|
Dasar
: Dasar Wanita Negara |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Wanita
terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama
ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam
pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja
memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah
melupakan sumber ekonomi yang penting. Buat masa ini, mereka merupakan
satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh,
penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7
peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita
terus merupakan faktor penting. Gunatenaga wanita juga telah
bertambah dengan banyaknya di dalam sektor pembuatan terutamanya dalam
sektor tekstail dan elektronik. Di sektor perkhidmatan seperti
perkhidmatan masyarakat, sosial, persendirian serta sektor awam,
penyertaan wanita juga kian meningkat. Wanita juga telah lama memainkan
peranan yang aktif di bidang politik negara. Mereka merupakan kumpulan
pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai penarik pengundi. |
Kerajaan
telah lama mengiktiraf sumbangan besar wanita di dalam pembangunan negara.
Oleh itu kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam proses
pembangunan negara dengan membuka peluang-peluang yang lebih luas
bagi menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik. Beberapa institusi
telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke dalam aliran utama
pembangunan. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam
Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada
tahun 1976 bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai wanita
dalam pembangunan negara. Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) telah
ditubuhkan untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan-perkhidmatan yang
dibekalkan oleh sektor awam dan swasta bagi faedah kaum wanita. Selain
daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal ehwal wanita,
HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada NACIWID. |
Sistem
penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk wanita telah
diperkukuhkan lagi melalui aktiviti organisasi-organisasi kerajaan seperti
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan
beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah. Penubuhan sebuah agensi amanah bukan
kerajaan iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut membantu
mempertingkatkan penyertaan kaum wanita terutamanya di luar bandar di
dalam aktiviti-aktiviti ekonomi bukan ladang. |
Pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) yang lain juga memainkan peranan yang penting ke arah
meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan
sosial. |
NGO
seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Perkumpulan
Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Pertubuhan
Bantuan Wanita Islam dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam serta
pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain telah menyediakan berbagai program
pembangunan berbentuk jayadiri dan kemudahan-kemudahan sokongan yang lain. |
|
Rasional |
Menyedari
pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik
negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu
dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan
supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk
membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi
yang utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah
haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan
wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses
pembangunan negara. |
Menyedari
hakikat inilah kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam
tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke
arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih
bermakna. DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita
dalam proses pembangunan negara. |
|
Objektif-objektif
Dasar Wanita Negara ialah: |
(i) |
|
untuk
menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan |
|
|
wanita
dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang
dan faedah dari pembangunan; dan |
(ii) |
|
untuk
mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor |
|
|
pembangunan
negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan
meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan
kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam
keadaan aman dan makmur. |
|
|
Strategi-strategi
Pelaksanaan |
Bagi
membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita Negara (DWN),
beberapa strategi dibentuk bagi menjamin kecekapan, keberkesanan,
keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan sperti berikut: |
(a) |
|
Memperkukuhkan
Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai Jentera |
|
|
Pembangunan
Negara |
|
|
Jentera
negara bagi kemajuan wanita ialah HAWA yang kini diletakkan di bawah
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial. Adalah wajar
HAWA dipertingkatkan kuasa dan tarafnya dengan mewujudkan
perhubungannya dengan setiap Kementerian, mengadakan penyelaras di
setiap negeri supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan mengenai
hal ehwal wanita. |
(b) |
|
Mengorientasikan
Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan Supaya |
|
|
Memasukkan
Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasaan Program-program
Pengintegrasian Wanita |
|
|
Dalam
penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program oleh apa juga
sektor atau agensi, pertimbangan mestilah dibuat tentang
sumbangan dan implikasinya terhadap wanita; impak dan kesan
yang negatif terhadap wanita hendaklah diawasi. Satu sistem
penyelarasan dan kawalan bagi program-program yang komprehensif
hendaklah diwujudkan bagi mengelakkan kesan-kesan negatif dan juga
bagi mengesani rintangan dan masalah, sama ada dari segi
undang-undang, mahupun dari segi amalan, supaya tindakan
sewajarnya dapat diambil bagi mengatasinya. |
|
|
Semua
program pembangunan mestilah mempunyai strategi yang menguntungkan
wanita; penglibatan wanita di semua peringkat, daripada peringkat
awal perancangan hingga ke peringkat penilaian, di peringkat
nasional dan di peringkat tempatan hendaklah terjamin. |
(c) |
|
Pendidikan
dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak Pentadbiran |
|
|
Kerajaan
Mengenai Isu Wanita |
|
|
Bagi
membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi dan agensi kerajaan,
program latihan kepekaan jantina gender sentisizing dipelbagai
peringkat hendaklah diadakan. Program latihan mengenai wanita dan
pembangunan hendaklah diadakan berterusan untuk kakitangan kerajaan. |
(d) |
|
Penglibatan
Badan-badan Bukan Kerajaan |
|
|
Kerajaan
hendaklah berusaha melibatkan semua organisasi bukan kerajaan dan
badan-badan sukarela dalam program dan tindakan pembangunan wanita.
Bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah
diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi
menggalakkan dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka. |
(e) |
|
Membasmi
Diskriminasi dan Mengambil Tindakan Tegas |
|
|
Langkah-langkah
khusus hendaklah diambil bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita.
Kelemahan-kelemahan undang-undang bagi menjamin hak wanita hendaklah
dibaiki. Tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan
kurang maju di luar bandar, wanita yang tidak berdaya dan cacat serta wanita diberi peluang
pendidikan. |
(f) |
|
Memajukan
dan Menyelaras Penyelidikan Mengenal Isu Wanita |
|
|
Menyedari
hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai kedudukan wanita
sebenarnya, maka kerajaan hendaklah menggalak dan membantu
penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di samping itu kerajaan
hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat
oleh pelbagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan butiran
maklumat mengikut jantina. |
(g) |
|
Peruntukan
Anggaran Belanjawan |
|
|
Kerajaan
hendaklah menentukan bahawa Kementerian-kementerian dan
Agensi-agensi yang berkenaan menggunakan peruntukan yang telah
diluluskan dengan mengubahsuai tindakan bagi memenuhi program dan
projek pembangunan wanita. |
|
|
Pelan
Tindakan Mengikut Sektor |
(a) |
|
Jentera
Nasional Bagi Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan |
|
|
(i) |
|
HAWA
hendaklah mempunyai hubungan yang berfungsi dengan |
|
|
semua
Kementerian lain. Ia hendaklah bertindak sebagai pusat
penyelaras, pengesan, dan pemeroses isu-isu untuk dikemukakan
kepada NACIWID untuk mendapat pandangan, nasihat dan syor-syor
untuk tindakan pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang
berkenaan; |
(ii) |
|
Usaha
bagi memperkukuhkan HAWA hendaklah termasuk program- |
|
|
program
latihan pegawai dan kakitangan urusetia supaya HAWA akan
bertambah cekap dan dinamik; dan |
(iii) |
|
Pengagihan
bekalan kewangan sewajar dengan tugas dan fungsi |
|
|
HAWA
yang lebih luas ini hendaklah ditentukan. |
|
(b) |
|
Kesihatan |
|
|
(i) |
|
Mewujudkan
satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira |
|
|
keperluan
dan taraf kesihatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang
komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani,
mental dan emosi; |
(ii) |
|
Satu
mekanisma hendaklah diwujudkan bagi memudahkan |
|
|
penyertaan
berbilang sektor bagi menjamin penyebaran perkhidmatan
kesihatan yang sama rata di semua kawasan, serta menentukan
usaha yang cekap dan berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti
tempatan; |
(iii) |
|
Menggalakkan
perkembangan ilmu dan amalan perubatan cara |
|
|
moden
dan tradisional; |
(iv) |
|
Melaksanakan
dasar yang berkesan tentang penagihan dan |
|
|
penggunaan
dadah dengan melibatkan semua pihak dan lapisan; |
(v) |
|
Mengadakan
undang-undang yang dapat memberi perlindungan |
|
|
kepada
pesakit daripada pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab dalam
memberi rawatan dan ubatan. Mangsa-mangsa rogol dan keganasan
hendalah diberi perlindungan daripada publisiti yang
meruntuhkan maruah dan keperibadian mereka; dan |
(vi) |
|
Mengkaji
undang-undang yang sedia ada, atau menggubal undang |
|
|
undang
baru bagi melindungi wanita akan pekerjaan-pekerjaan yang
membahayakan kesihatan. |
|
(c) |
|
Pendidikan
dan Latihan |
|
|
(i) |
|
Menhapuskan
gambaran-gambaran yang merendahkan maruah dan |
|
|
imej
wanita; |
(ii) |
|
Memudahkan
penyertaan wanita dalam bidang-bidang yang |
|
|
diminati; |
(iii) |
|
Meyakinkan
wanita untuk mengambil peluang latihan bagi |
|
|
menceburkan
diri dalam lapangan sains dan teknologi moden; |
(iv) |
|
Memasukkan
pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus |
|
|
pendidikan
dan latihan kerjaya untuk lelaki dan wanita; |
(v) |
|
Menyemak
dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas institusi |
|
|
bagi
menjamin diskriminasi terhadap wanita tidak diamalkan; |
(vi) |
|
Meluaskan
lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk |
|
|
wanita
serta mengiktiraf kemahiran-kemahiran wanita dalam bidang
latihan dan pekerjaan; |
(vii) |
|
Menekankan
institusi pendidikan dewasa serta peluang |
|
|
pendidikan
sepanjang hidup agar kaum wanita dapat terus mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran mereka; dan |
(viii) |
|
Institusi-institusi
swasta hendaklah diawasi supaya mereka |
|
|
tidak
meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun mengekalkan
gambaran-gambaran yang menghinakan penyertaan wanita. Dasar
Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor, baik kerajaan
mahupun bukan kerajaan. |
|
(d) |
|
Undang-undang |
|
|
(i) |
|
Menyemak
dan mengemaskini undang-undang yang kurang |
|
|
berkesan; |
(ii) |
|
Melibatkan
wanita dalam penggubalan pelaksanaan undang- |
|
|
undang; |
(iii) |
|
Mengadakan
biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapati |
|
|
untuk
wanita; |
(iv) |
|
Memberi
pengetahuan mengenai hak individu disisi undang- |
|
|
undang; |
(v) |
|
Menggubal
undang-undang perlindungan daripada keganasan |
|
|
rumahtangga,
pemberhentian dan eksploitasi dalam pekerjaan dan bagi mangsa
rogol dan keganasan; dan |
(vi) |
|
Mewujudkan
undang-undang keluarga yang saksama yang |
|
|
memelihara
dan mempertahankan hak ibu kandung dan bagi menyelesaikan
pertikaian keluarga dengan adil dan berperikemanusiaan. |
|
(e) |
|
Pekerajan |
|
|
(i) |
|
Dipertingkatkan
penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, |
|
|
sosial,
ekonomi dan politik; |
(ii) |
|
Perlu
diadakan perkongsian saksama tentang manfaat |
|
|
pembangunan; |
(iii) |
|
Perlu
diperbanyakkan peluang pekerjaan, khususnya bagi |
|
|
wanita
yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian nafkah
hidup; |
(iv) |
|
Perlu
ada 'job description' bagi semua jenis pekerjaan dan |
|
|
penentuan
gaji yang sewajamya, tanpa perbezaan jantina; |
(v) |
|
Perlu
diadakan undang-undang perlindungan untuk semua jenis |
|
|
pekerjaan; |
(vi) |
|
Perlu
diamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang sama; |
|
|
dan |
(vii) |
|
Perlu
dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluang- |
|
|
peluang
kenaikan pangkat, latihan lanjutan dan pembuatan keputusan. |
|
(f) |
|
Politik |
|
|
(i) |
|
Kerajaan
hendaklah mengadakan perundangan dan pentadbiran |
|
|
untuk
menentukan penglibatan wanita sepenuhnya dalam bidang politik
negara, dan untuk menambahkan pengambilan, pencalonan dan
penempatan wanita pada kedudukan penentuan dasar di peringkat
kebangsaan, negeri dan tempatan sehingga perwakilan saksama
tercapai; dan |
(ii) |
|
Kerajaan
hendaklah juga menentukan sokongannya terhadap |
|
|
kemunculan
lebih ramai wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif
dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Tempatan dan
badan-badan lain. |
|
(g) |
|
Media |
|
|
(i) |
|
Meningkatkan
penglibatan wanita dalam semua aspek |
|
|
perkembangan
media seperti dasar perancangan program dan perkhidmatan,
penggendalian projek-projek pembangunan; |
(ii) |
|
Menjalankan
analisis jantina atas semua program supaya dapat |
|
|
mengesan
penyertaan wanita sebagai penerbit, sebagai pengguna media
massa dan penerima kesan media seluruhnya; |
(iii) |
|
Mengikis
pendapat dan kesan-kesan negatif terhadap wanita |
|
|
dalam
program iklan dan pendapat yang disiarkan; dan |
(iv) |
|
Menggunakan
pengaruh media bagi memupuk sikap dan nilai |
|
|
positif
terhadap wanita dan sumbangannya. |
|
(h) |
|
Agama |
|
|
(i) |
|
Mendapatkan
pandangan wanita dalam membentuk fatwa yang |
|
|
melibatkan
wanita dan isu wanita; |
(ii) |
|
Menggalakkan
penyertaan wanita dalam semua aktiviti agama; |
(iii) |
|
Mewujudkan
perbincangan antara pelbagai agama sebagai usaha |
|
|
mencapai
persefahaman; |
(iv) |
|
Menjadikan
agama sebagai asas ke arah pemodenan masyarakat |
|
|
berbilang
kaum; dan |
(v) |
|
Mewujudkan
suasana perkongsian hidup yang sihat di kalangan |
|
|
wanita
dan lelaki. |
|
(i) |
|
Kebudayaan |
|
|
(i) |
|
Penyertaan
wanita dalam bidang seni perlu mendapat perhatian |
|
|
bagi
mengembangkannya; |
(ii) |
|
Kemudahan
dan galakan hendaklah diberi kepada wanita untuk |
|
|
menyertai
semua kegiatan budaya dan seni; |
(iii) |
|
Diskriminasi
dalam bidang seni dan budaya hendaklah |
|
|
dihapuskan; |
(iv) |
|
Penyertaan
wanita dalam Majlis Perundingan Kebudayaan |
|
|
Kebangsaan
hendaklah dipertingkatkan; dan |
(v) |
|
Amalan
yang melibatkan wanita secara 'tokenism' atau bagai |
|
|
melepaskan
batuk ditangga diberhentikan. |
|
|
|
Penutup |
Penggubalan
DWN ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan lagi
penyertaan wanita di dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik
dan bermakna. Memandangkan bahawa wanita memainkan peranan yang penting di
dalam dan di luar rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting,
matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama
penting dalam usaha membina negara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|