|
Dasar
Kependudukan Malaysia |
ke
Arah 70 Juta Penduduk |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Matlamat
kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO
dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan
lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. |
Saranan
ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau
dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan
Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan
dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun. |
|
Rasional |
Jumlah penduduk
Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika
kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika
dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang
seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri
Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak
50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 2,027,087 km
persegi mempunyai sebanyak 150 juta. |
Rasional
untuk mencapai matlamat kependudukan 70 juta adalah untuk menyediakan satu
asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri industri tempatan. Ini
akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan
meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah
dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan
sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya
pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah
demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk
mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan. |
Malaysia
masakini mengalami kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.5%*
bagi jangkamasa 1981-1985. Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan
menjadi 15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2%
daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan bagi
jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:- |
Jangkamasa |
Kadar
Pertumbuhan |
1957
- 1960 |
2.8% |
1960
- 1870 |
2.6% |
1970
- 1980 |
2.3% |
1980
- 1985 |
2.5% |
|
Perbandingan
antara jangkamasa di atas menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan sekarang
ini adalah lebih tinggi sedikit dari kadar pertumbuhan bagi 1970-1980. Ini
adalah disebabkan oleh kadar kesuburan yang lebih tinggi dalam tahun lima
puluhan dan enam puluhan dan bertambahnya jumlah wanita-wanita muda
yang mencapai umur perkahwinan. Walaubagaimana pun berdasarkan kepada arah
aliran pertumbuhan penduduk sekarang, adalah dijangkakan bahawa
kependudukan Malaysia akan mencapai jumlah kesetabilan dalam
linkungan 39 juta orang dalam tahun 2150. |
Menurut
Laporan Pembangunan Dunia (World Development Report) yang diterbitkan oleh
Bank Dunia dalam bulan Julai 1983, penduduk Malaysia akan dijangka menjadi
33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini dibuat berdasarkan kepada
kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0% setahun (1980-2000) atas
andaian kadar kesuburan yang berkurangan secara sederhana. Laporan ini
selanjutnya menunjukkan penduduk Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta
dalam tahun 1990 dan mencapai jumlah 21 juta dalam tahun 2000.
Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari dengan matlamat penduduk 70
juta sekarang yang dijangka dicapai dalam tahun 2100. Ini bermakna bahawa dua
komponen utama mengenai kependudukan iaitu kadar kesuburan dan kadar kasar
kelahiran perlu dipertingkatkan dengan sewajarnya. |
Perlu
dijelaskan bahawa kajian kependudukan memerlukan pengetahuan mengenai
arahaliran perkembangan masa lepas dan masa kini. Ketetapan unjuran besar
bergantong kepada kefahaman yang mendalam terhadap fakta-fakta
dinamik kependudukan pada pada keseluruhannya, terutama mengenai
pola-pola kesuburan, kematian dan kekeluargaan. |
_______________________________________________________________________ |
*
Laporan Ekonomi 1984/85 Kementerian Kewangan Malaysia |
|
Objektif |
Objektif
dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah penduduk Malaysia
seramai 70 juta. |
|
Strategi
Pelaksanaan |
Untuk
mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta, beberapa alternatif telah
dikaji. Antaranya adalah seperti yang berikut:- |
i. |
|
Sekiranya
JKK* (jumlah kadar kesuburan) sekarang iaitu sebanyak |
|
|
4
dibiarkan turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1 mata setiap 5 tahun
sehingga ia sampai ke paras penggantian, matlamat ini akan dicapai
dalam lingkungan tahun 2100 (iaitu dalam tempuh 115 tahun) dan
penduduk akan stabil pada atau dalam lingkungan 73 juta. |
ii. |
|
Sekiranya
JKK sekarang iaitu sebanyak 4 dapat dikekalkan, |
|
|
matlamat
ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2045 (iaitu 70 tahun). |
iii. |
|
Sekiranya
JKK sekarang diturunkan kepada 3 dan seterusnya |
|
|
dikekalkan
kepada paras tersebut, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan
2085 (iaitu dalam 100 tahun). |
iv. |
|
Sekiranya
JKK dinaikkan kepada 5 dan terus dikekalkan pada |
|
|
paras
ini, maka matlamat penduduk akan dicapai dalam dalam lingkungan
tahun 2031 (dalam 50 tahun). |
v. |
|
Tempoh
yang paling cepat sekali matlamat ini akan dicapai ialah |
|
|
dalam
tahun 2010, (atau dalam 30 tahun) jika sekiranya JKK
ditingkatkan kepada 10 dan seterusnya dikekalkan pada paras sekarang. |
vi. |
|
Sekiranya
JKK dibiarkan meningkat kepada 5.2 dalam tahun 2000 |
|
|
dari
4.0 (1980) dan kemudiannya dibiarkan menurun ke paras
penggantian maka matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun
2070 dan akan stabil pada 79 juta. |
vii. |
|
Tempoh
masa yang paling lama untuk mencapai 70 juta ialah |
|
|
dengan
membiarkan aliran sekarang menurun dan meningkat secara pusingan
sehingga mencapai paras penggantian. Matlamat ini akan dicapai dalam
lingkungan tahun 2125 iaitu dalam 135-140 tahun dan penduduk akan
stabil pada 73 juta. |
|
Salah
satu daripada masalah utama, dalam membuat unjuran berasaskan kepada
andaian JKK yang malar ialah, sungguhpun jumlah penduduk secara teorinya
boleh mencapai 70 juta, pertumbuhan kependudukan tidak akan berhenti pada
jumlah tersebut tetapi akan terus bertambah. Jadi langkah langkah yang
wajar dan perlu diberi pertimbangan adalah alternatif yang pertama
iaitu memperlambatkan JKK sekarang supaya penggantian penduduk di paras
kesuburan boleh dilewatkan selama kira-kira 40 tahun daripada tahun
2030 kepada tahun 2070. Dengan cara ini, saiz kependudukan yang muktamat
bagi Malaysia dijangka akan mencapai jumlah kira-kira 73 juta dalam tahun
2150, di mana 70 juta kependudukan akan tercapai dalam lingkungan tahun
2100. |
Alternatif
ini juga akan mempastikan kadar pertumbuhan kependudukan tahunan adalah
rendah daripada kadar pertumbuhan keluaran negara supaya usaha-usaha
pembangunan tidak terjejas oleh pertumbuhan kependudukan. |
Jangkamasa
untuk mencapai matlamat ini adalah mencukupi untuk memberi masa kepada
pembangunan sosial dan ekonomi dari segi kepadatan penduduk, taburan
penduduk, sumber keluaran dan alam melebihi 70 juta. Jumlah 70 juta ini
dianggap optima selepas mengambilkira faktor-faktor dinamik kependudukan
berasaskan saiz tanah dan sumber-sumber yang ada. |
_______________________________________________________________________ |
*
JKK (Jumlah kadar kesuburan) ialah salah satu daripada ukuran ke atas
status kesuburan bagi satu-satu kumpulan, komuniti atau negara (purata
bilangan anak bagi setiap wanita dalam lingkungan umur subur (15-49). |
|
Pelaksanaan |
Di
sebalik tanggapan-tanggapan rumit mengenai isu kependudukan ini, Kerajaan
mempunyai sebab-sebab yang munasabah berhubung dengan pembesaran saiz
kependudukan terutama dalam usaha mewujudkan penduduk yang rajin,
berdisiplin dan produktif. Ini adalah asas penting bagi
perkembangan perindustrian dan pengujudan pasaran untuk barang
keluaran tempatan. Pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kali
ganda semestinya menimbulkan beberapa implikasi sosio-ekonomi. Kesan
pembesaran kependudukan sebegini rupa akan dirasai di semua peringkat
kehidupan khususnya terhadap sumber-sumber negara. Di antara bidang bidang
yang akan terlibat adalah seperti berikut:- |
i. |
|
Bekalan
Makanan |
|
|
Sebahagian besar
barang-barang makanan terpaksa di import dan ini akan menimbulkan masalah
jaminan makanan dan pertukaran asing. Dengan itu kajian yang
sepatutnya perlulah dibuat mengenai keupayaan kegunaan tanah dan
penggunaan sumber-sumber lain. |
ii. |
|
Perumahan |
|
|
Sekurang-kurangnya
sebanyak 10 juta unit perumahan akan diperlukan untuk menampung
tambahan penduduk sebanyak 50 juta dan ini akan mengambil masa
selama 100 tahun mengikut kadar pembinaan sekarang ini. |
iii. |
|
Pekerjaan |
|
|
Lebih
daripada 20 juta pekerjaan baru perlu diujudkan. Dengan demikian
adalah penting untuk menggerakkan tenaga buruh menjadi berdisiplin,
bermotivasi dan produktif. |
iv. |
|
Kesihatan |
|
|
Bilangan
katil-katil hospital perlu ditambah dari 25 ribu sekarang ini kepada
140,000 jika matlamat jangka panjang iaitu 2 katil bagi tiap-tiap
1,000 penduduk hendak dicapai. Bilangan doktor-doktor pun perlu
ditambah daripada 4,200 kepada lebih 30,000. |
v. |
|
Pelajaran |
|
|
Tempat
bagi 15 juta hendaklah disediakan dan sekurang-kurangnya 4000,000
guru diperlukan. |
vi. |
|
Bekalan
Air |
|
|
Penggunaan
air adalah dijangkakan sebanyak 15.6 billion meter padu. Kekurangan
air telah pun dijangkakan pada tahun 2000 bagi jumlah penduduk
sebanyak 21 juta. |
vii. |
|
Penggunaan
Tenaga |
|
|
Penggunaan
tenaga akan meningkat sebanyak 4 atau 5 kali ganda ini akan berlipat
ganda lagi dengan adanya ekonomi perindustrian. Masalah ini akan
bertambah rumit kerana pencapaian 70 juta akan berlaku dalam masa
Malaysia mengalami kehabisan minyak dan gas (post-hydrocarbon). |
|
Berikutan
dari masalah-masalah di atas, adalah penting agar dasar- dasar
yang sewajarnya diberi perhatian yang utama. Di antara dasar-
dasar tersebut adalah seperti berikut:- |
i. |
|
Dasar
pembangunan ekonomi, yang mengambilkira pertalian antara |
|
|
pembangunan
dan kesuburan, kematian, penghijrahan di samping pertumbuhan,
komposisi dan taburan penduduk serta peningkatan pendapatan daya
pengeluaran. |
ii. |
|
Dasar
tenaga manusia, yang mengambilkira pertumbuhan tenaga |
|
|
buruh
dan perubahan kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina dan
juga keperluan yang meningkat untuk latihan teknologi yang termaju. |
iii. |
|
Dasar
sosial yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti |
|
|
kesihatan,
pelajaran, perumahan, pembangunan keluarga (termasuk perancang
kelauarga) peningkatan kebudayaan, keseimbangan sosial dari segi
kumpulan ethnik dan jantina, kebajikan kanak- kanak dan orang-orang
tua dan lain-lain kerana kesemuanya ini akan dipengaruhi oleh arus
pembangunan sosioekonomi, pertumbuhan dan taburan penduduk. |
iv. |
|
Dasar
makanan, air dan pertanian haruslah memberi tekanan ke |
|
|
atas
kecukupan dari segi taburan, perubahan corak
penggunaan dan juga ke atas peningkatan cara-cara penghasilan. |
v. |
|
Dasar
Tenaga haruslah dan mengenalpasti sumber-sumber tenaga |
|
|
baru. |
vi. |
|
Dasar
alam sekitar yang mengambil kira bahaya-bahaya akibat |
|
|
kerosakan
ekosistem yang disebabkan oleh perkembangan dan pertumbuhan penduduk
yang pesat. |
|
Kerajaan
dalam usaha mencapai dasar kependudukan ini telah memperkenalkan beberapa
langkah, di antaranya dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin yang
akan memberi munafaat kepada keluarga beranak lima. Kerajaan juga telah
mengkaji semula dan menyelaraskan fungsi-fungsi dan peranan Lembaga
Kependudukan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan lembaga ini
diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat
dasar ini. |
|
Penutup |
PENCAPAIAN
DASAR SEHINGGA 1990 |
Berasaskan
kepada data-data semasa, jumlah kadar kesuburan telah menurun daripada 3.8
bagi setiap wanita dalam tahun 1981 kepada 3.6 dalam tahun 1990. Laluan
pertumbuhan penduduk ini adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.
Pertumbuhan penduduk negara pula mencatitkan penambahan daripada 13.8 juta
dalam tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada keseluruhannya,
tren ini adalah selaras dengan matlamat Dasar ini. Walaubagaimanapun,
penurunan kadar kesuburan ini adalah berbeza di antara kumpulan-kumpulan
ethnik negara ini. Jumlah kadar kesuburan Melayu dalam tahun 1990 adalah
melebihi matlamat, iaitu 4.3, berbanding dengan jumlah kadar kesuburan
Cina dan India yang kini menghampiri paras penggantian. |
RAJAH
1 |
Laluan
Pertumbuhan Penduduk ke Arah |
Pencapaian
Matlamat 70 Juta Penduduk |
-------------------------------------------- |
|
Tahun |
Jumlah
Kadar |
Pertumbuhan |
|
|
|
Kesuburan |
Penduduk
(Juta) |
|
|
1990 |
3.6 |
17.6 |
|
|
2000 |
3.5 |
22.3 |
|
|
2010 |
3.3 |
27.7 |
|
|
2020 |
3.1 |
33.6 |
|
|
2030 |
2.9 |
39.8 |
|
|
2040 |
2.7 |
46.0 |
|
|
2050 |
2.5 |
51.9 |
|
|
2060 |
2.3 |
57.5 |
|
|
2070 |
2.05 |
62.1 |
|
|
2080 |
2.05 |
65.8 |
|
|
2090 |
2.05 |
68.7 |
|
|
2100 |
2.05 |
70.8 |
|
|
|
Dari
segi penyelarasan perlaksanaan Dasar ini pula, pada keseluruhannya
faktor-faktor kependudukan mengikut matlamat Dasar ini telah dapat
diambilkira dan diintegrasikan di peringkat perancangan sektor-sektor
pembangunan. Ini dihasilkan menerusi kerjasama yang rapi dengan
agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. |
Dalam
sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah menyatukan
strategi-strategi dan objektif-objektifnya dengan Dasar
Kependudukan Negara dalam merancang dan melaksanakan
perkhidmatan-perkhidmatannya. Bagi tempoh 1984-1989, Kementerian ini telah dapat
memenuhi keperluan kesihatan untuk penduduk negara yang telah bertambah. |
Pencapaian
ini dapat ditinjau melalui kadar kematian kasar yang telah menurun
daripada 12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6 dalam
tahun 1989. Kadar kematian bayi pula telah menurun daripada 75.5 setiap
1,000 kelahiran kepada 13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara
kadar kematian ibu bersalin mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap
kelahiran dalam tahun 1988, berbanding dengan 1.48 dalam tahun
1970. Akibat daripada penurunan kadar kematian ini, jangka hayat penduduk
negara telah meningkat daripada 55.8 tahun (1957) kepada 68.8 tahun (1989)
bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita. |
Bagi
sektor pendidikan pula, faktor-faktor kependudukan telah digunakan sejak
tahun 1984 bagi menganggarkan bilangan murid-murid yang akan memasuki
Darjah 1, bilangan bilik darjah dan guru, bilangan yang akan menamatkan
persekolahan dan menyertai pasaran buruh serta taburan keciciran
mengikut jantina dan umur. Selain daripada itu, aspek-aspek
kependudukan juga telah diperkenalkan di dalam kurikulum-kurikulum
persekolahan menerusi mata-mata pelajaran seperti Alam dan
Manusia, Kemahiran Hidup, Ilmu Alam dan Statistiks. |
Untuk
mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang-bidang kependudukan
dan kekeluargaan, LPPKN juga telah menghasilkan beberapa usaha kajian dan
penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini menyediakan sumber rujukan
dan input yang penting kepada perancangan, pengawasan dan penilaian
pencapaian perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara. |
Di bawah
program Pembangunan Keluarga pula, pencapaian yang diperolehi
sehingga kini adalah pada keseluruhannya memuaskan. Di antara
aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah perkhidmatan
perancang keluarga yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak
serta kesejahteraan keluarga melalui amalan penjarakan kelahiran yang
lebih baik. Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), seramai
380,621 penerima baru perancang keluarga telah didaftarkan. Ini merupakan
penambahan sebanyak 19.3% berbanding dengan pencapaian di bawah
Rancangan Malaysia Keempat (1991-1995). |
Di
bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan
sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan
reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah
dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan.
Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus satu program kebangsaan
perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh
agensi-agensi yang berkenaan. |
Untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentigan peranan institusi
keluarga, LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan
kaunseling keluarga yang merangkumi perkara-perkara seperti perkahwinan,
penjagaan anak dan keibubapaan. Pada awal bulan Mac, 1990, Lembaga ini
dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat telah melancarkan
Kempen Keluarga Bahagia di peringkat seluruh negara. Kemuncak kempen
ini yang telah mendapat sambutan baik di kalangan orang ramai ialah
pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan pada 11 November, 1990. Perayaan ini
yang akan diadakan setiap tahun pada tarikh berkenaan
merupakan satu pengiktirafan rasmi oleh pihak Kerajaan mengenai pentingnya
institusi keluarga di dalam proses pembangunan negara. Pelancaran
Hari Keluarga Kebangsaan juga meletakkan Malaysia di antara negara
yang pertama yang menetapkan satu hari yang khusus
untuk merayakan institusi keluarga. |
Pihak
LPPKN kini sedang berusaha untuk memantapkan lagi perlaksanaan program
Pembangunan Keluarga di masa-masa akan datang. Dalam hubungan ini
keutamaan ditumpukan kepada usaha menyelaraskan aktiviti-aktiviti
kekeluargaan yang dijalankan oleh pelbagai agensi ke arah pencapaian
matlamat pengekalan dan pengukuhan institusi keluarga sebagai unit asas
masyarakat. |
|
Masalah-masalah
Yang Dihadapi |
Di
antara masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan Dasar Kependudukan
Negara ialah :- |
i. |
|
Tahap
Pemahaman Mengenai Dasar Yang Rendah |
|
|
Hasil
daripada kajiselidik yang telah dijalankan oleh LPPKN dan Jabatan
Penerangan Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat banyak
perbezaan dalam tanggapan dan persepsi masyarakat mengenai Dasar ini.
Di antara lain, Dasar ini disalah anggap sebagai satu rancangan
untuk menggalakkan kadar kelahiran yang lebih tinggi. |
|
|
Di
samping itu masih juga terdapat keadaan di mana isi kandungan
mesej-mesej yang disiarkan kepada orangramai oleh beberapa agensi
Kerajaan sering bertentangan antara satu dengan lain atau dengan
objektif-objektif Dasar Kependudukan Negara. |
|
|
Bagi
mengatasi masalah ini, LPPKN akan meneruskan usaha-usaha
penyebaran maklumat mengenai Dasar ini kepada semua lapisan
masyarakat menerusi media cetak dan lain-lain aktiviti seperti
seminar, bengkel, kursus dan majlis-majlis taklimat. Dalam usaha ini,
peranan lain-lain agensi yang terlibat dengan penyiaran dan
penerangan kepada orang ramai juga adalah sangat mustahak untuk
mengurangkan kekeliruan dan masalah salah tafsiran Dasar ini. |
ii. |
|
Keperluan
Memperkukuhkan Penyelarasan Perlaksanaan Dasar |
|
|
Faktor-faktor
Kependudukan mempengaruhi dan juga dipengaruhi oleh pembangunan
sosioekonomi. Walaupun pada keseluruhannya pencapaian agensi-agensi
sektoral dalam melaksanakan Dasar Kependudukan Negara adalah
memuaskan, aspek penyelarasan antara agensi ini masih perlu
dipertingkatkan. Usaha ini perlu dilaksanakan lebih-lebih lagi
dengan adanya beberapa Dasar baru yang telah digubal oleh Kerajaan,
seperti, Dasar dan Plan Induk Penswastaan, Dasar Pendidikan Negara,
Dasar Pertanian dan lain-lain. |
|
|
Untuk
memperkukuhkan lagi mekanisme penyelarasan perlaksanaan Dasar
Kependudukan Negara,LPPKN sedang berusaha untuk mewujudkan semula
Jawatankuasa Penasihat Penduduk. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan
oleh Kerajaan dalam tahun 1985 untuk tempoh 2 tahun bagi
mengkaji aliran pertumbuhan kependudukan negara serta aspek aspek
yang berkaitan dengan perlaksanaan Dasar ini. Keanggotaan
Jawatankuasa ini akan terdiri daripada mereka yang mempunyai
pengalaman dalam bidang kependudukan dari agensi-agensi Kerajaan dan pusat-pusat
pengajian tinggi. Satu daripada fungsi utama Jawatankuasa ini kelak
ialah pembentukan satu Pelan Indikatif yang akan merangkakan
keperluan-keperluan sumber mengikut sektor bagi tempoh-tempoh jangka
panjang, pertengahan dan jangka pendek selaras dengan perlaksanaan
Dasar Kependudukan Negara. |
|
|
Selain
daripada itu, LPPKN juga akan terus menjalankan aktiviti-aktiviti
kajian untuk mendapatkan maklumat yang lebih kemas kini mengenai
kependudukan. Dalam hubungan ini, bermula dengan Rancangan Malaysia
Keenam (1991-1995), satu usaha mengumpul data-data demografi akan
dilaksanakan di peringkat peringkat Negeri dan juga Daerah. Usaha
ini dijangka akan memperkukuhkan lagi sumber data dan juga
penyelarasan pelaksanaan Dasar Kependudukan Negara. |
|
Malaysia
adalah dalam golongan negeri-negeri yang kecil yang secara tegasnya
mempunyai dasar kependudukan. Untuk matlamat dasar kependudukan ini secara
berkesan, adalah penting mengadakan dasar-dasar serentak dalam
bidang-bidang ekonomi, sosial, guna tenaga, alam sekitar, makanan, air,
pertanian, tenaga dan lain-lain secara menyeluruh. Dengan itu adalah perlu
supaya semua pihak iaitu Kerajaan, sektor swasta dan yang paling penting
daripada rakyat sendiri, memainkan peranan masing-masing dengan penuh
tanggungjawab. |
Dasar
ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahan pemikiran yang penting dan
radikal mengenai kependudukan iaitu daripada dasar pertumbuhan yang
berbentuk 'restrictive' kepada yang berbentuk 'promotive'. Dasar seperti
ini diharap memelihara kepentingan jangka panjang negara memandangkan
hakikat bahawa rakyat bukanlah merupakan 'tanggungan' negara tetapi
sebaliknya dianggap sebagai harta-harta produktif yang penuh berpotensi.
Seperti yang telah dihuraikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sendiri,
sebarang pertambahan dari segi kependudukan sepatutnyalah diiringi dengan
pertambahan daya pengeluaran yang seimbang di segenap bidang. Perkara yang
utama dalam hal ini ialah untuk mempastikan kadar pertumbuhan ekonomi
mendahului kadar pertumbuhan kependudukan. |
|
|
|
|
|
|
|