Welcome to Hua Lian Student Club (HLSC) Official Homepage

Hua Lian News , History of Hua Lian , History of HLSC , Constitution of HLSC , Message for HLSC
Board of Directors , Members , ActivitiesPhoto Gallery , Contact HLSC , Links , Home , Back
Welcome to "Hua Lian Student Club Official Homepage" , this Hua Lian Student Club is officially establish on 1 July 2001 by a group of Ex Hua Lian Students.

Konsep Kawasan Aman, Bebas dan Berkecualian

(ZOPFAN) Di Asia Tenggara

 
Latarbelakang
     Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
 
Rasional
     Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:
(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasa
besar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.
(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan
ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.
(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan
kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
 
Objektif
     Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.
 
Strategi Pelaksanaan
     Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:-
(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa
besar tentang objektif atau usaha menjadikan.
(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam
jangka panjang.
(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas
daripada senjata nuklear.
 
Penutup
     Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.
All Rights Reserved. [email protected] 
Copyright © 2001 Hua Lian Student Club.

Hosted by www.Geocities.ws

1