PROF. MADYA AHMAD FAISAL BIN ALIAS
Universiti Teknologi MARA
Kampus Seri Iskandar
32600 Bandar Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
e-mail me: [email protected]


North American/Avon F-86 Sabre Mk.32: FM 1904

Pesawat jet pejuang F-86 Saber TUDM bernombor siri (tail number) FM-1904 dibina oleh Commonwealth Aircraft Company (CAC) di Fishermen's Bend, Victoria, Australia di antara tahun 1954-1957 di bawah lesen yang diberikan oleh North America Aircraft Company. Designasi rasminya adalah CAC/Avon F-86 Sabre Mk.32.

Nombor pembinaan (Construction No.) pesawat ini semasa di kilang adalah CA 26-103 dan nombor siri perkhidmatannya semasa di dalam Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) adalah A94-364. Apabila diserahkan kepada TUDM pada tahun 1969, nombor sirinya telah daftarkan sebagai FM 1904. Setelah ditamatkan pekhidmatan dari TUDM, pesawat ini telah berada di dalam simpanan sebelum diserahkan kepada pihak lain dan kini menghiasi muzeum di Malaysia.

Sabre_TUDM_FM1904

Apa yang menjadi tanda tanya adalah didapati sekurang-kurangnya dua buah dari pesawat ini yang dipamerkan di Malaysia memakai nombor siri FM-1904-- sebuah di perkarangan Muzeum Taiping dan sebuah lagi dipamerkan di Muzeum TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Malah, kedua-dua pesawat ini dicat dengan dua jenis skima warna samaran yang berbeza. Yang pasti kedua-dua pesawat ini perlu dibaikpulih dan dicat semula untuk mengekalkan warnanya dalam keadaan yang baik dengan warna samaran yang sebenar mereka pakai semasa berkhidmat dengan TUDM. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada kesemua pesawat yang dipamerkan kepada umum di muzium-muzium dan pintu-pintu masuk pangkalan TUDM--- Tebuan, Sabre, Twin Pioneer, Bulldog, Provost, Skyhawk dan lain-lain. Perkara ini sedikit-sebanyak menimbulkan kekeliruan di kalangan para peminat pesawat lama dan pernah berkhidmat cemerlang kepada negara.

Spesifikasi

Peranan : Pesawat pejuang-pengebom satu tempat duduk (Single seat fighter-bomber)

Enjin: 1 x Rolls Royce / CAC Avon RA7 Mk26 turbojet; 7,500 lb daya tolakan

Dimensi: lebar sayap - 37 ka 1 in (11.30 m)

Panjang: 37 ka 6 in (11.43 m)

Keluasan sayap: 288 ka per (26.76 m per)

Ketinggian: 14 ka 4 in (4.37 m)

Berat: kosong - 12,000 lb (5,443 kg)

Muatan biasa: 17,720 lb (8,038 kg)

Muatan maksimum: 21,210 lb (9,621 kg)

Persenjataan:

    * 2 x meriam Aden 30mm
    * 2 x AIM-9B Sidewinder AAMs
    * 2,000 lb (907 kg) bom (max)

Prestasi:

    :kelajuan maximum - 608 knots (1,126 kph)
    :kelajuan purata 'cruise'- 478 kts (885 kph)
    :kadar mendaki awal - 12,000 ka (3,658m)/minit
    :paras maksima - 52,000 ka (15,850 m)


Created: 12 September Mei 2000
Updated: 11 Mei 2002

Professor. Madya Ahmad Faisal Alias
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
32600 Bandar Seri Iskandar
Perak
Kembali Ke Laman Utama
Hosted by www.Geocities.ws

1