|
|
|
|
Latarbelakang |
|
Pengswastaan
mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun
1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan
Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan
dan pengurusan negara. |
Pengswastaan
adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu
proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi.
Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan
kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. |
|
Rasional |
Y.A.B.
Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities Industri
in Malaysia pada 28hb April, 1984 menyatakan.... Goverment the world
over are notorious for inefficiency when running enterprises, even aided
by monopoly and the authority of Government. On the other hand,
the private sector is better motivated and generally more efficient. It is
hoped that privatisation will improve the economic and general performance
of the services, resulting in a more rapid growth of the nation as a
whole'. |
Sektor
Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan
arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif
dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam
telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu.
Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar
sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini
merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh
Kerajaan. |
Keadaan
ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar
Pengswastaan ini diperkenalkan. |
|
Objektif |
Dasar
Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut: |
(i) |
|
Mengurangkan
Bebanan Kewangan Kerajaan |
|
|
Pada
masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta
ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi,
pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan
tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar pulangan
balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah. |
|
|
Di
samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan
dan pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu
item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan
perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah
meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang
telah menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus. |
(ii) |
|
Meninggikan
Kecekapan Dan Penghasilan Kerja |
|
|
Pencapaian
kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang
perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka
mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan
Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang
tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang
boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan
tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi. |
(iii) |
|
Menggalakkan
Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara |
|
|
Harta-harta
atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan
sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak
menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap
dan sepenuhnya. |
|
|
Lebih
banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara
tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di
samping itu, pihak Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama
dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang
berkenaan. |
(iv) |
|
Pembahagian
Sumber Serta Kecekapan |
|
|
Lebih
banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak
penguasaan Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula
biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran.
Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan
tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu
untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. |
|
|
Subsidi
dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan
menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan
Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang
perseorangan dan negara keseluruhannya. |
(v) |
|
Mempercepatkan
Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru |
|
|
Dengan
memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat
mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau
bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi
kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu. |
|
|
Strategi
Pelaksanaan |
Beberapa
isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan
pengswastaan sesuatu perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu
Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai
oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan
Jabatan Awam (PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi
menyediakan satu garis panduan yang lengkap untuk memudahkan
Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah
Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang perlu di
pertimbangkan ialah: |
|
(a)
Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation); |
|
(b)
Soal keselamatan; |
|
(c)
Perundingan; |
|
(d)
Implikasi kewangan; |
|
(e)
Penentuan harga; |
|
(f)
Implikasi kepada kakitangan; |
|
(g)
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru; |
|
Berdasarkan
kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam,
sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan
mengambilalih harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian
yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga
merupakan sebahagian dari program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya
pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap
perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan
faedah dari perkhidmatan yang diswastakan. |
|
Penutup |
Kebimbangan-kebimbangan
terhadap Dasar Pengswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa
pemindahan hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan
oleh sektor awam kepada syarikat swasta. Pemindahan itu dikuatiri
boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak
serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut. |
Walaubagaimanapun,
jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna
selepas mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas,
ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan
murah pada pengguna penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. |
|
|
|
|
|
|
|