bahagian Pemilihan tiga (3) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Tertinggi Majlis HLSC. Calon-calon yang layak bertanding mesti hadir Mesyuarat Agong Tahunan  untuk bertanding. Sesiapa calon yang gagal menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan akan hilang layak secara semulajadi untuk bertanding.

(10)   Bagi jawatan yang tiada calon baru, pemegang jawatan penggal lalu akan kekal memegang jawatan tersebut untuk penggal akan datang secara semulajadi. Ini dikenali sebagai “menang tanpa bertanding”.

(11)  Pemenang-pemenang baru bagi Jawatankuasa Dewan Tertinggi akan menjalankan tugasan mereka selepas keputusan diumumkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan tersebut. Pemegang-pemegang jawatan bagi penggal yang lalu perlu menyerahkan semua kuasa dan tugasan kepada pemegang-pemegang jawatan penggal baru dalam Mesyuarat Agong Tahunan tersebut.

(12)   Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC baru bagi penggal baru mesti mengambil sumpah didepan Penasihat-penasihat Kehormat atau Penasihat-penasihat Majlis HLSC atau kedua-duanya sama ada dalam Mesyuarat Agong Tahunan tersebut atau dalam Jamuan Installation. Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi yang tidak mengambil sumpah adalah tidak sah memegang jawatan tersebut dan menjalankan tugasan mereka.

(13)   Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC tidak boleh sesuka hati dipecat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi tanpa sebarang kesalahan. Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut hanya boleh dipecat dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan mendapat lebih daripada lima puluh peratus (50%) daripada ahli-ahli Dewan Tertinggi yang hadir setelah hilang kepercayaan terhadap ahli-ahli Jawatankuasa tersebut.

(14)  Seseorang Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC yang gagal menjalankan tugasan beliau atau melanggar Perlembagaan Majlis HLSC atau kedua-duanya, Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC berhak memecat beliau atas sebab diatas selepas mendapat dua per tiga (2/3) undi daripada kesemua undi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi.

 

Frasa 9 : Pemilihan dan Pemecatan Ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC

(1)      Pemilihan bagi Ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC dijalankan 2 tahun sekali dalam Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC masing-masing (kecuali Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi, Penasihat-penasihat Kehormat dan Penasihat-penasihat Majlis HLSC akan menjadi Ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC secara semulajadi).

(2)      Ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC merupakan wakil-wakil yang diberi kepercayaan oleh ahli-ahli Cawangan Majlis HLSC masing-masing bagi pihak beliau untuk mewakili Cawangan beliau memberikan pandangan, cadangan dan menyampaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh cawangan masing-masing kepada Dewan Tertinggi (Pusat).

(3)      Pencalonan calon-calon baru bagi Ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC akan dijalankan sebulan atau lebih awal sebelum Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC masing-masing dan tiga bulan sebelum Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(4)     “Borang Pencalonan Nama” akan dihantar kepada semua ahli-ahli Cawangan Majlis HLSC masing-masing yang sah sahaja. Semua “Borang Pencalonan Nama” mesti dihantar ke Cawangan Majlis HLSC seminggu sebelum Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC masing-masing. Calon-calon yang dicalonkan mesti merupakan ahli dalam Cawangan Majlis HLSC tersebut.

(5)   Dewan Tertinggi Majlis HLSC akan dibubarkan (kecuali Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi yang memegang kuasa kekal menjalankan tugasan mereka untuk Majlis HLSC sehingga Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Tertinggi) tiga bulan sebelum Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Tertinggi. Dewan Tertinggi akan diisi semula oleh wakil-wakil baru daripada setiap Cawangan Majlis HLSC yang menang dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC masing-masing.

(6)     Bagi calon-calon yang baru, mereka mesti mendapat sekurang-kurangnya sepuluh (10) undi pencalonan supaya layak bertanding untuk jawatan Wakil-wakil Cawangan (yang merupakan ahli Dewan Tertinggi) dalam Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC masing-masing yang akan datang.

(7)     Calon-calon yang dicalonkan untuk jawatan Wakil-wakil Cawangan dan didapati undi pencalonan tidak mencukupi sepuluh (10) untuk menyokong jawatan tersebut, kelayakan untuk bertanding dalam jawatan tersebut akan dibatalkan.

(8)      Calon-calon yang dicalonkan untuk jawatan Wakil-wakil Cawangan boleh merupakan Ahli-ahli Jawatankuasa atau ahli-ahli Cawangan Majlis HLSC tersebut.

(9)      Semua calon yang lulus dalam Pencalonan Nama akan diberi notis oleh Jawatankuasa Bahagian Pemilihan Cawangan Majlis HLSC masing-masing dalam tiga (3) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC. Calon-calon yang layak bertanding mesti hadir Mesyuarat Agong Tahunan  untuk bertanding. Sesiapa calon yang gagal menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan akan hilang layak secara semulajadi untuk bertanding.

(10)   Bilangan Wakil-wakil Cawangan bagi sesebuah Cawangan Majlis HLSC adalah berbeza-beza. Cawangan Majlis HLSC tersebut boleh memilih kurang daripada atau semua kerusi Wakil-wakil Cawangan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC. Sesebuah cawangan tidak boleh memilih lebih daripada bilangan kerusi yang ditetapkan.

(11)   Pemenang-pemenang baru bagi Wakil-wakil Cawangan akan menjalankan tugasan mereka selepas keputusan diumumkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC tersebut. Wakil-wakil Cawangan tersebut akan mengisi semula kerusi Dewan Tertinggi Majlis HLSC untuk mengganti Wakil-wakil Cawangan yang lama (kerana Dewan Tertinggi telah dibubarkan sehingga Wakil-wakil Cawangan baru dipilih untuk menggantikan wakil yang lama).

(12)   Wakil-wakil Cawangan (Ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC) baru bagi penggal baru mesti mengambil sumpah di depan Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC dalam Mesyuarat Pertama Dewan Tertinggi selepas diisi oleh Ahli-ahli Dewan Tertinggi (Wakil-wakil Cawangan) yang baru. Ahli-ahli Dewan Tertinggi yang tidak mengambil sumpah adalah tidak sah memegang jawatan tersebut dan menjalankan tugasan mereka.

(13)   Ahli-ahli Dewan Tertinggi Majlis HLSC tidak boleh sesuka hati dipecat dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi tanpa sebarang kesalahan. Ahli-ahli Dewan Tertinggi tersebut hanya boleh dipecat dalam Mesyuarat Ahli Cawangan Majlis HLSC masing-masing dengan mendapat lebih daripada lima puluh peratus (50%) daripada ahli-ahlli cawangan tersebut yang hadir setelah hilang kepercayaan terhadap Wakil-wakil Cawangan mereka.

(14)    Seseorang Ahli-ahli Dewan Tertinggi (Wakil-wakil Cawangan) Majlis HLSC yang gagal menjalankan tugasan beliau atau melanggar Perlembagaan Majlis HLSC atau kedua-duanya, Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi dan Dewan Tertinggi Majlis HLSC berhak memecat beliau atas sebab diatas.

 

Frasa 10 : Tugas-tugasan Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi

(1)     Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi akan menjalankan tugas-tugas untuk kepentingan Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian (Majlis HLSC) dan segala keputusan yang dibuat mesti dipatuhi oleh semua ahli Majlis HLSC.

(2)      JawatanKuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC terdiri daripada:

(a)            Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) Naib Presiden, Setiausaha Agung, tiga (3) Penolong Setiausaha Agong, Bendahari, Penolong Bendahari, Ketua Program dan Kumpulan Penolong Program, serta tidak lebih daripada dua puluh lima (25) orang Director Majlis HLSC.

(b)            Dua orang (2) wakil dari Persatuan Murid-Murid Tua Hua Lian, dua (2) orang wakil dari SMJK Hua Lian , seorang (1) wakil dari Lembaga Pengelola SMJK Hua Lian dan seorang (1) wakil lagi dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMJK Hua Lian. Keenam-enam orang wakil ini merupakan penasihat bagi Majlis HLSC dan memberi pandangan dan nasihat tentang kemajuan Majlis HLSC tetapi tidak berhak mengundi dalam keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(3)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Presiden:

(a)          Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(b)           Bersama-sama dengan Setiausaha Kehormat atau Bendahari Kehormat menandatangani cek-cek untuk kegunaan Majlis HLSC. Presiden berhak melulusan penggunaan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Seribu (RM 1000.00) sendiri untuk kegunaan Majlis HLSC. Penggunaan wang Majlis HLSC yang lebih daripada Ringgit Malaysia Seribu (RM 1000.00) mesti mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(c)             Merancang, menyedia, menjalankan dan memantau segala dasar-dasar dan tugasan-tugasan tentang Majlis HLSC yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi untuk kemajuan Majlis HLSC supaya berjalan dengan lancar.

(d)         Memastikan segala pentadbiran bagi Majlis HLSC dijalankan dengan licin dan adil.

(e)            Memastikan dan memantau segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Cawangan Majlis HLSC adalah berfaedah dan tidak bercanggah dengan Dasar-dasar atau Perlembagaan Majlis HLSC atau melanggar undang-undang.

(f)              Berhak melantik Director-director tambahan (maksimum 5 orang) dalam Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC dengan ahli tersebut mestilah dari Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(g)         Berhak menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Khas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi atau untuk kepentingan Majlis HLSC.

(h)           Berhak menubuh dan membubarkan Biro-biro Tertinggi Majlis HLSC yang menjalankan tugas untuk Jawatankuasa Dewan Tertinggi demi kepentingan Majlis HLSC.

(i)              Berhak memeriksa segala laporan,  minit mesyuarat, akaun dan lain-lain yang berkaitan dengan Majlis HLSC daripada Jawatankuasa Dewan Tertinggi atau Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC pada bila-bila masa apabila diperlukan.

(j)              Presiden mempunyai hak ‘undi pemutus’ (casting vote) dan beliau hendaklah menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat.

 (4)     Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Timbalan Presiden:

(a)            Membantu Presiden menjalankan tanggungjawab beliau.

(b)          Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC apabila Presiden tidak hadir atau memohon cuti. Kuasa Timbalan Presiden dalam mesyuarat tersebut adalah sama dengan Presiden dan berhak meluluskan semua perkara.

(c)            Menjalankan tugasan-tugasan sebagai Pemangku Presiden apabila Presiden memohon cuti.

(d)            Menjadi Presiden secara semulajadi apabila Presiden meletakkan jawatan sehingga tamat tempoh untuk pemilihan jawatankuasa yang baru. Jawatan Timbalan Presiden yang kosong akan diganti oleh salah seorang daripada Jawatankuasa Dewan Tertinggi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(5)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Naib Presiden:

(a)           Terdapat sebanyak tiga (3) orang Naib Presiden dan tidak boleh lebih daripada tiga orang dipilih untuk Majlis HLSC.

(b)            Naib-naib Presiden hendaklah membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam menjalankan tanggungjawab mereka. 

(c)   Bertanggungjawab menjaga dan memantaukan segala perkembangan baru Cawangan Majlis HLSC.

(6)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Setiausaha Agong:

(a)            Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

(b)          Melaporkan kepada Presiden segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran pejabat.

(c)           Mendapatkan persetujuan daripada Presiden berkenaan dengan pengambilan Ahli-ahli Ibu Pejabat (Sekretariat) dan juga pemberhentian mereka itu.

(d)            Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat dan merekod minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(e)            Bertanggungjawab merekodkan maklumat-maklumat semua ahli Majlis HLSC dengan bekerjasama dengan Bahagian Pendaftaran Majlis HLSC.

(7)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Bendahari Kehormat:

(a)            Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

(b)          Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Majlis HLSC.

(c)           Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(d)          Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira kewangan untuk diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dalam Mesyuarat Agong Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(e)            Membentangkan penyata dan butir kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit kepada Majlis.

(f)              Bertanggungjawab memantau dan memastikan penggunaan dan perjalanan kewangan Cawangan Majlis HLSC berguna dengan lancar dan tidak berlaku penyelewengan.

(8)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Penolong Setiausaha Agong:

(a)            Terdapat sebanyak tiga (3) orang Penolong Setiausaha Agong dan tidak boleh lebih daripada tiga orang dipilih untuk Majlis HLSC.

(b)           Bertanggungjawab untuk membantu Setiausaha Agung dalam menjalankan tugas beliau.

(c)            Menjalankan tugas Setiausaha Agung semasa ketiadaan beliau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(9)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Penolong Bendahari Kehormat:

(a)            Bertanggungjawab untuk membantu Bendahari Kehormat dalam menjalankan tugas beliau.

(b)            Menjalankan tugas Bendahari Kehormat semasa ketiadaan beliau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

(10)    Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Kumpulan Programmer:

(a)            Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

(b)         Bertanggungjawab untuk merancang dan menyediakan garis panduan tentang pelaksanaan program-program Majlis HLSC.

(c)          Memastikan semua aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti Pusat (Dewan Tertinggi Majlis HLSC) atau aktiviti Cawangan Majlis HLSC dijalankan dengan lancar dan berfaedah.

(d)            Berhak untuk membatalkan sesuatu projek atau aktiviti Cawangan Majlis HLSC yang difikir tidak berfaedah atau melanggar dasar atau perlembagaan Majlis HLSC selepas mendapat persetujuan Presiden Majlis HLSC.

(11)    Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Director-director:

(a)           Terdapat sebanyak dua puluh lima (25) orang Director-director dan tidak boleh lebih daripada dua puluh lima orang dipilih untuk Majlis HLSC.

(b)            Director-director ini akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan memegang satu jawatan.

(c)             Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

(d)           Bertanggungjawab untuk melancarkan pentadbiran Majlis HLSC dengan menjalankan tugasan yang ditentukan oleh Presiden.

 (12)   Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Penasihat Tetap Majlis HLSC:

(a)            Terdiri daripada enam (6) orang wakil yang dipilih oleh organisasi-organisasi yang ditentukan iaitu dua orang (2) wakil dari Persatuan Murid-Murid Tua Hua Lian, dua (2) orang wakil dari SMJK Hua Lian , seorang (1) wakil dari Lembaga Pengelola SMJK Hua Lian dan seorang (1) wakil lagi dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMJK Hua Lian. Wakil-wakil ini dipilih oleh organisasi-organisasi masing-masing.

(b)           Keenam-enam orang wakil ini merupakan penasihat tetap bagi Majlis HLSC dan memberi pandangan dan nasihat tentang kemajuan Majlis HLSC tetapi tidak berhak mengundi dalam keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(c)           Bertanggungjawab melaporkan segala masalah yang dihadapi oleh sekolah atau pelajar-pelajar atau bekas pelajar SMJK Hua Lian untuk diselesaikan (jika perlu).

 

[Sambung]

All Rights Reserved. [email protected] 
Copyright © 2001 Hua Lian Student Club.

Hosted by www.Geocities.ws

1