|
Dasar
: Pelan Induk Perindustrian |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Sejak
tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah
dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gantian-import.
Bagaimanapun strategi ini telah mula berubah dalam tahun 1970 di
mana lebih banyak tumpuan telah dibuat terhadap kegiatan-kegiatan yang
berorientasikan eksport, memandangan kegiatan berorientasikan gantian
import membantutkan perkembangan perindustrian oleh kerana Malaysia
dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil. Matlamat-matlamat pembangunan
Perindustrian dalam tahun 70an hingga sekarang berasaskan faktor-faktor
berikut:- tempoh 115 hingga 120 tahun |
a. |
|
Mencapai
matlamat Dasar Ekonomi Baru |
b. |
|
Mempelbagaikan
industri dan megembangkannya ke seluruh negara |
c. |
|
Menambahkan
tukaran asing menerusi pengujudan industri yang |
|
|
teknologi
tinggi dan memupuk kemahiran bagi pekerja-pekerja Malaysia |
d. |
|
Menambahkan
lagi industri kecil |
e. |
|
Mengurangkan
import barangan jentera |
f. |
|
Mengekploitasi
pertalian/linkage pengeluaran dan pemerosesan |
g. |
|
Menguatkan
lagi keupayaan teknologi dalam sektor pembuatan. |
|
|
Rasional |
Walaupun
matlamat-matlamat pembangunan perindustrian ini telah menghasilkan
kemajuan yang pesat dalam tahun 70an, beberapa kelemahan telah dapat
dikesan terutamanya dalam awal tahun 80an di mana kemelesetan sektor luar
telah menjejas prestasi sektor pembuatan Malaysia. |
Pada
dasarnya kelemahan-kelemahan sektor pembuatan Malaysia adalah berasaskan
kepada strukturnya. |
Pertama,
asas sektor pembuatan adalah sempit (narrow industrial base). Boleh
dikatakan sebahagian besar kegiatan-kegiatan pembuatan adalah
ditumpukan kepada pengeluaran-pengeluaran barangan-barangan elektrik dan
elektronik, bahan-bahan kimia dan petroleum, tekstail, kasut dan beberapa
pengeluaran jentera dan peralatan perhubungan. |
Kedua,
campurtangan kerajaan dalam memberi galakan perindustrian seperti galakan
cukai, galakan pelaburan industri baru, galakan tempatan, Akta
Penyelarasan Perindustrian dan pengujudan Kawasan Perdagangan Bebas telah
menghasilkan keadaan yang tidak seimbang dalam industri pembuatan. Antara
kesan-kesan yang tidak seimbang ini ialah: |
a. |
|
Terlalu
berat kepada 2 sektor eksport - elektronik dan tekstail, |
|
|
iaitu
hampir 65% daripada pengeluaran adalah daripada sektor-sektor ini. |
b. |
|
73%
daripada kegiatan-kegiatan pembuatan bertumpu di kawasan- |
|
|
kawasan
maju. |
c. |
|
Kadar
kepentingan asing yang tinggi dalam modal tetap - misalnya |
|
|
industri
elektronik (80%), industri tekstail (54%). |
d. |
|
Galakan-galakan
industri tidak berlaku 'across firm' dan 'across |
|
|
industry'
yang menyebabkan tidak seimbangnya kesan galakan. |
e. |
|
Kebanyakan
firma yang menggunakan galakan-galakan ialah firma- |
|
|
firma
multinasional yang berorientasikan pasaran eksport yang kurang
memberi perhatian kepada peluang-peluang mengujudkan pemerosesan
(backward linkages) dalam negeri. |
|
Ketiga,
kelemahan-kelemahan ini ditambah dengan tidak ujudnya dasar perindustrian
negara yang dapat mengadakan matlamat dan strategi industri yang terang
dan bersesuaian buat masa kini dan masa hadapan untuk menyelaraskan
kesemua kegiatan-kegiatan pembuatan negara, khususnya kepada
industri-industri berasaskan pertanian. |
|
Objektif |
Berasaskan
faktor-faktor yang dibincangkan di atas, maka perlulah diadakan satu
perancangan yang terperinci dalam sektor pembuatan yang dapat menggabung
dan menunjuk dengan jelas perhubungan antara berbagai-bagai peringkat
kegiatan pembuatan. Satu daripada langkah yang menuju ke arah ini ialah
penyediaan Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang sedang disiapkan dan akan
diumumkan dalam bulan Julai 1985. Matlamat Pelan Induk Perindustrian
yang sedang disusun meliputi perkara seperti berikut:- |
a. |
|
Merangka
secara terperinci kegiatan sektor perindustrian dan |
|
|
sektorindustri
kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum. |
b. |
|
Menyediakan
profail industri yang sesuai seperti keluasan pasaran |
|
|
dan
keupayaan yang sedia ada, kedudukan permintaan dan penawaran
berbagai jenis barang. |
c. |
|
Menyatukan
industri yang sedia ada dengan kegiatan mengeluarkan |
|
|
bahan
mentah (upstream activity) dan kegiatan memproses bahan (downstream
activity). |
d. |
|
Merangka
keperluan Teknologi sektor dengan melengkapkan program |
|
|
yang
menyeluruh. |
|
|
Strategi
Pelaksanaan |
Untuk
melaksanakan matlamat PIP ini, beberapa strategi adalah sedang disusun dan
meliputi perkara-perkara berikut: |
a. |
|
Menyusun
semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada. |
b. |
|
Mempelbagaikan
eksport dan menggalakkan sektor gantian import. |
c. |
|
Memajukan
semula industri gantian import peringkat pertama - |
|
|
misalnya
barang pengguna tahan lama dan industri gantian; import peringkat
kedua - misalnya alat perhubungan. |
d. |
|
Menggalakkan
pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih banyak |
|
|
barangan
buatan Malaysia. |
e. |
|
Mempelbagaikan
pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru di |
|
|
negara-negara
sosialis dan negara-negara yang sedang membangun. |
f. |
|
Memperluaskan kegiatan
industri ke kawasan-kawasan kurang maju. |
g. |
|
Menggalakkan
penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan |
|
|
pihak
swasta. |
h. |
|
Menggalakkan
industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan |
|
|
industri
baru. |
i. |
|
Menggalakkan
pertumbuhan perusahaan kecil. |
|
|
Pencapaian |
Walaupun
PIP masih lagi dalam penyediaan dan segala matlamat dan strateginya
sedang disusun, beberapa langkah ke arah ini telahpun dirancangkan dan
dilaksanakan. Misalnya projek-projek industri berat misalnya pengujudan
industri kereta, kilang-kilang simen, besi waja, methanol, anamonia dan
kompleks petro-chemikal sedang dirancangkan atau dilaksanakan. Di samping
itu kempen-kempen menggalakkan pengguna-pengguna menggunakan barangan
buatan Malaysia telah pun berjalan. Di samping ini galakan untuk industri
kecil dan industri berasakan pertanian sedang dilaksanakan. |
Langkah
pertama untuk mencapai matlamat PIP ialah membuat keputusan untuk
menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian dan mengenalpasti apakah
keperluan-keperluan jangka masa panjang mengenainya. |
Perkara
utama yang harus dibincangkan untuk menuju ke arah ini ialah mengenai
pemindahan teknologi. Apa yang dipersoalkan di sini ialah mengenai
keutamaan halacara dan tempoh masa yang diperlukan untuk menerima
pemindahan teknologi secara optimum. Pencapaian matlamat PIP juga
memerlukan negara menguatkan bidang penyelidikan dan pembangunan, dan ini
memerlukan sumber dan teknologi yang cukup serta tenaga manusia yang pakar
dan mahir bagi melaksanakannya. Di samping itu kita juga perlu
mengujudkan sekumpulan besar usahawan untuk mencebur diri dalam
bidang-bidang ini. Masalah yang dihadapi tidak akan selesai dengan adanya
penyediaan PIP sahaja malahan penyusulan pihak yang membuat keputusan dan
pihak yang melaksanakan dan menyelenggarakannya adalah lebih kritikal.
Bagi menggalakkan pihak swasta mengambil bahagian dengan lebih giat
dalam perlaksanaan PIP, langkah untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya
mengurangkan segala halangan dan prosedur lapuk pentadbiran sektor
pembuatan perlu diusahakan selaras dengan Dasar Pensyarikatan Malaysia. |
|
Penutup |
PENCAPAIAN
DASAR SEHINGGA 1990 |
PIP
telah diumumkan pada tahun 1985, sejak itu, pencapaiannya adalah sangat
menggalakkan; |
(i) |
|
PIP
meramalkan kadar pertumbuhan tahunan KDNK ialah 6.4%. Kadar |
|
|
pertumbuhan
KDNK bagi tahun 1986 hingga 1990 adalah 1.2%, 5.4%, 8.9%, 8.8%
dan 9.4%. (KDNK adalah dirujuk pada harga tetap 1978) |
(ii) |
|
PIP
meramalkan sektor perkilangan akan berkembang dengan kadar |
|
|
8.8%
setahun. Pertumbuhan sektor ini bagi tahun 1986 hingga 1990 adalah
7.5%, 13.4%, 17.6%, 12% dan 15.8%. |
(iii) |
|
Sumbangan
sektor perkilangan kepada KDNK telah bertambah kepada |
|
|
26.6%
dalam tahun 1990 berbanding dengan 21% dalam tahun 1986. |
(iv) |
|
PIP
meramalkan eksport barangan perkilangan akan berkembang |
|
|
dengan
kadar 8.9% setahun. Pertumbuhan tahunan eksport ini bagi tahun 1986
hingga 1989 adalah 23.1%, 32.5%, 32% dan 36.3%. |
(v) |
|
Pelaburan
asing ($) bagi projek-projek yang diluluskan oleh MIDA |
|
|
juga
berkembang dengan kadar yang tinggi. Jumlah pelaburan asing bagi
sembilan bulan pertama tahun 1990 telah mencapai 13.3 billion
ringgit berbanding dengan 8.7 billion ringgit bagi tahun 1989.
Kadar pertumbuhan nilai pelaburan asing bagi tahun 1986 hingga 1990
(sehingga Sept. 1990 ) ialah 76%, 22%, 136.8%, 77.4% dan 53.9%. |
(vi) |
|
Kadar
pengangguran juga telah turun kepada 6.3% dalam tahun 1990 |
|
|
berbanding
7.6% dalam tahun 1985. Sektor perkilangan juga merupakan sektor yang
paling banyak menawarkan pekerjaan baru bagi tahun tahun yang lepas
dan akan datang. |
(vii) |
|
Kejayaan
Kerajaan dalam beberapa projek industri berat secara |
|
|
langsung
telah mengembangkan industri industri lain yang berkaitan,
terutamanya industri kecil. |
|
Adalah
jelas bahawa kejayaan perlaksanaan PIP telah membantu memulihkan ekonomi
Malaysia dari kemelesetan ekonomi yang dialaminya pada tahun 1985 dan
1986. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi ini secara langsung akan membantu
kerajaan dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. |
PIP
juga bertindak sebagai panduan bagi pelabur dan kerajaan untuk
memandu negara menuju kearah sebagai sebuah negara perindustrian yang
mantap secara licin dan teratur. |
Di
samping kejayaan cemerlang yang dicapai dalam PIP terdapat kesan-kesan
sampingan yang negatif daripada perlaksanaan PIP tanpa kawalan yang ketat.
Kesan-kesan yang negatif itu ialah: |
(i) |
|
Industrilisasi
tanpa diawasi dengan ketat telah menyebabkan |
|
|
pencemaran
alam sekitar yang serius. Kajian dari pertubuhan yang tertentu
menunjukkan hujan asid telah bertambah dengan kadar yang cepat di
kawasan-kawasan perindustrian dan pencemaran sungai, laut, udara
serta darat juga telah meningkat. Langkah-langkah segera harus
diambil bagi menghalang atau memperbaiki pencemaran alam sekitar ini
sebelum ia mencapai tahap yang kritikal. |
(ii) |
|
Perkembangan
industri yang pesat telah mempercepatkan proses |
|
|
perbandaran
(Urbanization), ini secara langsung menyebabkan kekurangan
tenaga buruh yang begitu ketara dalam bidang pertanian. Keadaan ini
telah menyediakan peluang keemasan bagi pendatang-pendatang haram
bertapak di sini dan menimbulkan berbagai masalah sosial. |
|
Penyediaan
Pelan Induk Perindustrian merupakan satu langkah yang kritikal untuk
Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian. |
Ini
lebih ketara apabila dilihat bahawa walaupun sektor pembuatan telah
berkembang dengan pesat, keadaan kemelesetan ekonomi dunia telah
menunjukkan beberapa kelemahan strukturnya. Dengan adanya PIP, matlamat
strategi dan halacara untuk Malaysia memasuki zaman perindustrian yang
lebih sophisticated dan kompetitif adalah berpadu dan komprehensif. |
|
|
|
|
|
|
|