|
Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam |
dalam
Pentadbiran |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Di
dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak
mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan
Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama
lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. |
Penglibatan
Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini
bermula sebelum merdeka lagi. Antara aktiviti dan program penting yang
dikelolakan oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem
undang-undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid, pungutan dan
pengurusan zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas
kemerdekaan, aktiviti dan program ini telah dipergiat dan ditambah pula
dengan perkara-perkara baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang
telah mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam. |
Sementara
langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah
bangun semula, didorong oleh satu kesedaran baru tentang
kemurnian Islam dan peranan yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal
ehwal negara dan peribadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam
dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia. Dalam keadaan ini, Kerajaan
Persekutuan sendiri telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan
programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha
baru telah diambil, antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah
menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam,
Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan
Perdana Menteri. Selaras dengan usaha-usaha ini, satu lagi usaha yang
dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah
diperkenalkan pada tahun 1985. |
|
Rasional |
Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian
daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur
Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional
Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam
ialah: |
|
"Dalam
usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia
mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang
terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia
ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan
kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang
tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi
mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan
nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai
bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh." |
|
|
Bagi
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan
menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat
diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah
membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat
akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat
asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat
Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan
maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan
memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia
haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi
dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja
yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara.
Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa
bertanggungjawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan
oleh sesebuah negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai
hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai. |
Sebagaimana
yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan daripada nilai.
Persoalannya ialah; "Apakah nilai yang boleh digunakan bagi
mengukuhkan sesuatu identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai
lebih sesuai diserahkan kepada individu-individu dan komuniti-komuniti
yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan
menyelesaikan masalah, malah ia akan
berakhir dengan kekeliruan yang berterusan di
dalam masyarakat. Oleh itu adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara
langsung nilai yang perlu
diterima dan diterapkan dalam masyarakat. Bagi masyarakat Malaysia adalah
tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada
kehendak dan pengajaran Islam bagi membentuk
sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi. Mungkin pada
awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata agama atau budaya lain
kerana memilih nilai yang diasaskan kepada satu agama sahaja.
Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa
langkah untuk memilih nilai Islam itu adalah langkah
yang wajar. Sebaliknya pula mereka yang tidak memahami tentang kedudukan
Negara Malaysia dari segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan
dan lain-lainnya
akan terus mempertikaikan perkara ini. Walaubagaimanapun, setelah melihat secara
objektif, maka tidak akan ada
satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang
berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai
untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu boleh
menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi
musuh utama negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian,
kejahilan, penyelewengan
dan sebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan
negara. |
Al-Quran
juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini
memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di
dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia
kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada
Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang
beragama Islam. Di antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah
perkara-perkara yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa
apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam
Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan
berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah
di samping menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem
pentadbiran negara. |
Pemilihan
pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan
nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan
memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran
terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan
yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada
penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam
oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang
besar dan menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. |
Bagi
menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh
diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan
Islam. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk
pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah
amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin,
mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban,
tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan
lain-lain. |
|
Objektif |
Objektif
dasar ini adalah seperti berikut: |
(i) |
|
Membentuk
sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti |
|
|
kukuh
dan disegani oleh masyarakat lain; |
(ii) |
|
Menubuhkan
sebuah 'negara bahagia'; |
(iii) |
|
Menghapuskan
sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang |
|
|
dipertanggungjawabkan;
dan |
(iv) |
|
Menghasilkan
perkhidmatan yang bermutu. |
|
Berdasarkan
kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya
bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam,
tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima
oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan
amalan nilai-nilai seperti ini. |
Nilai-nilai
Islam |
Hanya
sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk
dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah: |
|
Amanah; |
|
Tanggungjawab; |
|
Ikhlas; |
|
Dedikasi; |
|
Sederhana; |
|
Tekun; |
|
Bersih; |
|
Berdisiplin; |
|
Bekerjasama; |
|
Berbudi
Mulia; dan |
|
Bersyukur. |
|
Sebelas
nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima
sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan
terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara. |
Bagaimanakah
nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang
ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam. |
Amanah |
(i) |
|
Menyedari
hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu |
|
|
dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya; |
(ii) |
|
Mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi |
|
|
menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan; |
(iii) |
|
Menghindarkan
dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi |
|
|
kepentingan
tugas; |
(iv) |
|
Menentukan
tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi |
|
|
masa,
kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan |
(v) |
|
Mengutamakan
kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan. |
|
Tanggungjawab |
(i) |
|
Menerima
hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di |
|
|
samping
pekerjaan dan majikan; |
(ii) |
|
Melakukan
tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan |
|
|
buruknya
iaitu sentiasa waspada dan jujur; |
(iii) |
|
Bersedia
berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja |
|
|
diperlukan; |
(iv) |
|
Bercita-cita
untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/ |
|
|
instutusi/awam
dalam menjalankan tugas; dan |
(v) |
|
Bersedia
menjaga maruah agama, bangsa dan negara. |
|
Ikhlas |
(i) |
|
Berhati
mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan |
|
|
balasan
dari manusia; |
(ii) |
|
Mempunyai
niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang |
|
|
halal
serta mencari keredhaannya; dan |
(iii) |
|
Mengikis
sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan |
|
|
tugas
sebagai asas pengisian amanah. |
|
Dedikasi |
(i) |
|
Kesetiaan
yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah |
|
|
peraturan-peraturan
yang ada; |
(ii) |
|
Komited
kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada |
|
|
kebaikan; |
(iii) |
|
Sedia
mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas; |
(iv) |
|
Sedia
memulakan pembaikan; dan |
(v) |
|
Berinisiatif
dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian. |
|
Sederhana |
(i) |
|
Menjamin
perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas; |
(ii) |
|
Keseimbangan
dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta |
|
|
fakta
yang terdapat dalam alam sekitar; |
(iii) |
|
Rajin
mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk |
|
|
membaiki
cara bekerja; |
(iv) |
|
Berusaha
gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak- |
|
|
pihak
yang berharap kepadanya; dan |
(v) |
|
Berusaha
gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai |
|
|
tahap
cemerlang. |
|
Tekun |
(i) |
|
Berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam |
|
|
tugas
dan kehidupan; |
(ii) |
|
Berusaha
meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi; |
(iii) |
|
Rajin
mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk |
|
|
membaiki
cara bekerja; |
(iv) |
|
Berusaha
gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak- |
|
|
pihak
yang berharap kepadanya; dan |
(v) |
|
Berusaha
gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai |
|
|
tahap
cemerlang. |
|
Bersih |
(i) |
|
Mengamalkan
kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian; |
(ii) |
|
Mengamalkan kebersihan
pakaian, bangunan dan alam sekitar |
|
|
sebagai
satu cara hidup; |
(iii) |
|
Bersih
dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas; |
(iv) |
|
Membuat
pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat |
|
|
keputusan; |
(v) |
|
Berkhidmat
demi kebajikan semata-mata; dan |
(vi) |
|
Menjauhi
hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan |
|
|
pemikiran
dalam membuat keputusan. |
|
Berdisiplin |
(i) |
|
Mengetahui
priority dan mengutamakan yang lebih utama; |
(ii) |
|
Menilai
tinggi masa dan janji; |
(iii) |
|
Mengamalkan
cara bekerja yang kemas dan terancang; dan |
(iv) |
|
Mempunyai
etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. |
|
Bekerjasama |
(i) |
|
Mengamalkan
sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja; |
(ii) |
|
Sentiasa
secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi |
|
|
sebagai
sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama; |
(iii) |
|
Mengutamakan
kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja |
|
|
daripada
kepentingan peribadi; |
(iv) |
|
Mengamalkan
permuafakatan dalam semua perkara kepentingan |
|
|
bersama;
dan |
(v) |
|
Mengelakkan
konflik kepentingan berdasarkan peribadi: |
|
|
Mengorbankan
kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi,
agama, bangsa dan negara. |
|
Berbudi
Mulia |
(i) |
|
Bermanis
muka sepanjang masa; |
(ii) |
|
Bertimbang
rasa dan bertolak-ansur; |
(iii) |
|
Menghormati
rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan |
(iv) |
|
Sentiasa
memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong |
|
|
pelanggan/pelawat. |
|
Bersyukur |
(i) |
|
Bersyukur
kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin |
|
|
kesejahteraan
hidup sebagai seorang anggota masyarakat; |
(ii) |
|
Berkecenderungan
melihat keadaan dengan lebih positif sehingga |
|
|
menggerakkan
untuk lebih berusaha gigih; |
(iii) |
|
Menghayati
budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan |
|
|
dengan
kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian); |
(iv) |
|
Tidak
berbangga dengan kedudukan dan pangkat; |
(v) |
|
Tidak
membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia; |
(vi) |
|
Berkhidmat
sebagai ibadah; dan |
(vii) |
|
Bercita-cita
menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang |
|
|
banyak
kepada masyarkat, negara dan agama. |
|
|
Penghayatan
terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkan
usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh
sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan,
undang-undang dan sebagainya. |
|
Strategi
Pelaksanaan |
Strategi
utama bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah seperti berikut: |
(i) |
|
Sebagai
permulaan dasar ini adalah ditumpukan kepada anggota |
|
|
perkhidmatan
awam. Pemilihan ini bukanlah bererti bahawa Kerajaan mengenepikan
pihak-pihak yang lain, malah membuktikan kesedaran pemimpin negara
ini bahawa perkhidmatan awam sebagai jentera yang melaksanakan
pelbagai program dan projek bagi faedah rakyat dan negara perlu
meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa sejajar dengan
harapan rakyat dan negara; dan |
|
|
Islam
mengakui betapa pentingnya pentadbiran oleh sebab sebarang reformasi
dalam sesebuah masyarakat tidak akan terlaksana sekiranya jentera
pentadbiran tidak dikemaskinikan serta dibentukkan berdasarkan
nilai-nilai yang positif. Kejayaan bagi sesebuah masyarakat akan
dapat dilihat apabila jentera pentadbirannya baik dan mampu
bertindak terhadap keburukan dan kelemahan yang ada di dalamnya; |
(ii) |
|
Usaha
untuk menerapkan nilai-nilai ini di kalangan anggota |
|
|
Kerajaan
telah dilakukan melalui penerangan dan penjelasan dasar ini, teladan
pegawai-pegawai kanan, dan persuasion atau pujukan. Paksaan dan
tekanan dalam apa jua bentuk tidak dilakukan. |
|
|
Penutup |
Dasar
ini bergantung kepada beberapa faktor untuk kejayaannya. Antaranya
termasuklah political will, peruntukan kewangan yang cukup, jentera
pelaksanaan yang sesuai dan cekap, dan kesanggupan kumpulan sasaran
menerima dasar ini. Sekiranya faktor-taktor ini tidak wujud sekaligus dan
saling membantu, sukar baginya untuk berjaya. Tetapi kesukaran ini tidak
patut dijadikan alasan untuk mengabaikan pelaksanaan dasar ini, sebaliknya
langkah-langkah mesti dicari untuk menjayakannya. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap pemimpin di semua peringkat untuk mengambil
langkah-langkah yang wajar bagi melaksanakannya, dan setiap individu yang
menyedari akan kepentingan nilai-nilai ini pula perlu menghayatinya dengan
sepenuh hati sejajar dengan tanggungjawab kepada agama, nusa dan bangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
|