Welcome to Hua Lian Student Club (HLSC) Official Homepage

Hua Lian News , History of Hua Lian , History of HLSC , Constitution of HLSC , Message for HLSC
Board of Directors , Members , ActivitiesPhoto Gallery , Contact HLSC , Links , Home , Back
Welcome to "Hua Lian Student Club Official Homepage" , this Hua Lian Student Club is officially establish on 1 July 2001 by a group of Ex Hua Lian Students.

Dasar :  Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

 
Latarbelakang
     Daya pengeluaran dihuraikan oleh pelbagai pakar atau penulis dengan pelbagai cara. Satu daripada takrif-takrif daya pengeluaran yang diketengahkan ialah nisbah di antara jumlah pengeluaran dan faktor-faktor pengeluaran. Ada juga yang mentakrifkannya sebagai pengukuran nilai barang yang di keluarkan dengan kos yang rendah. Daya pengeluaran juga telah ditakrifkan sebagai nisbah hasil dan jumlah kos buruh. Ini bermakna daya pengeluaran tidak serupa dengan jumlah pengeluaran dan peningkatan daya pengeluaran tidak semestinya dicapai melalui peningkatan jumlah pengeluaran semata-mata.
     Pada masa ini, kadar pertumbuhan ekonomi dunia telah mengalami kemerosotan dan ini disertai pula dengan kadar pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang lembab. Oleh itu untuk mencapai kadar perkembangan ekonomi yang berterusan di dalam suasana yang mencabarkan ini, setiap negara baik negara perindustrian ataupun negara membangun seperti Malaysia perlulah meningkatkan pendapatan masing-masing ke tahap yang paling maksima. Satu daripada pendekatan yang sesuai bagi mencapai matlamat ini ialah melalui peningkatan daya pengeluaran negara yang mana ianya menglibatkan kedua-dua sektor awam dan sektor swasta serta meliputi semua jenis dan peringkat pekerjaan.
 
Rasional
     Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memerlukan penambahan hasil pendapatan yang meningkat supaya kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dapat dicapai. Dalam konteks ini pengembelingan tenaga daripada sektor awam dan swasta adalah diperlukan. Di samping itu kedua-dua sektor ini perlu juga meningkatkan daya pengeluaran bagi menentukan sumber-sumber ekonomi negara digunakan dengan cara yang optima.
     Daya pengeluaran sektor awam adalah penting untuk menjayakan pencapaian matlamat pembangunan negara. Dengan demikian ianya perlu terus dipertingkatkan memandangkan bahawa tanggungan perbelanjaan sektor ini adalah tinggi. Di samping itu memang terdapat persoalan terhadap mutu perkhidmatan yang diberi.
     Peningkatan daya pengeluaran di sektor swasta adalah sama pentingnya. Untuk mempastikan sektor ini dapat bersaing di pasaran bebas antarabangsa, buat masa ini kebanyakan syarikat besar dalam negara terutama sektor pembuatan, diberi bantuan dan sokongan sama ada dari segi perlindungan pasaran atau galakan cukai. Sekiranya peningkatan daya pengeluaran ini tidak diusaha, kecekapan dan keupayaan sektor perindustrian untuk bersaing sama ada di dalam atau di luar negeri mungkin terhad apabila perlindungan atau galakan yang diberi oleh Kerajaan tamat.
 
Objektif
     Matlamat peningkatan daya pengeluaran negara bolehlah dikategorikan kepada berikut:-
(a) Untuk meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula 
struktur dan ketidakseimbangan ekonomi dalam negara.
(b) Untuk mempastikan penggunaan sumber-sumber negara dengan optima 
dan mengelakkan pembaziran yang merugikan.
(c) Untuk memperkukuhkan asas perindustrian supaya ianya dapat 
bersaing di pasaran bebas antarabangsa dengan berkesan.
 
Strategi Pelaksanaan
     Secara kasar pendekatan untuk meningkatkan daya pengeluaran negara dilaku melalui beberapa  cara-cara berikut:-
(a) Pembaikan kepada Sistem dan Organisasi
Cara ini melibatkan pembaikan keseluruhan terhadap sesuatu organisasi dari segi objektif, strategi dan tatacara kerja, sistem maklumat, sistem fail dan lain-lain. Pendekatan ini didapati perlu untuk menghapuskan kelambatan kerja (bottleneck), pembaziran masa, peranan yang bertindih (overlapping), penyelarasan yang kurang memuaskan, kekurangan perancangan dan sebagainya. Latihan di peringkat pengurusan dan kakitangan rendah di bidang-bidang tertentu juga diadakan di dalam pelaksanaan strategi ini.
(b) Penggunaan teknologi yang sesuai
Dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang sesuai, penekanan dibuat kepada pemindahan teknologi dengan berkesan supaya negara kurang bergantung kepada sumber-sumber teknologi dari luar negeri. Teknologi yang dimaksudkan ini bukanlah terhad kepada jentera dan kemahiran sahaja tetapi juga pengurusan organisasi yang termoden.
(c) Penerapan nilai baru
Strategi ini melibatkan penyemaian di kalangan pemimpin-pemimpin, pengurus-pengurus, pekerja-pekerja dan rakyat terhadap nilai-nilai dan etika kerja yang menitikberatkan kerja bersungguh-sungguh, kesetiaan kepada perusahaan, dedikasi dan sikap berdikari. Antara lain strategi ini mengutarakan slogan Kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.
(d) Dasar-dasar baru
Pada masa ini Kerajaan telah menggubalkan dasar baru yang boleh membantu pencapaian matlamat peningkatan daya pengeluaran. Di antara dasar-dasar yang penting ialah:-
(i) Dasar Memandang ke Timur
Usaha untuk mengubah sikap pekerja dan majikan ke arah pencapaian yang baik serta kepentingan golongan yang mana akan meningkatkan daya pengeluaran di dalam masyarakat Malaysia.
(ii) Dasar Perindustrian Berat
Menggalakkan serta menggunakan kemajuan teknologi yang sesuai dan mengandungi cara-cara yang baik dan moden yang cekap dan berkesan.
(iii) Dasar Pengswastaan
Mengswastakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak awam bagi menggalakkan persaingan dan menambahkan daya pengeluaran agensi berkenaan.
(iv) Dasar Persyarikatan Malaysia
Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara sektor awam dan sektor swasta.
(v) Dasar Sogoshosha
untuk mendapatkan 'synergy' dalam aktiviti perdagangan luar.
(vi) Dasar Pertanian Negara
Untuk menggubal strategi dan halacara baru dalam mencapai pembangunan pertanian dan luar bandar.
 
Penutup
     Untuk mencapai matlamat peningkatan daya pengeluaran, ianya bukanlah melibatkan proses yang senang dan mengambil masa yang pendik. Pencapaiannya memerlukan daya usaha yang gigih dan menyeluruh bukan sahaja dari segi menggubalkan dasar tertentu tetapi juga mendapatkan kerjasama keseluruhan masyarakat di dalam negeri. Oleh itu peningkatan daya pengeluaran hendaklah dianggap sebagai satu pendekatan atau falsafah dalam pengurusan dan nilai kerja yang sewajarnya berlaku secara berterusan.
All Rights Reserved. [email protected] 
Copyright © 2001 Hua Lian Student Club.

Hosted by www.Geocities.ws

1