HERBALISMA
Herbalisma ialah satu kefahaman mengenai herba yang menyatakan biarkan makanan menjadi ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu.

Kita sedia maklum bahawa herba merupakan tumbuhan yang terhampir dengan kehidupan manusia. Sejak zaman pra-sejarah lagi masyarakat manusia telah menggunakan herba sebagai bahan ubatan dan resepi-resepi yang telah diformulasikan telah lulus ujian berabad-abad lamanya. Kita mempunyai keyakinan bahawa herba-herba alam yang tidak beracun melengkapi tubuh dengan bahan yang sesuai keperluannya sama seperti makanan. Hal ini menghasilkan pencegahan mahupun penyembuhan penyakit.

1. Penggunaan Herba Sebagai Pemakanan Kesihatan

Ianya perlu diamalkan dalam jangka masa tertentu untuk memastikan kemujarabannya kerana herba mengandungi bahan aktif yang terlalu rendah dan bertindak secara perlahan.

Bahan-bahan di dalam herba seperti vitamin, galian, protein, serat, karbohidrat, beta-karoten, dan bahan-bahan aktif adalah diperlukan secara berterusan oleh badan untuk membaiki sistem ketahanan badan untuk rawatan melawan penyakit yang ada .

Zat pemakanan herba bukan bertindak kepada tempat atau penyakit tertentu sahaja tetapi untuk kesihatan seluruh badan.

2. Penggunaan Herba Untuk Perubatan

Ia dirangkumi oleh 2 unsur iaitu perawatan ilahiah dan alamiah

Perawatan ilahiah bersumberkan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis nabi dan ianya perlu diyakini walaupun tidak dapat dibuktikan dengan kajian saintifik

Keberkesanan perawatan alamiah diakui pengguna (testimoni) berdasarkan penelitian dan pengamatan mereka.

Herba Penawar Al Wahida
Kaedah Perawatan Herba Masakini
Detoksifikasi
Pencucian & Pengimbangan
Perkuatkan Sistem Imuniti
Perawatan Ilahiah & Alamiah
Hubungi saya:
Name: Ramly Ahmad
Email:
[email protected]
Hosted by www.Geocities.ws

1