|
Dasar
: Bersih , Cekap dan Amanah |
|
|
|
Latarbelakang |
|
Pada
pertengahan April 1982, Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah
melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang
menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan
sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19hb. Mac,1983. |
|
|
Rasional |
|
Pembangunan
dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang
positif serta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan, pentadbiran
dan rakyat secara keseluruhannya. Di atas hakikat ini kesedaran haruslah
ditanamkan di jiwa pegawai-pegawai awam, pegawai-pegawai swasta,
pekerja-pekerja dan rakyat supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab
masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan, di samping
mempunyai sikap bersih dan beramanah. |
Perasaan
dan tanggapan bahawa mereka bekerja semata-mata bagi memenuhi
keperluan diri sendiri iaitu untuk mendapat upah atau ganjaran hendaklah
dikikis tetapi sebaliknya semangat bekerja bagi faedah negara dan rakyat
keseluruhannya hendaklah ditanamkan di jiwa semua. |
Bersih,
Cekap dan Amanah adalah satu framework yang diharapkan dapat mencapai
tujuan tersebut. |
|
|
Objektif |
|
Objektif
utama dasar ini adalah sebagaimana berikut:- |
|
1. |
Bagi
mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat
Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil (productivity)
dan mutu kerja. |
|
|
2. |
Untuk
meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan
Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan. |
|
Secara
khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan ke jiwa setiap golongan
pekerja dan rakyat adalah seperti berikut:- |
|
1. |
Bersih
iaitu |
|
a. |
Mempunyai
moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan
tidak rasuah. |
|
b. |
Berkecuali
iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat sebelah. |
c. |
Tidak
mementingkan diri sendiri. |
d. |
Tidak
khianat, hasad dan dengki. |
2. |
Cekap
iaitu |
|
a. |
Berani
dan cepat membuat keputusan. |
b. |
Menghadapi
krisis dengan tenang. |
c. |
Bersikap
tegas kepada prinsip. |
d. |
Mempunyai
produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja. |
e. |
Mempunyai
keyakinan diri. |
f. |
Berpandangan
jauh - proaktif dan bukan reaktif. |
g. |
Berpengetahuan,
berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu. |
|
3. |
Amanah
iaitu |
|
a. |
Rela
dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas
kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif
yang ditetapkan. |
|
|
b. |
Mempunyai
sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi. |
|
|
|
Strategi
Pelaksanaan |
Dalam
melaksanakan konsep ini Kerajaan telah mempraktikkannya sendiri terlebih
dahulu dengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan
yang diberikan oleh pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu,
di antaranya ialah:- |
|
(i) |
Mengadakan
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM) |
|
|
|
Kerajaan
telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiran awamnya
berpunca dari ketidakpastian pegawai dan kakitangan Kerajaan
mengenai tugas dan kuasa untuk bertindak dan ujudnya pertindihan
tugas dan tanggungjawab. Kerana ketidakpastian ini pegawai-pegawai
tidak yakin untuk membuat keputusan, tetapi sebaliknya terpaksa
merujukkan kepada pihak atasan atau kepada agensi lain. MPK dan FM
akan menentukan sejelas-jelasnya cara sesuatu kerja harus dijalankan,
siapa yang bertanggungjawab, siapa yang mempunyai kuasa, pihak yang
harus dihubungi, apa peraturan dan undang-undang yang disemak dan
langkah-langkah yang harus diambil. |
|
|
|
Kesemua
Jabatan Kerajaan telah diminta menyediakan MPK dan FM ini, dan
diharapkan ini dapat melicinkan pentadbiran dan mempercepatkan
tindakan. |
|
(ii) |
Membaiki
aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dan
kumpulan meningkat Mutu Kerja (QCC) |
|
|
|
|
Dalam
teknik ini pegawai-pegawai dan kakitangan awam di semua lapisan
boleh memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu menunggu
arahan semata-mata. Di dalam mesyuarat-mesyuarat dan KMK ini
idea-idea baru dan pandangan praktikal boleh disuarakan untuk
membaiki kerja. Secara khususnya teknik baru ini memerlukan setiap
penjawat awam mempunyai sikap 'innovative dan creative'. |
|
(iii) |
Pengluasan
khidmat pusat-pusat pembayaran bil setempat |
|
|
|
Ini
adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai
menyelesaikan urusan mereka dengan cepat dan menjimatkan masa tanpa
mereka terpaksa pergi ke beberapa jabatan yang berasingan. |
(iv) |
Pejabat
Pelan Terbuka |
|
|
Bagi
mempastikan ruang pejabat digunakan secara optima, dan membolehkan
pengawasan dijalankan dengan lebih sempurna. |
(v) |
Kad
perakam waktu |
|
|
Ini
bukan sahaja bagi menentukan semua pegawai mengikut waktu sebagai
satu formaliti tetapi yang penting ialah mereka mengambil berat
tentang waktu dan bertindak mengikut jadual. |
(vi) |
Pengisytiharan
harta oleh para anggota kabinet dan pegawai serta kakitangan
Kerajaan. |
|
(vii) |
Pemakaian
'name tag' oleh kakitangan Kerajaan. |
(viii) |
Menegaskan
dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah khasnya bagi menyiasat
tuduhan-tuduhan rasuah. |
|
(ix) |
Perkhidmatan
Cemerlang bagi menghargai pegawai-pegawai yang didikasi dan telah
memberikan sumbangan yang istimewa. Di dalamnya terkandung tujuh
Teras Perkhidmatan yang menjadi asas bagi prestasi kelakuan dan
kerja-kerja seharian kakitangan awam. |
|
|
|
(x) |
Penghantaran
pegawai-pegawai melanjutkan pelajaran bagi meluaskan pengetahuan dan
pengalaman mereka agar dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna
dan produktif apabila balik nanti. |
|
|
|
|
|
Penutup |
Bersih,
Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. Sifat-sifat ini adalah
asas yang penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang
benar-benar bertamaddun dan bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai
ugama rasmi. Dengan itu konsep ini tidak boleh dipisahkan dan hendaklah
berjalan seiring dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan
Melalui Teladan serta Rukun Negara. |
Jika
dikaji keseluruhannya slogan BCA ini akan memberi kesan dalam pencapaian
satu pentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran yang
tinggi melalui etika dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan
kehendak-kehendak moral yang murni dan terpuji. |
|