KELEBIHAN SISTEM PENANAMAN SECARA HIDROPONIK

 

                  1.        Pengeluaran sayuran dapat diusahakan di kawasan yang tidak subur, kurang sumber air,

                               tidak mempunyai saluran baik dan kawasan tanah bermasalah.

                       2.     Tidak memerlukan sistem giliran tanaman . Penanaman dapat dilakukan

                               sepanjang tahun. Tanaman yang sama dapat di tanam di tempat yang sama.

                       3.     Pengeluaran hasil adalah seragam dan dapat dikeluarkan sepanjang masa.

                       4.     Penggunaan air dan baja lebih cekap. Baja tidak mengalami larut lesap, penggunaan

                               air dapat dikawal dengan baik mengikut keperluan tanaman. Pengambilan nutrien lebih

                               sempurna kerana nutrien tidak menghadapi rintangan untuk diserap oleh akar tanaman.

                      5.     Pulangan seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi. Tanaman lebih

                              awal matang.  Kaedah penanaman secara densiti padat dilakukan tanpa sebarang

                              gangguan kerana tiada persaingan terhadap air dan nutrien.

                      6.     Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan dengan penggunaan kimia yang

                              minimum dan terhad.

                     7.     Pengawalan penyakit dan proses dapat dilakukan dengan lebih cekap.

                     8.     Penggunaan tenaga buruh adalah minimum, 2 orang boleh menjaga sebanyak

                             2000 pokok semusim.

 

           KELEMAHAN SISTEM HIDROPONIK

  1. Memerlukan  kos awal yang agak tinggi.

  2. Hidroponik adalah sistem tertutup. Sebarang patogen dan ketidakseimbangan nutrien akan mempengaruhi keseluruhan tanaman.

  3. Gangguan elektrik ataupun sebarang kerosakan yang berlaku pada sistem akan menyebabkan tanaman menjadi cepat layu.

                                                              

                                                                         

               top      

 

Hosted by www.Geocities.ws

1