(i) |
|
Hasil
pencapaian yang berkualiti dan berkekalan |
|
|
Pendekatan
yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan
untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses
menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga
mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada
aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan; |
(ii) |
|
Persaingan
Dalam Pasaran Antarabangsa |
|
|
DPN
telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih
terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran
baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia
perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan
pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini.
Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan (perlindungan)
perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini,
Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh
menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko
berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan
pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi
pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi; |
(iii) |
|
Wawasan
2020 |
|
|
Penyertaan
semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan
Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang
demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus
menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan
potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi
yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi
ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap
kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting
untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu
antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan
negara; dan |
(iv) |
|
Pembasmian
Kemiskinan |
|
|
Kadar
kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2%
dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar
pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000.
Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil
kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh
kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar
pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah
memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui
pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran
kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu
meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos
penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh
FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh
sektor swasta. Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang
berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di
luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk
bekerja di bandar-bandar. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh
agensi kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran tidaklah
ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh
estet-estet komersial. |
|
|
Latihan
yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan
mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan
lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk
menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini.
Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan
penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah
mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka. |
|
|
Peranan
sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada
program-program berikut: |
|
|
-
pendidikan dan |
-
latihan |
-
kesihatan |
-
jalan-jalan luar bandar |
-
pengangkutan |
-
perumahan |
-
bekalan air dan elektrik |
|
|
|
Usaha-usaha yang
lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya
di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. |
|
|
Program
pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan
dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan
menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan
pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan
kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan
melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai
dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan
sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan
tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang
terlibat dalam perniagaan dan industri kecil. |
(v) |
|
Penyusunan
Semula Masyarakat |
|
|
Penghapusan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan
semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah
strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk
meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap
yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai
dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan
Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar
dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan
Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan
Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri
dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan.
Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan
etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang,
program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan. |
|
|
DPN
akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam
sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian
khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil
dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama
secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan
digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan
prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam
perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi
terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan
hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan
semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai
sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai
kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang,
dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang
saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam
kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta
pekerjaan baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun
1991-2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh Bumiputera (706,700
dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.) Di
sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja,
langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan
kemahiran. |
|
|
Berhubung
dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor
swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan
dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan
Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan sahaja
bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan
tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka.
Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang
dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan
dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan
tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan
pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah
Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi
keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan
Bumiputera sepanjang tempoh DPN. |
|
|
Penswastaan
akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan
memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta
mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa
Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula
modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. |
|
|
|
|
|
|