"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

KOD:ZD02   HARGA:RM75.00   60BIJI

D'KARM

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan terutamanya di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi kolon yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan yang sedemikian.

Cinnamomum iners  atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab bagi terapi ini. D'Karm yang juga diperkuatkan dengan psylium  sejenis herba yang mempunyai keupayaan mengembang seperti jeli dapat membantu proses pencernaan di dalam saluran penghazaman termasuk di usus. Psylium  amat terkenal di seluruh dunia sebagai herba bagi pencuci kolon.

Suatu kefahaman tertua yang mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit berpunca di usus. Setiap individu semestinyalah memastikan keadaan kolon mereka bebas dari kesumbatan dan bebas dari najis-najis yang terlalu lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal. Hal yang demikian ini sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar.

Kesan pengembangan jeli psylium  ini ia akan menarik seberapa banyak saki baki hampas buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasai lawas buang air besar sekiranya D'Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan yang sama ia boleh menghilangkan sakit pinggang dan sakit  sendi. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun ke paras normal sekiranya diamalkan berterusan dalam masa 6 bulan. Secara tidak langsung  tekanan darah tinggi juga akan dapat diturunkan ke paras normal.

Bintik-bintik putih pada tapak tangan serta keadaan tangan yang dingin adalah dua tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan. Sekiranya masalah ini tidak di atasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan dan akan mendorong kepada lemahnya imunsasi seseorang.

Pengamal herba D'Karm perlu minum air yang mencukupi iaitu 2.5 liter sehari. Bagi tujuan pengubatan yang serius, berikan air barakah yang dikeluarkan oleh HPA. Kesannya juga dapat dilihat tidak lebih daripada 7 hari selepas mengamalkannya.

 
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1