BIOGRAFI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI       


Antara koleksi-koleksi novel yang saya miliki.




Kita memang sering diajukan soalan tentang apa hobi kita.Sekiranya diajukan tentang hobi,ramai yang akan menjawab jawapan-jawapan yang biasa kita dengar seperti bermain bola,memancing dan sebagainya Agak jarang seseorang ingin mengaku tentang hobi mereka yang kedengaran agak pelik dalam masyarakat kita.Mereka bimbang dilabel atau dicop sebagai ketinggalan zaman ,kolot tidak mengikut arus pemodenan,ataupun pelik.

Walaupun bagi kita hobi seseorang itu pelik,namun begitu selagi aktiviti tersebut memberi kepuasan kepada diri mereka,maka itulah hobi mereka. Seseorang yang mempunyai hobi yang agak pelik tidak perlu malu untuk menyatakan hobi mereka selagi hobi itu tidak memudaratkan diri mereka ataupun orang lain.

Oleh itu,apakah hobi? Bagi saya,hobi merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberi kepuasan dan memberi ketengangan jiwa kepada seseorang itu. Hobi ini tidak boleh dipaksa-paksa, tidak boleh dijual beli,mengikut peredaran masa dan persekitaran. Tapi selagi ia memberi ketenangan dan kepuasan , itulah hobi.

Membaca novel. Saya suka membaca novel pada waktu lapang.Tapi sejak saya menjejakkan kaki ke matrikkulasi masa yang ada amat terhad sehinggakan hobi saya perlu dilupakan. Antara koleksi novel yang saya kumpul ialah Ombak Rindu, Setia Hujung Nyawa dan sebagainya. Biasanya saya akan baca novel ketika hujung minggu,ataupun balik dari sekolah.