|
Halacara
Baru Dalam Pembangunan |
Kampung
Dan Luar Bandar |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Semasa
membentangkan kajian Separuh Penggal rancangan Malaysia Ke IV di Parlimen
pada 29hb Mac, 1984 Y.A.B. Perdana Menteri telah menekankan bahawa
Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki keadaan hidup
penduduk-penduduk luar bandar. Selanjutnya, beliau menegaskan bahawa
Malaysia mencapai kemerdekaan pembangunan luar bandar telah diberi tekanan
yang istimewa oleh Kerajaan. Dalam ertikata luas, takrif luar bandar yang
dimaksudkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bukanlah merujuk kepada lokasi
dari segi fizikal dan geografi tetapi kepada kawasan-kawasan di mana
terdapat petani dan nelayan miskin, penduduk miskin di kampung-kampung
baru dan estet-estet. Membangunkan masyarakat miskin sedemikian adalah
merupakan pembangunan luar bandar. |
Untuk
menegaskan lagi pencapaian matlamat ini, Y.A.B. Perdana Menteri telah
memanggil satu mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian,
Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan
pada 10hb April, 1984 dengan tujuan menegaskan lagi komitmen Kerajaan
serta membuktikan halacara baru dalam pembangunan luar bandar. Halacara
baru ini adalah merupakan 'concerted effort' pihak Kerajaan dalam
kesungguhannya bekerja bagi memperbaiki masyarakat luar bandar. |
|
Rasional |
Dasar
ini adalah berasaskan kepada: |
(a) |
|
Ekoran
daripada hasrat Kerajaan untuk melatih dan memupuk |
|
|
pemahaman
di kalangan masyarakat kampung mengenai aspek-aspek pelaburan yang
merangkumi konsep kos pulangan dan keuntungan; |
(b) |
|
Penyemaian
pengetahuan kepada penduduk-penduduk di luar bandar |
|
|
supaya
mereka dapat menganggap bahawa wang bukan sahaja sebagai satu medium
pertukaran tetapi juga alat pelaburan. Oleh itu, adalah didapati
perlu mengubah keadaan masyarakat desa supaya menjadi lebih
monetised; |
(c) |
|
Di
zaman moden ini, tidak lagi boleh diterima sistem 'peasantry' |
|
|
atau
sistem di mana petani cuba menampung sara hidup dengan memiliki dan
mengerjakan tanah sebesar 'kankang kera'. Kerajaan berpendapat
bahawa masyarakat petani tidak wajar dijadikan mangsa kepentingan
strategi makanan negara. Mereka hendaklah dipelihara daripada nasib
yang buruk ini dengan kesanggupan mereka menukar, secara
beransur-ansur cara dan pergantungan mereka kepada pengeluaran padi;
dan |
(d) |
|
Tujuan
untuk mengatasi masalah saiz kebun yang tidak ekonomik |
|
|
dalam
mana sistem pertanian kecil-kecilan diubah kepada sistem pelaburan
besar-besaran, teratur dan berbentuk perniagaan. |
|
|
Objektif |
Dasar
ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran
pertanian, meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa dan
memudahkan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan serta lain-lain prasarana.
Matlamat dasar ialah untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk di
luar bandar dengan memupuk di kalangan penduduk tersebut semangat berusaha,
bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jaya diri dalam usha
ekonomi yang menguntungkan. |
|
ASPEK-ASPEK
DASAR |
Halacara
baru ini melibatkan tiga aspek iaitu: |
(i) |
|
Kemajuan
pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan |
|
|
bagi
kebun-kebun kecil dan bendang-bendang; |
(ii) |
|
Perwujudkan
industri kampung dan perusahaan kecil atau lain-lain |
|
|
kegiatan
ekonomi bukan pertanian; dan |
(iii) |
|
Pengelompokan
dan penyusunan semula kampung-kampung secara |
|
|
teratur
untuk membibitkan pusat-pusat pertumbuhan baru. |
|
|
Strategi
Pelaksanaan |
Strategi
perlaksanaan yang dikemukakan ialah mengadakan program pertanian
berkelompok dan pengumpulan kampung-kampung yang berdekatan untuk
dijadikan bandar kecil. Pesawah-pesawah akan mencantumkan tanah mereka
yang sebelah menyebelah untuk dijadikan estet-estet padi. Estet-estet padi
ini akan diselenggarakan oleh koperasi. Pengurus-pengurus estet akan
dilatih oleh Kerajaan dan dibayar gaji oleh koperasi pemilik tanah.
Jentera-jentera juga akan dimiliki oleh koperasi estet. Pemilik tanah akan
mendapat saham dalam estet mengikut saiz tanah mereka sebagai peraturan
daripada saiz estet. Sementara sawah mereka disatukan dan diurus sebagai
estet, peserta sesuatu skim akan ditempatkan semula dalam satu kawasan
yang sesuai dalam estet itu. Oleh kerana rumah-rumah yang akan diwujudkan
tidak akan dibazirkan. |
Bandar-bandar
ini akan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan dan lain-lain.
Di samping itu, kedai-kedai dan perkhidmatan lain seperti klinik dan
pejabat pos akan diadakan. Industri kecil yang sesuai dengan sumber alam
tempatan akan dikenalpasti dan didirikan. Dalam ertikata lain
bandar-bandar kecil ini akan menjadi pusat perkhidmatan kepada penduduk
sekitarnya. |
Jabatan
perancang Bandar dan desa telah mengemukakan cadangan mengenai pendekatan
bagi mengelompokan kampung-kampung tradisi mengikut lima model iaitu: |
(i) |
|
Model
pemusatan; |
(ii) |
|
Model
tarikan; |
(iii) |
|
Model
gabungan; |
(iv) |
|
Model
pengembangan; dan |
(v) |
|
Model
perubahan. |
|
|
Penutup |
Adalah
menjadi penghargaan Kerajaan bahawa halacara baru ini akan dapat
mengurangkan masalah kemiskinan yang masih mengkongkong penduduk-penduduk
luar bandar. Menerusi pendekatan baru ini, penduduk-penduduk desa tidak
sahaja akan menikmati perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan
moden tetapi juga berpeluang untuk mengubah tahap kedudukan ekonomi mereka.
Kejayaan halacara baru ini akan banyak bergantung kepada kerjasama yang
erat di antara agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dan juga
penduduk-penduduk desa selaku Kumpulan Sasarannya. Peranan komunikasi dan
perhubungan awam dalam mendapatkan penerimaan Kumpulan Sasaran ini adalah
syarat utama yang akan menentukan kejayaan halacara baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|