|
Dasar
: Dasar Pendidikan Kebangsaan |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Dalam
tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu
sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah
bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah
disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,
1961. |
Kemudian,
sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. |
|
Rasional |
Sistem
pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira
kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan
perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat
setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan
menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin
secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu
sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah
diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai
matlamat-matlamat sendiri. |
|
Objektif |
Objektif
dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: |
"BAHAWASANYA
dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957
ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi
dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada
Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah
mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan
tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. |
Seterusnya,
objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa
Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara
ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang
bersatupadu, berdisplin dan terlatih. |
Falsafah
Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan
dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis,
yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu
matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. |
|
Strategi
Pelaksanaan |
Beberapa
strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang
telah ditetapkan seperti berikut: |
(a) |
|
Menjadikan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang |
|
|
utama; |
(b) |
|
Mengadakan
kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia |
|
|
bagi
semua jenis sekolah; |
(c) |
|
Mewujudkan
sistem peperiksaan yang sama bagi semua; |
(d) |
|
Melicinkan
tatacara pengurusan pendidikan; |
(e) |
|
Meningkatkan
mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan |
|
|
pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; |
(f) |
|
Mengadakan peluang
pendidikan asas selama sembilan tahun; |
(g) |
|
Mendemokrasikan
pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan |
|
|
mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan
yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; |
(h) |
|
Menyediakan
pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah |
|
|
Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada
tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini
adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta
nilai etika yang kukuh; |
(i) |
|
Memperluaskan
pendidikan Vokasional dan Teknik melalui |
|
|
penyusunan
semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; |
(j) |
|
Mempelbagai
dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di |
|
|
peringkat
universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; |
(k) |
|
Mempertingkatkan
pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; |
(l) |
|
Menjadikan
Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata |
|
|
pelajaran
yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil; dan |
(m) |
|
Menggalakkan
aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, |
|
|
seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam
dan lain-lain. |
|
Di
samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan
mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga
mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di
Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan
Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi
memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya
termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat
Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia,
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran
Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. |
|
Penutup |
Dasar
Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan
negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk
mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan
pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang
tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya.
Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia
dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat
menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang
keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk
mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang
menekankan penyertaan swasta secara aktif. |
|
|
|
|
|
|
|