Cara-cara Servis Keyboard
- Mula-mula buka casing yang mengikat kekunci (key) dengan cara membuka skru pada bahagian belakang keyboard.
- Cuci casing tadi dengan menggunakan spray cleaner.
- Selepas itu bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar tersebut.
- Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan menggunakan spray cleaner.
- Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen.
- Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard dengan menggunakan Spray Video 90.
- Akhir sekali pasangkan kembali casing keyboard dengan mengetatkan kembali skru yang dibuka.
Jenis-jenis Kerosakan Pada Papan Kekunci (Keyboard)
- Antara kerosakan pada papan kekunci yang biasa ditemui ialah kekunci tidak dapat berfungsi.
- Kerosakan seterusnya ialah papan kekunci tersebut seolah-olah gila, iaitu ia mengeluarkan bentuk-bentuk yang tidak difahami atau
berlainan daripada apa yang ditaip ke atas papan kekunci.
- Ini adalah kerana BIOS CHIP dalam papan kekunci tersebut mengalami kerosakan dan keadaan ini tidak dapat dibaiki kerana tidak mempunyai alat ganti.
Mengesan Kerosakan Kekunci dengan Menggunakan Multimeter.
Langkah-langkah mengesan kerosakan kekunci dengan menggunakan
multimeter ialah:-
- Buka casing papan kekunci. Laraskan julat multimeter pada
julat ohm x 10 ohm. Kemudian letakkan wayar probe multimeter
pada kedua-dua kaki kekunci yang dikhuatiri rosak.
- Jika kekunci dalam keadaan baik, Bila kita menekan kekunci,
penunjuk multimeter akan bergerak ke kanan dan bila kekunci
tidak ditekan, penunjuk multimeter kekal dalam keadaan infiniti.
- Jika kekunci dalam keadaan tidak baik atau rosak, Bila
kita menekan kekunci, penunjuk multimeter kekal pada keadaan
inifiniti dan bila kita tidak menekan kekunci penunjuk multimeter
juga dalam kedaan yang sama.
- Jika sekiranya kekunci mengalami kerosakan, gantikan kekunci
tersebut dengan yang baru.
Cara-cara untuk Menjaga Keyboard
Terdapat banyak cara untuk menjaga keyboard supaya ia terhindar
daripada sebarang kerosakan. Antaranya termasuklah seperti:-
- Elakkan satu tabiat yang tidak baik iaitu merokok semasa menggunakan komputer.
- Buat ujian dengan menggunakan satu software khas iaitu software Qaplus untuk mengesan kekunci manakah yang kurang baik dan baiki jika kekunci didapati rosak.
- Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup keyboard.
- Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.
- Semasa membuat pembersihan pada keyboard, keyboard hendaklah diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam atau di celah-celah kekunci jatuh.
Troubleshooting
Jenis kerosakan: Sebahagian kekunci mengeluarkan aksara
yang salah. Komputer tersalah membaca fail yang betul. Kesalahan
ini mungkin disebabkan oleh kecuaian semasa membuat upgraded
dari satu DOS version ke DOS version yang lain.
Jenis kerosakan: Paparan skrin ‘Check Keyboard dan Mouse’.
Paparan ini adalah bukan satu kerosakan kerana ia terjadi kerana
komputer gagal mencari kod-kod yang yang membolehkan ia mengesan
keyboard dan mouse. Paparan di atas juga akan kelihatan sekiranya
penguna salah meng’set’kan keyboard AT dengan keyboard XT. Ia
juga terjadi disebabkan port untuk keyboard dipasang terbalik.
Namun sekiranya keyboard boleh digunakan tanpa masalah, paparan
ini boleh diabaikan.
Jenis kerosakan: Satu huruf atau nombor (aksara) terus
dipaparkan pada komputer apabila sistem dihidupkan. Mungkin
disebabkan oleh kekunci tersebut sentiasa tertekan pada keyboard.
Cara membaiki:
- Buka casing keyboard.
- Cuci bahagian dalam keyboard dan vakum habuk-habuk yang terdapat di dalamnya sehingga bersih.
- Jika terdapat key yang rosak, buat gantian dengan key yang baru.
- Akhir sekali uji keyboard tersebut.
Jenis kerosakan: Tiada nyalaan LED Num Lock, Caps Lock
dan Scroll Lock.
Cara membaiki:
- Mula-mula periksa kabel yang menghubungkan keyboard dengan komputer.
- Periksa connector yang menyambungkan komputer dengan keyboard kerana berkemungkinan connector itu longgar.
- Jika connector longgar, cuba ketatkan.
- Jika tiada perubahan berlaku, cuba tukar keyboard tadi dengan keyboard yang baru.
- Jika keyboard baru juga mengalami masalah yang sama berkemungkinan:-
i) Bekalan +5 VDC mengalami kerosakan.
ii) Bahagian dalaman komputer rosak.
Jenis kerosakan: Semua kekunci mengeluarkan aksara salah
apabila ditekan. Kerosakan ini boleh diuji dengan membuat perbandingan
dengan keyboard yang baru. Jika keyboard baru berfungsi dengan
baik, maka keyboard lama mungkin mengalami kerosakan pada bahagian
dalaman |