Welcome to Hua Lian Student Club (HLSC) Official Homepage

Hua Lian News , History of Hua Lian , History of HLSC , Constitution of HLSC , Message for HLSC
Board of Directors , Members , ActivitiesPhoto Gallery , Contact HLSC , Links , Home , Back
Welcome to "Hua Lian Student Club Official Homepage" , this Hua Lian Student Club is officially establish on 1 July 2001 by a group of Ex Hua Lian Students.

Dasar :  Antartika

 
Latarbelakang
     Y.A.B. Perdana Menteri menimbulkan isu Antartika ketika berucap di sesi ke 37 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bulan September 1982. Isu ini ditimbulkan sekali lagi dalam sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali dalam bulan Mac 1983 di mana Malaysia telah berjaya mendapatkan pengesahan dan sokongan negara-negara tersebut untuk menghendaki PBB membuat satu kajian menyeluruh mengenai Antartika dalam sesi ke 38 PBB. Lanjutan daripada desakan itu satu ketetapan telah diambil dalam sessi ke 38 PBB supaya Setiausaha Agong membuat satu kajian yang menyeluruh mengenai isu Antartika termasuk 'Antartika Treaty System' dan pengagihan sumber-sumber asli yang terdapat.
     Dalam bulan November 1984 Malaysia berjaya mendapatkan ketetapan PBB untuk memasukkan isu pengagihan sumber-sumber asli Antartika dalam agenda PBB yang akan datang. Namun begitu, disebabkan bantahan daripada negara-negara 'Antartika Treaty System', terutamanya Amerika Syarikat dan Rusia, Malaysia telah tidak berjaya mendapat ketetapan untuk penubuhan Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menggantikan 'Antartika Treaty System' yang ada.
     Malaysia mengganggap benua Antartika sebagai penting dari segi pengaruhnya terhadap 'ecology' dan alam keliling dan cuaca dunia. Di Antartika misalnya terdapat 90 peratus daripada air tawar dunia yang terdapat dalam bentuk air batu dan salji. Ia juga mengandungi potensi bekalan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan mentah galian seperti besi, arang, uranium, pelambam, nikel, kobalt, zeng, tembaga, timah, emas, perak, platinum, kromium, minyak dan gas. Di Antartika juga terdapat haiwan dan tumbuhan yang jarang terdapat di tempat-tempat lain. Benua Antartika juga dianggap strategis dari segi perhubungan memandangkan kedudukannya yang dikelilingi oleh empat buah lautan. Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut, Malaysia menyeru supaya Benua Antartika dijadikan warisan bersama untuk faedah bersama (common heritage for the common benefit) bagi seluruh dunia.
 
Rasional
     Pada masa ini pengurusan mengenai hal ehwal Antartika dibuat oleh wakil-wakil negara-negara yang menjadi ahli Antartika Treaty (December 1959). Malaysia berpendapat sistem tersebut hanya menguntungkan segolongan kecil ahli-ahli Antartika Treaty System. Struktur keahlian yang bercorak dua tingkatan (two-tier) adalah tidak adil kerana keputusan hanya boleh dibuat oleh 16 buah negara, ahli asal perjanjian tersebut, sungguhpun 12 buah negara lagi adalah menjadi ahli bersama. Sebaliknya 12 buah negara-negara ini hanya dibenarkan membuat kajian tanpa mempunyai kuasa untuk mengundi atau membuat keputusan. Ini adalah bertentangan dengan matlamat asal perjanjian asal di mana Antartika sepatutnya diurus oleh satu rejim antarabangsa untuk faedah manusia seluruhnya. Lagipun, kedudukan dalam tahun 1959 semasa Antartika Treaty System diputuskan adalah jauh berbeza dengan kedudukan sekarang. PBB pula masa ini terdiri daripada 160 negara di mana kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada negara-negara sedang membangun. Oleh itu, hak-hak dan aspirasi-aspirasi serta pandangan-pandangan mereka juga patut diberi pertimbangan dalam rejim antarabangsa Antartika.
     Pengurusan mengenai Antartika yang berdasarkan sistem keistimewaan ini adalah tidak memuaskan. Negara-negara ahli asal telah mengadakan beberapa mesyuarat tertutup untuk penubuhan rejim bahan-bahan galian (minerals regime) untuk tujuan perlombongan bahan-bahan galian di kawasan-kawasan tertentu mereka. Negara-negara bukan ahli tidak di beritahu langsung tentang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat mesyuarat tertutup ini. Dengan adanya Konvensyen Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu (Sea-Bed Convention on the Law of the Sea) dan cadangan mendirikan satu Jawatankuasa Antarabangsa 'Sea-Bed' (International Sea-Bed Authority), maka rejim galian (Minerals Regime) yang dicadangkan oleh ahli-ahli perjanjian di Antartika adalah didapati bertentangan dengan kebanyakan negara-negara lain.
     Pada pendapat Malaysia, rejim galian (Mineral regime) ini adalah satu lagi percubaan oleh ahli-ahli perjanjian untuk memperluaskan lagi kuasa mereka. Lagipun, aktiviti-aktiviti perlombongan bahan-bahan galian, jika tidak dikawal dengan rapi, boleh dan mungkin merosakkan sistem 'ecology' yang terdapat di situ, dan ini akan melibatkan dunia keseluruhannya.
 
Objektif
     Matlamat-matlamat konsep warisan bersama yang disuarakan oleh Malaysia ialah:-
i) Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.
ii) 'Ecology' dan alam sekitar dipertahankan.
iii) Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik 
dan lain-lain.
iv) Antartika digunakan untuk menggalakkan 'disarmament, 
denuclearisation' dan 'demilitarisation'.
 
Strategi Pelaksanaan
     Selain daripada ahli-ahli 'Antartika Treaty Sistem', negara-negara yang lain telah memberi sokongan kepada pendirian Malaysia. Ini terbukti dengan kejayaan Malaysia memasukkan isu pengagihan bahan-bahan galian di Antartika dalam agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang akan datang pada tahun 1985. Pada pendapat ahli-ahli perjanjian, percubaan untuk menukarkan sistem yang telah diuruskan selama 24 tahun mungkin akan menimbulkan ketidak-stabilan di Antartika.
 
Penutup
     Adalah diharapkan bahawa pendirian serta cadangan Malaysia untuk membuat Antartika sebagai Warisan Bersama untuk faedah bersama seluruh benua akan mendatangkan faedah pada pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun ini.
All Rights Reserved. [email protected] 
Copyright © 2001 Hua Lian Student Club.

Hosted by www.Geocities.ws

1