Welcome to Hua Lian Student Club (HLSC) Official Homepage

Hua Lian News , History of Hua Lian , History of HLSC , Constitution of HLSC , Message for HLSC
Board of Directors , Members , ActivitiesPhoto Gallery , Contact HLSC , Links , Home , Back
Welcome to "Hua Lian Student Club Official Homepage" , this Hua Lian Student Club is officially establish on 1 July 2001 by a group of Ex Hua Lian Students.

Constitution of Hua Lian Student Club ( HLSC )

 
 

Perlembagaan Majlis Bekas Pelajar-Pelajar

SMJK Hua Lian ( Majlis HLSC )

 
 

Frasa 11 : Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi

(1)     Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi tidak boleh lebih daripada empat (4) bulan tidak bermesyuarat.

(2)     Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi yang dijalankan akan diberi notis kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi lima belas (15) hari sebelum mesyuarat dijalankan.

(3)     Tujuan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi adalah untuk merangka, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kepentingan semua ahli Majlis HLSC.

(4)      Perkara-perkara yang penting atau masalah-masalah yang dihadapi oleh Majlis HLSC samada daripada Pusat atau Cawangan Majlis HLSC akan dibincangkan dan mencari cara penyelesaiannya.

(5)     Merangka dan meluluskan dasar-dasar Majlis HLSC untuk diikuti oleh semua Cawangan dan ahli Majlis HLSC.

(6)      Keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi adalah muktamad dan tidak boleh dibangkit oleh mana-mana satu pihak samada melalui lintasan undang-undang.

(7)      Mesyuarat Kecemasan akan dipanggil tujuh (7) hari lebih awal sebelum mesyuarat tersebut dijalankan. Mesyuarat Kecemasan dipanggil hanya membincangkan perkara-perkara yang dibentangkan dan dianggap sangat penting bagi Majlis HLSC.

(8)      Semua Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi yang dijalankan mesti mempunyai korum yang mencukupi iaitu satu per tiga (1/3) daripada semua Ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi barulah sah disisi undang-undang (tidak termasuk Penasihat Tetap).

(9)      Sesuatu Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi yang dijalankan tidak mencukupi korum akan dibatalkan. Jika mesyuarat ini diteruskan, hanya perkara-perkara penting dibincangkan dan keputusan tentang perkara tersebut tidak boleh dibuat.

 

Frasa 12 : Mesyuarat dan Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Tertinggi

(1)      Mesyuarat bagi Dewan Tertinggi akan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun iaitu mesyuarat bagi Dewan Tertinggi tidak boleh lebih daripada enam (6) bulan tidak bermesyuarat.

(2)      Mesyuarat Dewan Tertinggi yang dijalankan akan diberi notis kepada Ahli-ahli Dewan Tertinggi lima belas (15) hari sebelum mesyuarat dijalankan. Tujuan mengadakan Mesyuarat Dewan Tertinggi ini adalah untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat dan Cawangan Majlis HLSC serta cara penyelesaiannya, isu-isu semasa SMJK Hua Lian, aktiviti-aktiviti serta dasar-dasar Majlis HLSC dan lain-lain.

(3)      Mesyuarat Kecemasan akan dipanggil tujuh (7) hari lebih awal sebelum mesyuarat tersebut dijalankan. Mesyuarat Kecemasan dipanggil hanya membincangkan perkara-perkara yang dibentangkan dan dianggap sangat penting bagi Majlis HLSC.

(4)     Mesyuarat Agong akan dijalankan sekali setahun bagi Dewan Tertinggi Majlis HLSC. Pemilihan akan dijalankan dalam Mesyuarat Agong Tahunan dua tahun sekali. Notis pemberitahuan tentang Mesyuarat Agong Tahunan akan dikeluarkan sebulan lebih awal (bersama-sama dengan “Borang Penamaan Calon" jika tahun itu adalah tahun pemilihan jawantankuasa baru). Masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat dan Cawangan Majlis HLSC serta cara penyelesaiannya, isu-isu semasa SMJK Hua Lian, aktiviti-aktiviti serta dasar-dasar Majlis HLSC dan lain-lain isu-isu semasa akan dibahaskan dalam Mesyuarat Agong Tahunan ini.

(5)    Semua mesyuarat yang dijalankan mesti mempunyai korum yang mencukupi iaitu satu per tiga (1/3) daripada semua ahli Dewan Tertinggi barulah sah disisi undang-undang.

(6)    Sesuatu mesyuarat yang dijalankan tidak mencukupi korum mesti dibatalkan. Jika mesyuarat ini diteruskan, hanya perkara-perkara dibincangkan dan keputusan tidak boleh dibuat.

 

Frasa 13 : Bahagian-bahagian (Department) dan Jawatankuasa Majlis HLSC

(1)    Beberapa  Bahagian-bahagian (Department) Majlis HLSC ditubuhkan untuk kepentingan ahli-ahli Majlis HLSC dan juga untuk melicinkan pentadbiran Majlis HLSC.

(2)     Bahagian-bahagian (Department) Majlis HLSC dibahagikan kepada dua kategori iaitu Bahagian-bahagian Tetap Majlis HLSC dan Bahagian-bahagian Sementara Majlis HLSC.

(3)     Bahagian-bahagian Tetap Majlis HLSC bertanggungjawab sepenuhnya kepada Dewan Tertinggi Majlis HLSC. Semua Bahagian Tetap mempunyai peraturan-peraturan kecil Bahagian masing-masing dan peraturan-peraturan tersebut mestilah tidak bercanggah dengan perlembagaan dan dasar Majlis HLSC.

(4)      Bahagian-bahagian Tetap bagi Majlis HLSC adalah seperti berikut:

(a)           Bahagian Keahlian dan Pendaftaran Majlis HLSC (Membership and Registration Department)

(b)            Bahagian Pemilihan Majlis HLSC (Council Election Department)

(c)             Bahagian Gerakan Majlis HLSC (Conference Department)

(d)         Bahagian Perancang Aktiviti Majlis HLSC (Activities Planning Department)

(e)           Bahagian Perniagaan dan Perusahaan Majlis HLSC (Business and Commerce Department)

(f)              Bahagian Pendidikan Majlis HLSC (Education Department)

(g)           Bahagian Sukan dan Permainan Majlis HLSC (Sports and Games Department)

(h)             Bahagian Biasiswa Majlis HLSC (Scholarship Department)

(i)          Bahagian Perkhidmatan Kebajikan Majlis HLSC (Community Department)

(j)               Bahagian Kelab Peminat Majlis HLSC (Fans Club Department)

(5)     Bahagian-bahagian Sementara Majlis HLSC adalah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Dewan Tertinggi atau Dewan Tertinggi Majlis HLSC atau kedua-duanya. Bahagian-bahagian Sementara adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada Dewan yang menubuhkannya (Jika suatu Bahagian Sementara ditubuhkan oleh Jawatankuasa Dewan Tertinggi, maka Bahagian Sementara ini akan bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Dewan Tertinggi dan perkara yang sama juga untuk Dewan Tertinggi Majlis HLSC).

(6)      Bahagian-bahagian Sementara Majlis HLSC ditubuhkan oleh Majlis HLSC untuk menyelesaikan masalah atau menjalankan sesuatu tugas Majlis HLSC yang penting. Selepas tugasan tersebut selesai, Bahagian-bahagian Sementara ini akan dibubarkan.

(7)      Bagi tugas-tugas atau masalah yang tidak begitu penting tetapi masih memerlukan suatu badan untuk menyelesainya, badan tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Sementara tetapi bukan Bahagian Sementara Majlis HLSC. Perkataan Bahagian digunakan untuk suatu badan yang ditubuhkan dalam suatu tempoh masa yang panjang untuk memberi perkhidmatan atau menyelesaikan tugasan-tugasan yang berat atau masalah-masalah yang serius sahaja.

 

Frasa 14 : Ahli-ahli JawatanKuasa Cawangan Majlis HLSC

(1)     Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC merupakan pentadbir-pentadbir bagi sesebuah Cawangan Majlis HLSC. Segala keputusan yang dibuat mesti dipatuhi oleh semua ahli-ahli Cawangan Majlis HLSC tersebut.

(2)      Ahli-ahli JawatanKuasa Cawangan Majlis HLSC terdiri daripada:

(a)            Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) Naib Presiden, Setiausaha Agung, tiga (3) Penolong Setiausaha Agong, Bendahari, Penolong Bendahari, Ketua Program dan Kumpulan Penolong Program, serta tidak lebih daripada sepuluh (10) orang Director Majlis HLSC.

(b)       Ketua-ketua dan penolong-penolong ketua biro-biro yang ditubuhkan oleh Cawangan masing-masing (Cawangan Majlis HLSC berhak menubuh seberapa banyak biro-biro tanpa had demi kepentingan dan memanfaat ahli-ahli Cawangan Majlis HLSC masing-masing).

(c)          Penasihat-penasihat Kehormat dan penasihat-penasihat bagi Majlis HLSC (boleh menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC masing-masing tetapi tidak boleh mengundi dalam Mesyuarat tersebut jika ada sesuatu keputusan hendak).

 

Frasa 15 : Pemilihan dan Pemecatan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC

(1)      Pemilihan bagi Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC dijalankan 2 tahun sekali dalam Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC masing-masing.

(2)     Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC merupakan wakil-wakil yang diberi kepercayaan oleh ahli-ahli daripada Cawangan Majlis HLSC tersebut bagi pihak beliau untuk menguruskan segala hal-hal yang mengenai tentang Majlis HLSC.

(3)      Pencalonan calon-calon baru bagi Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC akan dijalankan sebulan atau lebih awal sebelum Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC.

(4)    “Borang Pencalonan Nama” akan dihantar kepada semua ahli yang merupakan ahli-ahli Cawangan Majlis HLSC yang sah sahaja. Semua “Borang Pencalonan Nama” mesti dihantar balik ke Pejabat Cawangan Majlis HLSC masing-masing seminggu sebelum Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC. Calon-calon yang dicalonkan mesti merupakan ahli kepada Cawangan Majlis HLSC tersebut.

(5)      Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC bagi penggal yang masih memegang kuasa, kesemua ahli tersebut adalah layak dijadikan calon secara semulajadi tanpa dicalon.

(6)     Bagi calon-calon yang baru, mereka mesti mendapat sekurang-kurangnya lima peratus (5%) undi daripada jumlah semua pengundi bagi bertanding dalam jawatan Directors dan sepuluh peratus (10%) undi bagi jawatan-jawatan kehormat (Naib Presiden, Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Kumpulan Program termasuk Ketua Program). Bagi jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari mesti mendapat sekurang-kurangnya lima belas peratus (15%) undi masing-masing baru sah untuk bertanding sementara baru jawatan Presiden Majlis HLSC , mesti mendapat sekurang-kurangnya dua puluh lima (25%) undi daripada jumlah semua pengundi. (* seorang ahli Cawangan Majlis HLSC boleh mencalonkan 3 orang ahli daripada Cawangan masing-masing untuk menjadi calon bertanding dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang akan datang.)

(7)     Calon-calon yang dicalonkan untuk sesuatu jawatan dan didapati undi pencalonan tidak mencukupi untuk menyokong jawatan yang dicalonkan tersebut, kelayakan untuk bertanding dalam jawatan tersebut akan dibatalkan.

(8)     Calon-calon hanya dibenarkan bertanding dalam satu jawatan sahaja walaupun mendapat kelayakan untuk bertanding dalam dua jawatan (kecuali bagi jawatan ketua atau penolong ketua biro, semua ahli termasuk ahli jawatankuasa juga boleh memegang jawatan tersebut). Beliau dibenarkan memilih salah satu jawatan sendiri untuk bertanding dalam Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan masing-masing.

(9)     Semua calon yang lulus dalam Pencalonan Nama akan diberi notis oleh Jawatankuasa Bahagian Pemilihan tiga (3) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agong Tahunan Cawangan Majlis HLSC masing-masing. Calon-calon yang layak bertanding mesti hadir Mesyuarat Agong Tahunan  untuk bertanding. Sesiapa calon yang gagal menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan akan hilang layak secara semulajadi untuk bertanding.

(10)    Bagi jawatan yang tiada calon baru, pemegang jawatan penggal lalu akan kekal memegang jawatan tersebut untuk penggal akan datang secara semulajadi. Ini dikenali sebagai “menang tanpa bertanding”.

(11)   Pemenang-pemenang baru bagi Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC akan menjalankan tugasan mereka selepas keputusan diumumkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan tersebut. Pemegang-pemegang jawatan bagi penggal yang lalu perlu menyerahkan semua kuasa dan tugasan kepada pemegang-pemegang jawatan penggal baru dalam Mesyuarat Agong Tahunan tersebut.

(12)   Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC baru bagi penggal baru mesti mengambil sumpah didepan Penasihat-penasihat Kehormat atau Penasihat-penasihat Cawangan Majlis HLSC masing-masing atau kedua-duanya sama ada dalam Mesyuarat Agong Tahunan tersebut atau dalam Jamuan Installation. Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC yang tidak mengambil sumpah adalah tidak sah memegang jawatan tersebut dan menjalankan tugasan mereka.

(13)   Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC tidak boleh sesuka hati dipecat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC tanpa sebarang kesalahan. Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut hanya boleh dipecat dalam Mesyuarat Ahli dengan mendapat lebih daripada lima puluh peratus (50%) daripada ahli-ahli yang hadir setelah hilang kepercayaan terhadap ahli-ahli Jawatankuasa tersebut.

(14)   Seseorang Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC yang gagal menjalankan tugasan beliau atau melanggar Perlembagaan Majlis HLSC atau kedua-duanya, Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC berhak memecat beliau atas sebab diatas selepas mendapat dua per tiga (2/3) undi daripada kesemua undi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan masing-masing.

 

Frasa 16 : Tugas-tugasan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC

(1)      Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC akan menjalankan tugas-tugas untuk kepentingan Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian (Majlis HLSC) dan segala keputusan yang dibuat mesti tidak bercanggah dengan Perlembagaan Majlis HLSC dan dipatuhi oleh semua ahli Cawangan Majlis HLSC masing-masing.

(2)      JawatanKuasa Cawangan Majlis HLSC terdiri daripada:

(a)            Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) Naib Presiden, Setiausaha Agung, tiga (3) Penolong Setiausaha Agong, Bendahari, Penolong Bendahari, Ketua Program dan Kumpulan Penolong Program, serta tidak lebih daripada sepuluh (10) orang Director Majlis HLSC.

(b)       Ketua-ketua dan penolong-penolong ketua biro-biro yang ditubuhkan oleh Cawangan masing-masing.

(c)          Penasihat-penasihat Kehormat dan penasihat-penasihat bagi Majlis HLSC.

(3)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Presiden:

(a)         Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC.

(b)        Bersama-sama dengan Setiausaha Kehormat atau Bendahari Kehormat menandatangani cek-cek untuk kegunaan Cawangan Majlis HLSC masing-masing. Presiden berhak melulusan penggunaan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Dua ratus (RM 200.00) sendiri untuk kegunaan Majlis HLSC. Penggunaan wang Majlis HLSC yang lebih daripada Ringgit Malaysia Dua ratus (RM 200.00) mesti mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC.

(c)             Merancang, menyedia, menjalankan dan memantau segala dasar-dasar dan tugasan-tugasan tentang Cawangan Majlis HLSC masing-masing yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC untuk kemajuan Cawangan masing-masing supaya berjalan dengan lancar.

(d)         Memastikan segala pentadbiran bagi Cawangan Majlis HLSC dijalankan dengan licin dan adil.

(e)            Memastikan dan memantau segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Cawangan Majlis HLSC adalah berfaedah dan tidak bercanggah dengan Dasar-dasar atau Perlembagaan Majlis HLSC atau melanggar undang-undang.

(f)              Berhak melantik Director-director tambahan (maksimum 5 orang) dalam Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC dengan ahli tersebut mestilah ahli dari Cawangan Majlis HLSC tersebut.

(g)        Berhak menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Khas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi atau untuk kepentingan Majlis HLSC dan Cawangan Majlis HLSC masing-masing.

(h)          Berhak menubuh dan membubarkan Biro-biro Cawangan Majlis HLSC yang menjalankan tugas untuk Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC demi kepentingan Majlis HLSC dan Cawangan masing-masing.

(i)              Berhak memeriksa segala laporan,  minit mesyuarat, akaun dan lain-lain yang berkaitan dengan Cawangan Majlis HLSC daripada Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC pada bila-bila masa apabila diperlukan.

(j)              Presiden mempunyai hak ‘undi pemutus’ (casting vote) dan beliau hendaklah menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat.

(4)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Timbalan Presiden:

(a)            Membantu Presiden menjalankan tanggungjawab beliau.

(b)          Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC apabila Presiden tidak hadir atau memohon cuti. Kuasa Timbalan Presiden dalam mesyuarat tersebut adalah sama dengan Presiden dan berhak meluluskan semua perkara.

(c)           Menjalankan tugasan-tugasan sebagai Pemangku Presiden apabila Presiden memohon cuti.

(d)            Menjadi Presiden secara semulajadi apabila Presiden meletakkan jawatan sehingga tamat tempoh untuk pemilihan jawatankuasa yang baru. Jawatan Timbalan Presiden yang kosong akan diganti oleh salah seorang daripada Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC.

(5)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Naib Presiden:

(a)           Terdapat sebanyak tiga (3) orang Naib Presiden dan tidak boleh lebih daripada tiga orang dipilih untuk Cawangan Majlis HLSC.

(b)           Naib-naib Presiden hendaklah membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam menjalankan tanggungjawab mereka. 

(c)   Bertanggungjawab menjaga dan memantaukan segala perkembangan baru Cawangan Majlis HLSC dan bahagian-bahagiannya.

(6)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Setiausaha Agong:

(a)            Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

(b)          Melaporkan kepada Presiden segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran pejabat.

(c)            Mendapatkan persetujuan daripada Presiden berkenaan dengan pengambilan Ahli-ahli Ibu Pejabat Cawangan Majlis HLSC (Sekretariat) dan juga pemberhentian mereka itu.

(d)            Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat dan merekod minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC.

(e)            Bertanggungjawab merekodkan maklumat-maklumat semua ahli Cawangan Majlis HLSC dengan bekerjasama dengan Bahagian Pendaftaran Majlis HLSC.

(7)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Bendahari Kehormat:

(a)            Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

(b)       Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Cawangan Majlis HLSC.

(c)          Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Cawangan Majlis HLSC.

(d)         Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira kewangan untuk diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dalam Mesyuarat Agong Cawangan Majlis HLSC.

(e)            Membentangkan penyata dan butir kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit kepada Majlis.

(f)             Bertanggungjawab memantau dan memastikan penggunaan dan perjalanan kewangan Cawangan Majlis HLSC berguna dengan lancar dan tidak berlaku penyelewengan.

(8)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Penolong Setiausaha Agong:

(a)            Terdapat sebanyak tiga (3) orang Penolong Setiausaha Agong dan tidak boleh lebih daripada tiga orang dipilih untuk Majlis HLSC.

(b)         Bertanggungjawab untuk membantu Setiausaha Agung dalam menjalankan tugas beliau.

(c)           Menjalankan tugas Setiausaha Agung semasa ketiadaan beliau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis HLSC.

(9)      Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Penolong Bendahari Kehormat:

(a)           Bertanggungjawab untuk membantu Bendahari Kehormat dalam menjalankan tugas beliau.

(b)       Menjalankan tugas Bendahari Kehormat semasa ketiadaan beliau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

(10)    Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Kumpulan Programmer:

(a)            Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

(b)         Bertanggungjawab untuk merancang dan menyediakan garis panduan tentang pelaksanaan program-program Cawangan Majlis HLSC.

(c)          Memastikan semua aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti Pusat (Dewan Tertinggi Majlis HLSC) atau aktiviti Cawangan Majlis HLSC dijalankan dengan lancar dan berfaedah.

(d)            Berhak untuk membatalkan sesuatu projek atau aktiviti Cawangan Majlis HLSC yang difikir tidak berfaedah atau melanggar dasar atau perlembagaan Majlis HLSC selepas mendapat persetujuan Presiden daripada Cawangan Majlis HLSC.

(11)   Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Director-director:

(a)           Terdapat sebanyak dua puluh lima (25) orang Director-director dan tidak boleh lebih daripada dua puluh lima orang dipilih untuk Cawangan Majlis HLSC.

(b)            Director-director ini akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan memegang satu jawatan.

(c)             Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

(d)           Bertanggungjawab untuk melancarkan pentadbiran Cawangan  Majlis HLSC dengan menjalankan tugasan yang ditentukan oleh Presiden.

 

[Depan]

[Sambung]

All Rights Reserved. [email protected] 
Copyright © 2001 Hua Lian Student Club.

Hosted by www.Geocities.ws

1