Sabre TUDM

oleh
Prof. Madya Ahmad Faisal Alias
e-mail me: [email protected]


Pada keseluruhannya, sebanyak 18 buah Sabre RAAF telah diserahkan kepada TUDM selepas mereka diklasifikasikan sebagai lebihan dari keperluan RAAF (surplus) apabila RAAF mula menerima jet supersonik Dassault Mirage IIIC buatan Perancis. 12 buah yang pertama telah sampai ke Malaysia pada Oktober 1969 termasuk 2 buah buah yang digunakan sebagai alat bantuan latihan bagi krew bantuan dan penyelenggaraan. Jet-jet Sabre TUDM telah dioperasikan oleh Skuadron Ke 11 sehingga April 1976 apabila perkhidmatannya ditamatkan dan digantikan dengan jet pejuang supersonik F-5A dan F-5B Freedom Fighters buatan firma Northrop dari Amerika Syarikat (F-5A dan F-5B TUDM kemudiannya telah dijual kepada Tentera Udara DiRaja Thailand dan digantikan dengan pesawat F-5E dan F-5F Tiger II). Enam buah lagi Avon Sabres telah dihantar ke Malaysia pada November 1971.

Setelah ditamatkan perkhidmatan dengan TUDM, 5 buah jet Sabre telah dipindahkan ke angkatan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) pada Ogos 1976. Satu unit telah dikembalikan kepada pihak Australia dan dibaikpulih sehingga ke status penerbangan dengan pendaftaran awam yang berpangkalan di Point Cook, Victoria dan digunakan di pertunjukan-pertunjukan udara. Sebuah lagi telah di hantar ke Amerika Syarikat bagi tujuan yang sama pada tahun 1999 manakala selebihnya masih tersimpan atau dipamerkan di pintu masuk pangkalan-pangkalan TUDM atau di muzium-muzium, termasuk di Muzium TUDM di Sungei Besi, Kuala Lumpur (FM-1904) .

A94-943/990 Commonwealth CA-27 Sabre Mk 32

  • 1. 946 ke TUDM Nov 1971 sebagai FM1946. Tamat perkhidmatan 1976.
  • 2. 948 ke TUDM Nov 1971 sebagai FM1948. Tamat perkhidmatan 1976.
  • 3. 978 ke TUDM Nov 1971 sebagai FM1978, Tamat perkhidmatan 1976. Ke TNI-AU Julai 1976.
  • 4. 979 ke TUDM Nov 1971 sebagai FM1979. Tamat perkhidmatan 1976. Ke TNI-AU Julai 1976.
  • 5. 983 ke TUDM Nov 1971 sebagai FM1983. Tamat perkhidmatan 1976. Sekarang dengan pendaftaran awam sebagai VH-PCM berpangkalan di Point Cook, VIC.
  • 6. 987 ke TUDM Nov 1971 sebagai FM1987. Tamat perkhidmatan 1976. Ke TNI-AU Julai 1976.

    A94-351/371 Commonwealth CA-27 Sabre Mk 32

  • 7. 353 ke TUDM 1969 sebagai FM1993 dan FM1353. Ke TNI-AU Aug 1976.
  • 8. 354 ke TUDM 1969 sebagai FM1994 dan FM1354. Tamat perkhidmatan 1976.
  • 9. 356 ke TUDM 1969 sebagai FM1996, Tamat perkhidmatan 1976. Dalam simpanan untuk dibaikpulih.
  • 10. 357 ke TUDM 1969 sebagai FM1997 dan FM1357. Tamat perkhidmatan 1976.
  • 11. 359 ke TUDM 1969 sebagai FM1999 dan FM1359. Tamat perkhidmatan 1976.
  • 12. 362 ke TUDM 1969 sebagai FM1902 dan FM1362. Tamat perkhidmatan 1976. Sekarang di Muzium TUDM Sungei Besi, Kuala Lumpur.
  • 13. 363 ke TUDM 1969 sebagai FM1903 dan FM1363. Tamat perkhidmatan 1976. Sekarang dipamerkan di TUDM Butterworth.
  • 14. 364 ke TUDM 1969 sebagai (FM-1904) dan FM1364. Tamat perkhidmatan 1976. Sekarang di Muzium TUDM Sungei Besi, Kuala Lumpur.
  • 15. 365 ke TUDM 1969 sebagai FM1905 dan FM1365. Tamat perkhidmatan 1976. Sekarang dipamerkan di pintu masuk TUDM Butterworth.
  • 16. 367 ke TUDM 1969 sebagai FM1907 dan FM1367. Tamat perkhidmatan 1976. Sekarang di Muzium TUDM Sungei Besi, Kuala Lumpur.
  • 17. 369 ke TUDM 1969 sebagai FM1909 dan FM1369. Ke TNI-AU sebagai F-8619. Ke USA pada 1999. Dipunyai oleh Aero Trader, Ocotillo Wells.
  • 18. 371 ke TUDM 1969 sebagai FM1911 dan FM1371. Tamat perkhidmatan 1976.


    Created: 10 Mei 2002
    Updated: 11 Mei 2002

    Professor. Madya Ahmad Faisal Alias
    Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
    Kampus Seri Iskandar
    32600 Bandar Seri Iskandar
    Perak
    Kembali Ke Laman Utama
    Hosted by www.Geocities.ws

    1