PROF. MADYA AHMAD FAISAL BIN ALIAS
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
32600 Bandar Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
e-mail me: [email protected]

North American Aviation/Avon
F-86 Saber Jet (1949)


North American Aviation Company

Enjin : General Electric 5,910 lbs thrust
Kelajuan max: 693 bsj (1,108.8 km/j)
Persenjataan: 6 x .50 cal machine-gun

Pesawat jenis ini telah berkhidmat dalam 30 buah tentera udara di seluruh dunia. Hampir 10,000 buah dibina dalam berbagai versi dan gabungan persenjataan.

SEJARAH RINGKAS

Selepas menewaskan angkatan bersenjata Jerman dalam Peperangan Dunia Ke Dua 1945, pihak Amerika telah dapat menawan beberapa buah kapalterbang Messerschmitt Me 262 (jet pejuang pertama yang dioperasikan) dan sebilangan besar arkib mengandungi maklumat teknikal Luftwaffe (Angkatan Udara Jerman). Ini termasuk sebilangan besar maklumat dan penemuan-penemuan ujikaji terowong angin (wind-tunnel) yang membuktikan bahawa reka bentuk 'swept-wing' mempunyai banyak kelebihan dan kemajuan pada kelajuan yang tinggi berbanding dengan reka bentuk sayap biasa.

Pihak North America Aviation Company mendapati bahawa penemuan kajiselidik pihak Nazi ini merupakan di antara jawapan yang mereka cari-cari kepada masalah prestasi pesawat pejuang jet berenjin satu yang sedang mereka bina untuk Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Dengan melengkapkan sayap yang direka semula dan memberikan sudut 35 darjah ke belakang, maka muncullah F-86 Sabre, jet 'swept-wing' Amerika yang pertama. Prototaip pertama melakukan penerbangan sulungnya pada 1 Oktober 1947. Model pengeluaran pertama memulakan penerbangan pada 20 Mei 1948. Pada 15 September 1948 sebuah F-86A telah memecahkan rekod kelajuan dunia pada 670.9 bsj (1073.44km/j). Pada tahun 1948 prototaip F-86 ini telah berjaya menjadi pesawat Amerika Syarikat yang pertama terbang pada kelajuan melebihi kelajuan bunyi (Mach 1) ketika terbang dalam junaman yang cetek.

F86_USAF Dengan kelajuan maksima 675 batu sejam (1,080 km/j) bagi model awal, F-86 Sabre telah berjaya memecahkan kesemua rekod-rekod kelajuan pada ketika itu. Ianya amat lincah dan merupakan sebuah platform yang ideal bagi mebidik dan menembak enam laras mesingan .50 cal. Dengan sistem yang ada, ianya juga merupakan satu-satunya pesawat pejuang barat yang dapat menandingi pesawat pejuang MiG-15 buatan Rusia semasa Peperangan Korea 1950-1953. Dalam konflik tersebut para juruterbang F-86 telah menembak jatuh 792 buah pesawat MiG-15 di samping mengalami kehilangan 76 buah F-86 (nisbah kejayaan yang melebihi 1:10).

Pesawat MiG-15 yang pertama ditembak jatuh oleh F-86 (juruterbang Lt. Col Bruce Hinton) adalah di ruang angksa sepanjang Sungai Yalu, semenanjung Korea pada 17 Disember, 1950 manakala pada 27 Julai 1953 juruterbang F-86 Kapt. Ralph S. Parr menjadi wira udara terakhir konflik tersebut apabila menembak jatuh sebuah pesawat Il-2. Sejak titik bersejarah itu jet pejuang Sabre F-86 telah berkhidmat dengan cemerlang dan terbukti berkesan dalam beberapa konflik bersenjata di seluruh dunia. Pesawat jenis ini terus berkhidmat dalam beberapa buah tentera udara hingga ke tahun-tahun 80an. Sebahagian darinya masih berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) di akhir tahun 80an sebagai sasaran kawalan jauh (target drones) QF-86 yang digunakan dalam ujian-ujian tembakan peluru berpandu udara-ke-udara (AAMs) dan permukaan-ke-udara (SAMs).

F-86 juga pernah dihasilkan dengan lesen kebenaran di Kanada, Jepun, Australia dan Itali. Model yang paling banyak dihasilkan adalah F-86D sebanyak 2,504 unit. Model yang terakhir F-86L (model D yang telah diubahsuai) menamatkan perkhidmatan aktif dengan Air Defense Command pada Jun 1960 tetapi terus beroperasi d dalam Angkatan Udara Simpanan (Air National Guard) sehingga pertengahan 1965.

F-86 (Mk.32) SABRE TUDM

Pesawat F-86 Sabre Jet milik TUDM adalah sebahagian dari 112 buah variasi F-86 Mk.32 yang telah dibina oleh Commonwealth Aircraft Corporation (CAC) Avon di Fishermen's Bend, Victoria, Australia di bawah lesen yang diberikan oleh NAAC pada tahun 1954-1957. Sabre Mk. 32 menggunakan enjin turbojet Rolls Royce/CAC Avon RA7 Mk26 yang dibina oleh CAC yang lebih berkuasa menghasilkan 7,500 lb daya tujahan. perbezaan fizikal yang ketara Mk. 32 dengan Sabre yang yang adalah rongga persenjataannya. Sabre Mk. 32 menggunakan sepasang meriam Aden 30mm berbanding dengan 6 x mesingan .50 caliber. Daya tembakan dan 'recoil' yang lebih kuat memerlukan bahagian muncung Sabre Mk. 32 diperkukuhkan.

sabre1904_tudm

Sebahagian dari pesawat-pesawat ini pernah berkhidmat di Asia Tenggara dan berpengkalan di Pengkalan Udara RAAF, Butterworth sebagai sebahagian dari Operasi Sabre Ferry dari Disember 1958 hingga Januari 1968 dan pernah terbang di Malaysia, Thailand dan Singapura. Pada bulan Oktober 1969 kerajaan Australia telah menghadiahkan sepuluh buah jet Sabre (dan dua buah 'non-flying unit' untuk alat bantuan latihan kepada krew sokongan) kepada TUDM untuk membentuk nuklues Squadron No. 11. Peranan squadron ini adalah untuk pertahanan udara, serangan ke bumi dan operasi-operasi sokongan udara. TUDM kemudiannya menambah enam buah lagi Sabre tidak lama selepas itu. Penggunaan jet Sabre telah memperkenalkan TUDM kepada sistem latihan menggunakan simulator penerbangan (flight simulator) dan kaedah-kaedah operasi pesawat pejuang satu tempat duduk. Fungsi utama jet-jet Sabre TUDM adalah untuk pertahanan udara dan ia dapat berfungsi dengan baik dalam peranan ini dengan dibantu radar RAFF GCI dan seterusnya apabila TUDM mula menggunakan radar S600 Marconi yang baru.

IndonF86_ex_RMAF?

Squadron No. 11 telah dibubarkan pada tahun 1975 dan telah digantikan dengan pesawat supersonik Northrop F-5A dan F-5B Freedom Fighters (Freedom Fighters ini kemudiannya dijual kepada Tentera Udara Diraja Thailand dan digantikan pula dengan jet F-5E dan F-5F Tiger IIs) buatan Amerika Syarikat. Jet-jet Sabre TUDM mengakhiri khidmat mereka sebagai bahan pertunjukan di pintu-pintu masuk pengkalan-pengkalan TUDM, istana dan muzium-muzium. Lima buah Sabre TUDM telah dipindahkan ke Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) manakala dua buah(FM1904 dan FM1907) sekarang berada di Muzium TUDM di Sungai Besi. Sebuah dari Sabre TUDM telah diserahkan kembali kapada pihak Australia untuk dibaikpulih dan diterbangkan semula di bawah pendaftaran nombor awam manakala sebuah lagi kini berada di Amerika Syarikat

Spesifikasi North American/Avon F-86 Sabre

Peranan : Pesawat pejuang-pengebom satu tempat duduk (Single seat fighter-bomber)

Enjin: 1 x Rolls Royce/CAC Avon RA7 Mk26 turbojet; 7,500 lb daya tujahan

Dimensi: lebar sayap - 37 ka 1 in (11.30 m)

Panjang: 37 ka 6 in (11.43 m)

Keluasan sayap: 288 ka per (26.76 m per)

Ketinggian: 14 ka 4 in (4.37 m)

Berat: kosong - 12,000 lb (5,443 kg)

Muatan biasa: 17,720 lb (8,038 kg)

Muatan maksimum: 21,210 lb (9,621 kg)

Persenjataan:

    * 2 x meriam Aden 30mm
    * 2 x AIM-9B Sidewinder AAMs
    * 2,000 lb (907 kg) bom (max)

Prestasi:

    :kelajuan maximum - 608 knots (1,126 kph)
    :kelajuan purata 'cruise'- 478 kts (885 kph)
    :kadar mendaki awal - 12,000 ka (3,658m)/minit
    :paras maksima - 52,000 ka (15,850 m)


Created: 12 September 1999
Updated: 27 October 2000

Hosted by www.Geocities.ws

1