SELAMAT DATANG KE LAMAN HIJAU                SELAMAT DATANG KE LAMAN HIJAU               SELAMAT DATANG KE LAMAN HIJAU

    

  

        

 

      PROSPEK  SISTEM HIDROPONIK DI MALAYSIA

Untuk pokok hidup subur, takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Panjang dan lebar takung tiada dihadkan tetapi tinggi takung dihadkan kepada 10-15 cm sahaja. Untuk kemudahan, adalah disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.

Takung ini boleh menampung sebanyak lapan pokok sayuran berdaun seperti.Penutup takung adalah perlu untuk melindungi larutan baja di dalam takung dari terkena sinaran dan kepanasan matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai digunakan adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup ini hendaklah mempunyai lubang-lubang dibuat untuk meletakkan bakul semaian.Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.Takung dan penutup ini boleh dibeli dari kedai-kedai swasta tertentu.
 
        BIODATA
   GALERI FOTO
    HIDROPONIK
   AKUAKULTUR

         SUBJEK

  KELEBIHAN

 


 

1.KEPERLUAN PASARAN

  • Dengan peningkatan penduduk, keperluan sayuran akan meningkat.Mengikut Hashim dan Saharan (1998), jumlah keperluan sayuran di Malaysia pada tahun 2000 akan meningkat kepada 600 000 tan.

  • Malaysia tidak mampu mengeluarkan sejumlah itu melalui kaedah konvensional, sebaliknya negara kita terpaksa mengimport  sayuran untuk kegunaan tempatan

  • Melalui hidroponik hasil dan kualiti dapat ditingkatkan  agar mampu melepasi syarat kualiti untuk melepasi pasaran luar negara seperti Singapura, Jepun dan Eropah.

2. IKLIM DAN ALAM SEKITAR.

  • Di Malaysia, perubahan cuaca dipengaruhi  oleh perubahan angin monsun yang menyebabkan terdapatnya kawasan-kawasan yang mengalami musim kemarau dan banjir yang agak ketara.

  • Perubahan iklim mempengaruhi pertumbuhan rumpai, perebakan penyakit dan perosak.

  • Hujan lebat mengurangkan keberkesanan penggunaan bahan kimia disebabkan berlakunya larut resap dan berlakunya hakisan di kawasan tanah tinggi.

  • Keadaan ini turut mempengaruhi pengeluar ini turut mempengaruhi pengeluaran hidroponik, pengeluaran berterusan dapat dihasilkan kerana penggunaan rumah tanaman adalah terkawal dan sistem penanaman boleh diubah suai mengikut keadaan.

3. PERSAINGAN TERHADAP KEGUNAAN TANAH.

  • Pertambahan penduduk dan kepesatan perkembangan industri pembuatan telah mengurangkan penggunaan tanah untuk penanaman sayuran.

  • Keluasan tanah untuk penanaman sayuran dijangka terus berkurangan pada akhir dekad ini disebabkan kegiatan projek perumahan, pembangunan dan pembukaan kilang-kilang di tanah yang dahulunya diusahakan untuk sayuran khususnya berdekatan dengan bandar.

  • Persaingan dapat dikurangkan melalui sisitem hidroponik kerana ia tidak memerlukan kawasan luas.

4.TENAGA BURUH.

  • Kurangnya minat tenaga muda yang melibatkan diri dalam bidang pertanian khususnya dalam penanaman sayuran.

  • Minat tenaga muda lebuh kepada industri pembuatan dan perkilangan.

  • Penggunaan sistem hidroponik tidak memerlukan ramai tenaga buruh dan tidak melibatkan aktiviti mencangkul dan sebagainya. Malah pengurusannya tidak perlu masa yang lama.

5.MENGURANGKAN KOS

  • Sistem hidroponik dianggap sebagai kaedah yang memerlukan kos yang tinggi. Di Malaysia, para penyelidik berusaha mencipta sistem hidroponik yang memerlukan kos yang rendah, mencipta kaedah kultur yang sesuai untuk tanaman dalam pelbagai sistem hidroponik.

  • Sehingga kini banyak kemajuan yang telah dicapai dan teknologi diubah suai telah digunakan oleh pelbagai agensi dengan jayanya.

6.KEMAHIRAN TEKNIKAL

  • Memerlukan  kemahiran teknikal yang tinggi.

  • Dapat diatasi oleh Universiti Putera Malaysia (UPM) yang memberi khidmat teknikal dan melatih para petani dan agen-agen pembangunan dan pelbagai agensi kerajaan berhubung dengan asas hidroponik.

7.KEDAPATAN TANAH YANG BERMASALAH

  • Wujud tanah yang bermasalah seperti tanah mengandungi asid sulfurik, tanah masin, tanah gambut dan tanah curam yang meliputi 68% daripada keseluruhan tanah di Malaysia .Tanah yang bermasalah mempengaruhi hasil dan kualiti pengeluaran. Masalah dapat di atasi dengan sistem hidroponik kerana sistem ini tidak memerlukan tanah.

8.PENINGKATAN TARAF HIDUP

  • Pengeluaran tanaman yang berkualiti tinggi di samping menjamin  keselamatan pengguna. Penggunaan bahan kimia seperti racun perosak dan racun penyakit adalah minimum.

             

                                                                  kembali indek  mara  
Hosted by www.Geocities.ws

1