PENCUCIAN & PENGIMBANGAN

(Nota kuliah oleh Hj Ismail bin Hj Ahmad)

PENCUCIAN ( Cleansing )

Prinsip perubatan herba memberi penekanan kepada proses pencucian yang lebih dikenali sebagai proses detoksifikasi. Proses ini memberi penumpuan asas kepada punca penyakit yang disebabkan oleh himpunan toksid yang tinggi. Toksid ini akan berkumpul di dalam hati dan menyebabkn fungsi hati sebagai organ penyingkir racun terganggu. Racun mula diserap ke seluruh organ sehingga merosakkan sel-sel tubuh.

Herba D'TOrK merupakan resepi pahit yang berfungsi mengembalikan salah satu peranan hati iaitu menyingkirkan keracunan di dalam tubuh. Keracunan dikeluarkan melalui cairan hempadu dan terbuang di saluran usus besar (kolon). Daripada usus inilah racun ditolak keluar jika tidak berlaku sembelit. Resepi D'TOrK telah diperkuatkan dengan serat yang tinggi daripada SPIRULINA. Kehadiran Spirulina ini sebagai penyapu yang berkesan bagi membuang kotoran yang melekat di dinding usus.

Dalam banyak kajian didapati setiap individu mempunyai berkilo-kilo najis kering yang melekat di dinding usus. Seseorang itu tidak merasai sebarang kesakitan tetapi lama kelamaan akan menyebabkan penyakit dan nutrien dari makanan tidak dapat diserap dengan sempurna.

Program detoksifikasi terbahagi kepada 3 peringkat,iaitu :-

       Pencucian     ===>     Pembinaan     ===>     Pemantapan

Oleh kerana program detoksifikasi memperbaiki fungsi hati (refunction), maka salah satu fungsi yang terpenting turut berlaku dimana gejala "fatty liver" yang berlaku kepada pesakit kardiovaskular atau orang yang obesiti turut terawat. Ini berlaku apabila hati tidak lagi menjadi agen setor lemak tetapi mula membakar dan membuang. LDL diimbangi dengan HDL dan berat badan akan semakin berkurangan.

Seseorang yang mengambil makanan yang banyak tetapi tidak bertenaga dibandingkan dengan seorang yang hanya memerlukan sedikit makan dan lebih bertenaga. Ini membuktikan walaupun jumlah makan yang diambil banyak tetapi nutrien yang boleh diserap terlalu sedikit ataupun sel-sel saraf yang menghantar berita kenyang terganggu dengan adanya timbunan sisa najis di dinding usus. Keadaan ini akan menjadikan kita akan terus makan tanpa merasa  kenyang.

Oleh sebab itulah, program detoksifikasi merupakan agenda terawal dalam penjagaan kesihatan. Berpuasa adalah salah satu cara melakukan detoksifikasi yang diajar oleh Islam kerana daripada program inilah akan terhasilnya dasar perubatan iaitu release, rest, regenaration dan refunction. Sesiapa yang menjadi pengamal herba atau herbalis tetapi tidak memberikan penekanan kepada detoksifikasi sesungguhnya dia terkeluar daripada herbalisma.

Prinsip asas yang perlu diketahui bahawa setiap orang yang mengamalkan herba mestilah bersifat pelawas kerana gejala sembelit merupakan racun pertama di dalam tubuh badan manusia.

Sayang sekali banyak pula pengamal yang memberikan pelawas tanpa memberikan herba yang berkesan di hati. Tindakan ini seperti menyapu sampah di muka pintu sedangkan sampah di dalam bilik tidak dikeluarkan terlebih dahulu. Herba pahit mesti digunakan. Penggunaan herba pahit memang banyak manafaatnya tetapi penggunaan tanpa sinergi membawa kesan sampingan seperti kerosakan saraf. Pokok hempedu bumi, jika diamalkan berterusan menyebabkan berlakunya impotansi.

Di sini, para herbalis HPA perlu memahami bahawa nenek moyang kita mengamalkan herba pahit sejak zaman berzaman tetapi tidak memberikan kesan impotansi, kenapa? Jawapannya kerana teras halban yang pahit disenergi dengan teras juak, teras tembesu dan 42 teras yang lain. Di antara kelebihan D'TOrK ialah menggabungkan 28 jenis herba yang terpilih. 

Salah satu tujuan sinergi ialah menghilangkan kesan sampingan.(lihat nota kuliah lama)

Falsafah kepada D'TOrK ialah pembersihan sebelum pengubatan. Sebelum kita bersolat, kita berwudhuk dan bertaubat. Sia-sialah orang yang bersolat tanpa wudhuk dan bertaubat. Kekotoran anggota zahir dan anggota batin menyebabkan kesemua ibadat tertolak. Sayangnya banyak sekali individu yang tidak mengerti hal ini dan merasakan terlalu suci. Allah Maha Mengetahui.

Seorang perawat yang bijak tidak akan bertanya kepada pesakit, "Adakah anda sembelit pada hari ini?". Kerana jawapannya tentunya tidak. Orang yang tidak pernah merasai bagaimana rasanya lawas pasti akan menyatakan dia tidak sembelit. Berikan sahaja D'TOrK atau pelawas kemudian baru bertanya perbezaannya. Percayalah 90% penyakit berpunca daripada sembelit sedangkan 90% pesakit menyatakan dia tidak sembelit.

Salah satu bahan aktif yang digunakan dalam herba ialah morindin daripada morinda eliptica. Dalam kajian telah didapati bahan ini amat baik untuk mengelakkan kanser usus. Akar mengkudu apabila dipanaskan akan mengeluarkan satu pewarna itulah morindin. Dalam ilmu herba, setiap herba yang berwarna amat baik untuk kulit.

Kulit pula berhubungan dengan hormon sedangkan mata berhubungan dengan hati. Dari hati turun ke mata dan dari hormon turun ke kulit. Perhatikan dengan cermat kebiasaan pesakit yang menghadapi masalah hormon pasti nampak pada kulitnya. Omega-3 baik untuk kulit, baik untuk kanser. Fisalin-B baik untuk kanser dan baik untuk kulit.

Warna morindin tidak kelihatan dalam cairan D'TOrK kerana warna hijau SPIRULINA lebih kuat. Sesuatu yang tidak nampak bukannya tidak ada. Cuma yang lebih dominan menguasai keadaan. Begitulah hukum alam.

Peranan D'TOrK melakukan pencucian agar sel sihat tidak berubah dan menjadi normal. D'TOrk mencegah berlakunya kanser.

Pengamalan herba D'TOrK akan memberikan tenaga yang kuat. Mereka yang mengamalkannya akan menjadi lebih bertenaga dan tidak letih. Kesemua organ kembali berfungsi. Muda 10 tahun daripada usia sebenar dan boleh meneruskan ibadat dengan hati yang lurus.

Herba pahit juga dikenali sebagai "kardio tonik". Ia berfungsi menguatkan jantung bagi mengepam darah keseluruh badan sama seperti 'viagra'. Kajian asalnya ialah untuk tujuan penyakit kardiovaskular. Kenapa pesakit jantung dilarang menggunakan viagra? Kesan degupan jantung yang kuat akan menyebabkan berlakunya kematian. Inilah kelemahan ubatan kimia sintetik dengan sesuatu bahan aktif. Tidak seperti D'TOrK yang bertindak sebagai "kardio tonik" dan tanpa kesan bahaya.

Saudara para herbalis, kita biasa melihat betis dan atas kaki seseorang menjadi sembab dan apabila kita menekannya ia akan tenggelam dan timbul perlahan-lahan, kenapa? Ini adalah kerana masalah jantung yang tidak mempunyai kekuatan mengepam darah menjadikan darah tidak dapat dibawa balik ke ginjal. Ini adalah berpunca daripada 2 organ yang bermasalah iaitu jantung dan ginjal. Toksid mula berhimpun di bawah tapak kaki. Kaedah mengeluarkan toksid bukannya dengan menampalkan plaster pada tapak kaki tersebut kerana kaedah itu sama seperti menggunting uban di kepala.

Dengan penggunaan herba D'TOrK, jantung dan ginjal akan berfungsi semula dan proses antipenuaan berlaku. Anda tidak dapat mengembalikan hari yang telah berlalu tetapi anda dapat memutarkan kembali jam biologi di tubuh anda agar lebih muda 10 tahun dari usia anda yang sebenar.

Sinergi herba D'TOrK juga bersifat diuretik. Amat sukar untuk mencari satu penawar yang bersifat detox, pelawas dan diuretik. Inilah rahmat Allah S.W.T pada kiata di mana sinergi ini saya salin bulat-bulat daripada resepi herba yang diamalkan sejak turun-temurun.

Adakah anda percaya bahawa tubuh anda sedang mengalami kesakitan masakini tetapi kesakitan itu disembunyikan di bawah saraf secara tidak sedar akibat dari kebiasaan dan ubatan kimia. Lihat sendiri apabila anda mengambil D'TOrK dengan sendirinya tubuh anda akan memberi isyarat kesakitan di pinggang, di kaki, di kepala dan lain-lain lagi. Teruskan pengambilan hingga kesakitan itu benar-benar sembuh.

PENGIMBANGAN (balancing)

Setelah kita membincarakan betapa pentingnya proses cleansing atau detoksifikasi, mari kita lihat pula faktor kedua penyakit iaitu berlakunya ketidakseimbangan di dalam badan.

Bukankah manusia mempunyai keupayaan menyesuaikan diri dalam keadaan sejuk dan panas? Apabila cuaca sejuk, badan akan mula mengeluarkan air kencing yang banyak bagi mengimbangi suhu di luar dan apabila panas pula badan akan memberi isyrat dahaga. Inilah konsep pengimbangan (balancing).

Pengimbanan ialah proses di mana keadaan suhu badan dikembalikan kepada keadaan normal dengan menggunakan herba D'HEAT dan D'KARM. Suhu yang tinggi menyebabkan berlakunya peradangan serta sistem imuniti turut merosot.

Pernahkah anda melihat bekas yang diperbuat daripada tanah liat? Sayur sawi yang disimpan dalam bekas ini tidak akan layu walaupun dalam tempoh 1 minggi, kenapa? Ini kerana terdapat keseimbangan ion yang menyebabkan kesegaran sayuran dapat dipertahankan. Pengimbangan ertinya mendapatkan keseimbangan ion di dalam tubuh badan iaitu ion positif dan ion negatif yang terkandung di dalam mineral. Mineral pula banyak terdapat di dalam akar tumbuh-tumbuhan.

Apabila mineral tidak seimbang maka berlaku kekecutan sel di mana sel yang merupakan unit terkecil akan mengalami kerosakan DNAnya. Pokok lalang yang tumbuh di tanah liat mempunyai ion yang paling baik untuk pengimbangan. Maka lalang dijadikan ubatan dalam produk MALAC serta ia adalah herba D'HEAT. Tidak imbang mineral dalam badan juga amat berpengaruh kepada saraf kerana saraf amat sensitif dengan perubahan suhu tinggi dan rendah. Dalam masyarakat JAWA, pokok lalang dijadikan ubatan untuk aprodisiak.

Sarang anai-anai sering digunakan untuk membuat pengimbangan kerana anai-anai mengadakan ladang kulat di dalam sarangnya. Di mana kulat merupakan tumbuhan peringkat rendah yang mengandungi mineral dan ion yang seimbang.

Paling menarik terdapat beberapa kaedah membuat pengimbangan. Misalnya kelebihan glukosa di dalam darah diimbangkan dengan gula herba. Kelebihan asid dengan jenis buah yang berasid. Kelebihan kalsium oksalat dengan herba yang mengandungi kalsium oksalat. Protein herba untuk membantutkan kanser bukan membantu perkembangan kanser. Ini mempunyai sedikit persamaan dengan konsep homeopati. Law of similar atau similia similibus curentur.

Tubuh yang hilang keseimbangan menjadi tidak sihat dan mempengaruhi hormon. Hormon pula akan menyebabkan seseorang itu terkena tekanan jiwa yang kronik. Pada ketika ini, jika tidak dilakukan pengimbangan, maka ia tidak akan sembuh.

Lihat dalam penciptaan siang dan malam, Allah mengimbangi kesihatan tubuh dengan menjadikan siang masa bekerja dan suhu malam untuk berehat. Ion-ion daripada mineral herna sebenarnya mempunyai frekuensi atau gelombang. Bumi juga mengeluarkan gelombang alfa pada malam hari di mana gelombang alfa akan bertindakbalas denga otak untuk membentuk keseimbangan tubuh. Bersujud di malam hari adalah kaedah yang paling pantas mendapatkan keseimbangan di samping menggerakkkan kelenjar pituteri. Mineral-mineral dalam herba walaupun sedikit jumlahnya amat diperlukan kerana tujuan keseimbangan. Air zam-zam mempunyai mineral yang paling imbang. Buah kurma serta madu juga mengandungi mineral yang seimbang.

Menurut ahli sains, kekuatan madu ialah kepada unsur mineral surih yang terkandung di dalamnya. Kita tidak perlu bimbang mengambil herba kerana herba mengambil mineral yang cukup imbang daripada bumi kecuali herba yang tumbuh di atas tanah yang menggunakan kimia. Herba di hutan paling baik untuk tujuan ubatan berbeza dengan herba yang ditanam di ladang. Herba di hutan mendapat sumber mineral dari pereputan organik yang telah berlaku proses pengimbangan di dalam tanah. Ekosistem ini telah disusun oleh Pencipta Alam ini dengan cantik dan bermanafaat. Tubuh yang terdiri daripada unsur halus asal diciptakan juga daripada bumi perlu kembali ke bumi untuk membuat pengimbangan.

 
hpa produk intibah petua diagnos penyakit artikel beli keahlian cadangan
Hosted by www.Geocities.ws

1