|
Dasar
: Dasar Perindustrian Berat Di Malaysia |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Sektor
perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara setanding
dengan sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah
meningkat dari 13.4% pada tahun 1970 kepada 20.5% dalam tahun 1980
sementara sumbangan sektor pertanian menurun dari 30.8% kepada 22.2% dalam
tempuh yang sama. Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan di
mana peraturannya dalam sektor perindustrian telah bertambah dari 11.4%
pada tahun 1970 kepada 15.8% pada tahun 1980 sedangkan di sektor pertanian
peratusannya menurun dari 50.5% kepada 40.6%. Pertumbuhan sektor
perindustrian dalam dekad tersebut ialah 12.5% setahun berbanding dengan
hanya 4.3% bagi sektor pertanian. |
Proses
perindustrian telah melalui tahap-tahap yang diperlukan bermula dengan
industri tradisional berasaskan pertanian sebelum tahun 1960an kepada
industri gantian-import pada tahun 1960an dan seterusnya industri-industri
intensif buruh dan eksport pada tahun-tahun 1970an. Langkah seterusnya
yang paling wajar dalam proses perindustrian ini ialah dengan mengamalkan
dasar industri berat iaitu perindustrian yang memerlukan modal yang besar,
teknologi yang tinggi dan menggunakan tenaga pekerja mahir yang ramai. |
|
Rasional |
Industri
berat mempunyai potensi jangka panjang dalam proses rancangan
perindustrian negara kerana dasar ini adalah merupakan satu langkah ke
arah satu ekonomi yang lebih kukuh dengan memperluas dan mengukuhkan asas
dan struktur perkilangan agar ianya terus mampu menghadapi pertumbuhan dan
kematangan. |
Selama
ini, Kerajaan adalah merupakan pelabur yang terbesar sementara sektor
swasta kurang memainkan peranan dan pelaburannya adalah terlalu
lembap. Sektor ini tidak dinamik di mana ia lebih bertindak balas kepada
galakan dan perlindungan tanpa memberi perhatian kepada 'new areas' dan
berbelanja untuk penyelidikan dan pembangunan. Pada masa-masa yang lepas
sektor swasta lebih memandang ke dalam (inward-looking) dan polisi
ditujukan ke arah itu iaitu gantian import dan galakan perlindungan
tanpa memikirkan persaingan dalam pasaran dunia. Dasar perindustrian
berat diharap dapat mengubah keadaan ini agar sektor swasta meningkatkan
pelaburan mereka dan mengambil bahagian cergas dalam pembangunan ekonomi
melalui program perindustrian berat yang lebih sophisticated yang akan
mengwujudkan industri-industri sokongan dan berkemampuan untuk bersaingan
dalam pasaran dunia. |
Kebanyakan
pelaburan sehingga hari ini, adalah 'assembly of packaging type'yang gagal
memberi peluang untuk 'forward or backward linkages'. Akibatnya, walaupun
proses perindustrian telah berlangsung selama 25 tahun, Malaysia masih
belum mempunyai 'industrial elite' dan masyarakat perindustriannya sendiri.
Malaysia perlu mempunyai kedua-dua ini jika mahu terus maju setanding
dengan negara-negara perindustrian yang lain. |
|
Objektif |
Dasar
Industri Berat dijangka akan mencapai objektif-objektif berikut: |
(1) |
|
Mengimport
dan menyerap teknologi yang lebih sophisticated |
|
|
untuk
memajukan teknologinya sendiri. Dengan itu, perindustrian di
Malaysia tidaklah hanya setakat memproses dan menghasilkan
barang-barang pengguna yang mudah, tetapi sebaliknya dapat
mengeluarkan bahan-bahan mentah serta jentera-jentera perindustrian
dan barang-barang gantian import untuk keperluan negara secara
kompetitif. |
(2) |
|
Mengelakkan
pergantungan berterusan kepada barangan dan |
|
|
teknologi
asing. Dengan ini, negara boleh menyelamatkan tukaran wang asing dan
seterusnya mengasaskan langkah berjaga-jaga ke atas ketidak-tentuan
harga dan bekalan bahan-bahan keperluan strategik. |
(3) |
|
Mempelbagaikan
dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia |
|
|
untuk
mengatasi dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju terhadap
barangan yang dihasilkan oleh perindustrian intensif buruh
negara-negara membangun. |
(4) |
|
Industri
berat dijangka dapat meningkatkan keupayaan |
|
|
industri-industri
kecil dan industri sokongan di samping mengwujudkan
industri-industri pertengahan yang baru. Pengalaman di negara-negara
lain menunjukkan bahawa pelaburan dan gunatenaga yang diwujudkan
oleh industri-industri pertengahan, sokongan dan kecil ini adalah
lebih besar dari yang ditimbulkan oleh industri-industri
berat itu sendiri. |
(5) |
|
Mengwujudkan
peluang untuk para pekerja dilatih dalam |
|
|
bidang-bidang
kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran berkaitan. |
|
|
Strategi
Pelaksanaan |
Industri
berat memerlukan modal besar, teknologi yang tinggi dan sophisticated dan
pekerja mahir. Selain dari Kerajaan, tidak ada pelabur-pelabur tempatan
yang sanggup melabur modal dalam projek-projek yang sebegini besar.
Pelabur-pelabur tempatan juga tidak mempunyai teknologi yang diperlukan.
Dengan demikian, pelaburan dalam bidang ini terpaksa diusahakan oleh
Kerajaan dan pelabur-pelabur asing. |
Bagi
tujuan ini, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri
Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980. Peranan HICOM adalah untuk
mengenalpasti, memulakan, melaksanakan dan menguruskan projek-projek
dalam bidang industri berat. Berikutan dari ini beberapa
projek tajaan Kerajaan dengan usaha sama pelabur asing telah
dilancarkan. Ini termasuk logi simen, besi panas dan pancang
keluli, projek kereta nasional, logi enjin kecil, palpa dan kertas dan
kompleks kejuruteraan. |
Kesemua
projek-projek ini adalah memerlukan bahan-bahan atau komponen-komponen
tertentu dalam pengeluarnnya. Di sini timbullah peranan yang patut
dimainkan oleh industri-industri sokongan dan kecil untuk
membekalkan bahan-bahan tersebut. Dengan itu, perlaksanaan program
industri berat mempunyai serampang dua mata; iaitu mengwujudkan projek
industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan atau
mengwujudkan industri-industri baru. Di sini pelabur-pelabur tempatan
(swasta) haruslah memainkan peranan aktif bagi mengwujudkan 'secondary
industries' yang berasaskan 'high-teknologi' dan berkeupayaan
mempercepatkan pertumbuhan industri pertengahan dan sederhana. Dengan
tidak secara langsung ianya akan mengwujudkan industri gantian import
pusingan kedua dan 'resource-based industries' untuk eksport. |
Oleh
kerana industri berat memerlukan teknologi yang sophisticated dan
kemahiran yang tinggi di mana ianya menjadi masalah di Malaysia, dasar ini
memerlukan pengimportan kedua-dua sumber itu secara mengadakan usahasama
dengan pelabur asing. Rakan perkongsian asing dimestikan
menyediakan kerjasama dan bantuan dalam melatih pekerja, pengendalian
dan pengurusan projek. Ini adalah bagi menentukan pemindahan teknologi
berjalan dengan berkesan dan projek mencapai kejayaan. |
Insentif
berbentuk kredit, tariff atau subsidi patutlah diberi kepada projek-projek
ini bagi membolehkan industri ini berdiri buat permulaannya. |
Pengeluaran
juga haruslah bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi
hendaklah juga ditujukan kepada pasaran dunia. Dari segi ini,
tindakan pemasaran yang agresif hendaklah dijalankan dan usaha-usaha
dibuat dalam penyelidikan dan pembangunan demi mengurangkan kos
pengeluaran agar barangan menjadi lebih kompetitif. |
Kajian
juga hendaklah dibuat bagi mengenalpasti projek-projek yang sesuai
dan paling bermunafaat kepada Malaysia dan menentukan pilihan teknologi
yang akan digunakan. |
|
Penutup |
Oleh
kerana bentuk perindustrian berat yang rumit itu tidak menggalakkan
penglibatkan sektor swasta dalam negeri, maka Kerajaan nampaknya terpaksa
mengambil daya utama untuk menjalankan industri ini dan membiarkan
pelabur swasta menjalankan industri sampingan bagi komplimen
industri berat itu. Ini dengan sendirinya akan mempertingkatkan proses
perindustrian dan memperluaskan asas perindustrian yang diperlukan bagi
industri berat. Buat beberapa ketika pergantungan kepada teknologi
asing tidak dapat dielakkan, tetapi dengan penyusunan cara pemindahan
teknologi yang teratur, ianya akan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit
sehingga akhirnya Malaysia boleh mengwujudkan teknologinya sendiri. Selain
dari itu, langkah yang patut diambil ialah dengan memberikan intensif yang
sesuai kepada industri dalam negeri bagi membolehkan ia merangka
'capital saving equipment' melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan mereka.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi dalam dasar perindustrian
negara selama ini, dasar industri berat ini juga akan mencapai kejayaan
yang sama jika pendekatan yang sesuai dibuat. |
|
|
|
|
|
|
|