|
Dasar
: Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Dilihat
dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah
British
menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah'
dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh
dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam
sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. |
Penambahan
penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan
bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum
mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan
antara kaum, pembangunan
bandar dan luar bandar bertambah besar. |
Selepas
mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan.
Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang
untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi.
Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak
atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. |
|
|
Rasional |
|
Dari
banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah
semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan
bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut: |
Kaum |
Kadar Kemiskinan ( % ) |
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (
RM ) |
Malayu |
64.8 |
172.00 |
Cina |
26.0 |
392.00 |
India |
39.2 |
304.00 |
Lain-lain |
44.8 |
813.00 |
|
|
|
|
|
Pemilikan |
Jumlah Pemilikan |
% |
( RM Juta ) |
1. |
Bumiputera Perseorangan dan
Agensi Amanah |
279.6 |
4.3 |
|
a) |
Bumiputera Perseorangan |
168.7 |
2.6 |
|
b) |
Agensi Amanah |
110.9 |
1.7 |
2. |
Bukan Bumiputera |
2233.2 |
34.0 |
3. |
Warganegara Asing |
4051.3 |
61.7 |
|
Jumlah : |
6564.1 |
100.0 |
|
|
|
|
|
Dilihat
dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum
adalah seperti berikut: |
|
Sektor-sektor |
Melayu |
Cina |
India |
Lain-lain |
1. |
Pertanian |
67.6 |
19.9 |
11.5 |
1.0 |
2. |
Perlombongan |
32.1 |
58.7 |
8.5 |
0.7 |
3. |
Perniagaan/Perdagangan,
Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam |
42.6 |
45.5 |
10.7 |
1.2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepincangan
di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya
peristiwa 13 mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman
yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. Dasar yang
dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan
oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua
(1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud
di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara
kawasan di wilayah yang sama. |
|
|
Objektif |
|
Menyedari
kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah
mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar
Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan
perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan,
penempatan dan sebagainya. |
|
|
Strategi
Pelaksanaan |
|
Rancangan-rancangan
pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan
menerusi strategi serampang dua mata: |
i. |
|
Mengurang
dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. |
|
|
ii. |
|
Penyusunan
semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. |
|
|
|
Membasmi
kemiskinan |
Kemiskinan
adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar.
Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan
adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan
orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha
telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek
pembangunan telah dirangka supaya: |
i. |
|
Mewujudkan
peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. |
|
ii. |
|
Menambah
daya pengeluaran dan pendapatan. |
iii. |
|
Memberi
peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. |
|
iv. |
|
Mengurangkan
jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan
luarbandar dan antara wilayah. |
|
v. |
|
Memodenkan
kehidupan di luarbandar. |
vi. |
|
Mewujudkan
kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. |
vii. |
|
Mengadakan
suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. |
|
viii. |
|
Memperbaiki
taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain. |
|
|
|
Penyusunan
Semula Masyarakat |
Adalah
menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham /
ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara
ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan
30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri. |
Dalam
mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut
telah disusun : |
i. |
|
Meninggikan
daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luarbandar. |
|
ii. |
|
Mengurangkan
keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat
sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan
ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh
mencerminkan bilangan kaum. |
|
|
|
iii. |
|
Menambahkan
dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. |
|
|
iv. |
|
Membentuk
sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%
ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti
MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional. |
|
|
|
|
v. |
|
Memajukan
negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah
baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
Penutup |
|
Dasar
Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks
keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar
kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk
mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha
yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan
perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta. |
|
|