News Ta Yang Agricode - Pengiklanan jawatan Kosong Ta Yang Agricode Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan perniagaan yang berasaskan bioteknologi dalam bidang pertanian. Sehubungan dengan empayar syarikat yang bertambah luas, syarikat kami telah menubuhkan sebuah kilang di Senai, Johor untuk pembuatan dan perkilangan baja organik untuk hasil tanaman tempatan, terutamanya kelapa sawit. Di samping itu, syarikat kami juga akan menceburi bidang pemprosesan minyak kelapa sawit untuk menghasilkan bio-diesel dan glycerin. Sejajar dengan perkembangan syarikat, kami memerlukan tenaga kerja intelek dari golongan pelajar universiti tempatan. Kami yakin bahawa pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak dapat memenuhi ciri-ciri tersebut dan dapatlah sama-sama berkongsi pengalaman dan mengembangkan kerjaya dengan syarikat kami. Pelajar UNIMAS terpilih ke misi kemanusiaan Gaza MUHAMMAD MUS’AB - PELAJAR UNIMAS TERPILIH KE MISI KEMANUSIAAN GAZA Seorang pelajar UNIMAS, Muhammad Mus’ab Muzahar daripada Fakulti Sains Sosial telah terpilih oleh sebuah organisasi badan bukan kerajaan (NGO) berprofil sukarela iaitu Aqsa Syarif Berhad (729288-P) yang memperjuangkan isu Palestin ke Misi Kemanusiaan Gaza. Organisasi ini berganding bahu bersama badan sukarela lain dalam menyumbang tenaga, fikiran dan kepakaran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Muhammad Mus’ab Muzahar menyertai misi Ramadhan di Gaza atas penglibatan secara ikhlas dan sukarela. Beliau akan membantu rakan-rakan universiti di Palestin atas platform pendidikan. UNIMAS berbangga kerana beliau merupakan satu-satunya mahasiswa di antara 12 aktivis yang telah terpilih ke misi ini. Konvoi AQSA-To-GAZA2 (A2G2) akan bermula pada 20 hingga 28 Ogos 2011. Sama-sama kita doakan agar misi kemanusiaan ini berjaya dan semua yang terlibat pergi dan kembali dengan selamat. UNIMAS Melakar Nama dalam Malaysia Book of Records Sempena Majlis Konvokesyen ke-11 pada 22-23 Oktober 2011 baru-baru ini, UNIMAS telah mencipta sejarah baru dengan melakar nama dalam Malaysia Book of Records melalui aktiviti 88@PANTUN.UNIMAS.MY dengan “Berpantun Tanpa Henti Paling Lama selama 88 jam”. Program ini berlangsung selama 4 hari di mana seramai 170 orang mahasiswa/i UNIMAS bergilir-gilir berpantun tanpa henti. Ia telah menarik minat beberapa tetamu jemputan UNIMAS seperti Faizal Ismail (Penyampai Hot FM), Imam Muda Hassan dan Bunkface selain turut menyaksikan kehadiran Pengurusan Tertinggi UNIMAS seperti YBhg Datuk Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar dan Dekan-Dekan yang menyokong dengan bersama-sama berpantun bersama peserta. Inisiatif Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) UNIMAS ini bertujuan untuk mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan selain ingin menghidupkan kembali budaya berpantun dalam kalangan mahasiswa/i UNIMAS. Angka 88 mempunyai makna tersendiri selaras dengan penubuhan UNIMAS sebagai IPTA kelapan dan penglibatan pemantun dari lapan buah kolej kediaman yang terdapat di UNIMAS. Pihak penganjur menyediakan lebih kurang 10,000 pantun untuk dibaca sepanjang tempoh tersebut.
JOBS We are looking for talented individuals to teach in the fields of • Animation • Theater • Electronics Art • Cinematography • Art Management (Marketing) • Music (Vocal/Viola/Cello) Refer this link and send your CV to jobs_unimas@hrm.unimas.my
Tayangan dan Apresiasi Filem Tempatan 2012
Program Bicara Seni bersama Awang Damit Ahmad
Exhibition of Creativity, Innovation, Technology, and Research in the Arts (E-CITRA) 2012
Minggu Seni Budaya & Warisan (MSBW) 2012