|
Dasar
: Dasar Kebudayaan Kebangsaan |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Kebudayaan
merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam
proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus
dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan
penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. |
Bagi
sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan
yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat
keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang
baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. |
|
Rasional |
Penggubalan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun
dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini
nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. |
Penggubalan
dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan
sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta
pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya
sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi,
pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai
kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan
dunia. |
Dengan
yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip
yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: |
(i)
Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi
kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan
Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan
tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran,
pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan
ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat
di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan
antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh
persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa
Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan
alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari
ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian
kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang
sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam
pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras
kepada Kebudayaan Kebangsaan. |
(ii)
Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui
proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan
lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan
ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan
Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional
serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam
sebagai agama rasmi negara khasnya. |
(iii)
Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan -
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi
mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan
memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan
kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara,
di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah
sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga
prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971. |
|
Objektif |
Pembangunan
Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting
untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang
demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah
bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: |
(i) |
|
Mengukuhkan
perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan; |
(ii) |
|
Memupuk
dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan; dan |
|
(iii) |
|
Memperkayakan
dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. |
|
|
|
Strategi
dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi
berikut: |
(i) |
|
Pemulihan,
pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; |
|
|
|
(ii) |
|
Meningkat
dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya
sebagai jentera pembangunan yang berkesan; |
|
|
|
(iii) |
|
Mewujudkan
komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme Malaysia; |
|
(iv) |
|
Memenuhi
keperluan sosiobudaya; dan |
(v) |
|
Meninggikan
taraf dan mutu kesenian. |
|
Di
samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak
lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah
Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat,
Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. |
Peranan
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat
dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini
menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan
pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan
kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan,
persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan
urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri,
khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan
kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. |
Peranan
Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun
yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di
dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak
swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana
badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan
kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya
membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan. |
|
Penutup |
Penggubalan
dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara
Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum
yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis
panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu
serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun
demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa
yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu
tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan
keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan
kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan
keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah
negara yang merdeka dan bermaruah. |
|
|
|
|
|
|
|
|