BIOGRAFI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI       










Pada tahun 2006 iaitu pada darjah 1 saya telah memulakan sesi persekolah saya di Sekolah Kebangsaan Tok Dir. Di sekolah ini pula ibu saya juga salah seorang pendidik di sana.Di sana saya telah mendapat ramai kawan tapi malangnya sekarang kami telah hilang hubungan kerana pada tahun itu,masih tiada lagi teknologi-teknologi seperti sekarang.



Namun,pada tahun 2007,iaitu semasa saya berada di darjah 2,saya telah berpindah ke sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam. Hal ini kerana ibu saya telah dipindahkan ke tempat kerja yang lain. Saya telah menamatkan sesi sekolah rendah saya di situ.




Setelah menamatkan sesi sekolah rendah saya meneruskan sesi sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebanggsaan Seri Nilam dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5.Dari siilah saya telah berjumpa dengan kawan-kawan yang sehati sejiwa dengan saya dan disini jugalah saya telah menjumpai pelbagai jenis orang yang ada di muka bumi ini. Di sinilah kami dari berkawan dari orang asing kami menjadi rapat yang memahami antara satu sama lain


Gambar yang diambil semasa graduasi sekolah






Setelah menamatkan sesi sekolah menengah saya meneruskan perjalanan untuk menuntut ilmu jauh dari tempat tinggal saya iaitu di Negeri Sembilan. Kolej Matrrikulasi Negeri Sembilan adalah tempat yang baru bagi saya kerana ini adalah pertama kali saya berjauhan dari keluarga. Disini saya telah berkenalan dengan lebih ramai orang yang dari pelbagai negeri.