Cara BARU dalam Multi Level Marketing
Tanpa Menjual - Barangan Harian - Hanya Beli Untuk Kegunaan Sendiri
Pakej Bonus Yang Mudah Dan Menarik
MLM yang ideal dan terbaik pastinya mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Rangkaian produk yang sangat luas - MLM yang menawarkan produk yang terlalu sikit akan menyebabkan ahlinya tersepit kepada membuat pilihan yang terhad. Selera manusia adalah kompleks, justeru itu MLM yang mempunyai rangkaian produk yang luas akan mampu menarik ahli dari pelbagai lapisan masyarakat.
2. Harga produk yang berpatutan - MLM terlalu sinonim dengan produk harga yang tinggi atas alasan kualiti produk yg tinggi dan keperluan membayar bonus kepada para ahli. Kepada mereka yang tidak mendapat bonus yang besar mereka akan cepat beralih kembali kepada produk di pasaraya yang jauh lebih murah. MLM yang ideal perlu menawarkan produk yang berkualiti tetapi pada harga yang setanding dengan di luar supaya ahli akan terus menjadi pengguna setia produknya.
3. Tiada kesukaran untuk memenuhi tuntutan jualan bulanan (maintainance) - MLM yang ideal akan menawarkan rangkaian produk yg menjadi keperluan pada harga patut dan syarat kelayakan bonus yang rendah supaya ahli tidak merasa tertekan membeli produk semata-mata untuk layak bonus. Tetapi AWAS kepada MLM yang menawarkan pelan "tanpa belian ulangan" atau "tiada maintainance" kerana MLM seperti ini lebih menjurus kepada skim piramid kerana pergerakan produk hanya belaku apabila ada penyertaan baru.
4. Mempunyai program insentif kepada pembeli - program kesetiaan pelanggan (spt BonusLink, RealRewards, Esso Exchange dsb) terbukti mampu mengekalkan pelanggan dan menggalakkan mereka terus membeli dan membeli. Tanpa program seperti ini ahli yang tidak mendapat bonus tidak mempunyai motif untuk terus berbelanja di syarikat MLMnya.
5. Pasaran Global - syarikat MLM yang mempunyai skop pasaran global tentunya memberikan potensi pengembangan lebih luas. Ahli tidak terhad kepada menaja di dalam negara sahaja.
6. Pelan Bonus tanpa "breakaway" - pelan bonus yang mempunyai pendekatan "level breakaway" atau "volume breakaway" memaksa ahli untuk terus menaja dan menaja selamanya. Syarikat MLM yg menawarkan pelan bonus tanpa "breakaway" memastikan seseorang itu terus menikmati pulangan dari hasil usahanya selagi rangkaian perniagaannya terus berkembang.
7. Syarikat yang kukuh - terlalu banyak syarikat MLM yang tumbuh dan tenggelam setiap tahun. Kekukuhan syarikat menjadi faktor penting bagi memastikan ia akan terus kekal dan bukannya gulung tikar selepas ahli penat membina perniagaannya.