|
Dasar
: Dasar Perindustrian Negara |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Di
dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini
dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada
masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga
kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program
perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan
stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu
kepada industri-industri yang bercorak gantian import. |
Sejak
tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah
menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung
keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan
telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan
industri yang mengunakan ramai buruh. |
Mulai
tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi
perkembangan meneeusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk
memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan
kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan
untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan
secara langsung di dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus
industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau
menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja
melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan
dalam tempoh masa yang panjang. |
Walaupun pada
keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60-an,
70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan
masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport
adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam
negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung
kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik
dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan
dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini
disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran
rakyat tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi
yang diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubungkait di antara
sektor perindustrian dengan sektor-sekctor lain menyebabkan tidak
wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and forward
integration.) Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai
nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti
pemasangan sahaja. Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian
dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah
diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang disokong dengan
dasar dan strategi pembangunan yang baru. |
Selaras
dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur serta
mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983,
iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk
Perindustrian (PIP). KDPM benujuan untuk menyemak dan
mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan
mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan
eksport. PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan
perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi untuk
sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat.
Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas
yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini. |
|
Rasional |
Penggubalan
dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk
mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan
menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang
melanda negara pada tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam
struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga
komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan memikirkan
strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenalpasti dan mengatasi
kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya
masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh
memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang
lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak
peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan
teknikal dan kemahiran. |
Pada
jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang kukuh bagi
negara ini menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. Jelas di
negara-negara perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain
daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang terpenting dalam
menggerakkan jentera pembangunan negara. Banyak negara maju dan negara
perindustrian dahulunya merupakan negara-negara pertanian yang mundur,
tetapi oleh kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan
bersungguh-sungguh, hari ini mereka telah maju. |
Walaupun
bidang pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan ekonomi yang
penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan
peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi
pengajian tinggi setiap tahun. |
|
Objektif |
Objektlf
Pelan Induk Perindustrian (PIP) |
Pelan
Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan
Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu: |
(a) |
|
Menjadikan
sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan |
|
|
perindustrian
negara; |
(b) |
|
Menggalakkan
penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan |
(c) |
|
Meninggikan
tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi |
|
|
tempatan
sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian. |
|
|
Strategi
Pelaksanaan |
Strategi
Pelan Induk Perindustrian |
Untuk
mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor
industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini
adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan
getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan
keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri
yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik,
peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil
dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi
untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah
mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya Malaysia dapat
mencapai taraf sebuah negara perindustrian: |
(a) |
|
Melaksanakan
dasar perindustrian yang berpandangan ke luar. |
|
|
Untuk
mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia
harus menumpukan kepada pengeksportan keluaran-keluaran
perkilangan secara besar-besaran. Masalah pasaran yang kecil telah
menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri tempatan
mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih kompetitif; |
(b) |
|
Memajukan
secara intensif industri-industri berasaskan sumber |
|
|
untuk
eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan
sumber untuk eksport. Dari 12 sektor industri yang terpilih,
beberapa keluaran/industri telah dikenalpasti sebagai keluaran/industri
keutamaan untuk dimajukan; |
(c) |
|
Memajukan
industri-industri berat terpilih untuk menyokong |
|
|
industri-industri
eksport. Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudahpun
membuat pelaburan yang banyak dalam beberapa jenis industri
berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan kepada memastikan kejayaan
projek-projek itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri
berat yang lain; |
(d) |
|
Memaju
dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang |
|
|
bersepadu; |
(e) |
|
Membangunkan
teknologi dan tenaga rakyat; |
(f) |
|
Mengurangkan
perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan |
|
|
memberi
tumpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah
sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan
industri-industri diutamakan di sepanjang western corridor di pantai
barat Semenanjung yang mempunyai hampir 75-80 peratus penduduk dan
di mini corridor di pantai timur. Semenanjung, dengan tumpuan di
kawasan sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di
bandar-bandar di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu, Sandakan,
Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu; |
(g) |
|
Memoden
dan menyusun semula struktur perindustrian dengan |
|
|
mempertingkatkan
pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini
merupakan tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata
di negara Taiwan dan menyusun semula industri-industri yang kurang
berkesan tetapi penting dalam ekonomi negara; |
(h) |
|
Memperkukuhkan
institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada |
|
|
pembangunan
sektor pembuatan; dan |
(i) |
|
Menyusun
semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada |
|
|
untuk
memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penutup |
PIP
merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa
Malaysia ke dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi
teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia
akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang
berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking. Sejauh mana
ini akan mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan
pekilang-pekilang di Malaysia mengekal, jika tidakpun meningkatkan lagi,
daya saing di pasaran antarabansa yang penuh cabaran itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|