Kenapa eCosway Berbeza?
Sesebuah syarikat MLM biasanya cuba mewujudkan sebuah budaya pembelian baru kepada pengguna melalui rangkaian produknya yang terhad. Dan kita tahu produk-produk MLM secara umumnya dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding produk yang setanding di pasaraya. Dengan menyertai syarikat-syarikat ini, pada peringkat awal kita cuma ditawarkan faedah membeli pada harga ahli, itu sahaja!
Bagaimana jika ada sebuah perniagaan yang rangkaian produk dan perkhidmatannya tiada had dan produk-produk ini pula ditawarkan pada harga yang lebih kompetatif berbanding di pasaraya atau kedai runcit. Dan setiap ringgit yang dibelanjakan di mana sahaja anda bakal diberikan ganjaran-ganjaran hadiah. Tentu hebat, bukan?
Inilah yang eCosway tawarkan kepada anda. eCosway tidak cuba membentuk budaya belian baru sebaliknya ia menggunakan "kuasa beli sedia ada" pengguna sebagai teras perniagaannya. Kini membayar bil-bil, mengisi petrol, berbelanja di pasaraya-pasaraya, makan di restoran makanan segera, malah membeli produk dari syarikat MLM lain pun bakal menghasilkan ganjaran dan bonus yang hebat buat anda. Anda boleh berbelanja apa jua, di mana sahaja di seluruh dunia!
Ini semua ditawarkan di samping teras perniagaan sedia ada yang tersedia melalui stokis-stokis Cosway dan pasaraya dalam talian eCosway.
Apakah Yang Perniagaan eCosway Tawarkan?
1. Terbaik di bidang Francais
Kita semua tahu perniagaan francais merupakan model perniagaan yang sangat berjaya tetapi memerlukan kos permulaan yang tinggi. Di eCosway anda tidak perlu mengeluarkan ratusan ribu ringgit untuk memiliki sebuah perniagaan francais yang berjaya. Tetapi anda berpeluang menikmati bonus dan hadiah-hadiah hebat bilamana anda dan kenalan anda:
makan di McDonald, PizzaHut, Kenney Rogers Roaster, Marrybrown, Delifrance dan pelbagai rangkaian restoran, atau...
berbelanja di Parkson, Kamdar, Anakku, Bonia, Watson dan gedung-gedung membeli-belah lain, atau...
mengisi petrol, tempah cermin mata, periksa kesihatan...
dan hampir apa sahaja yang perniagaan francais tawarkan anda akan dapat nikmati pulangannya di eCosway seolah-oleh anda memiliki francais tersebut.
2. Terbaik di bidang e-Dagang
eCosway merupakan sebuah syarikat berstatus MSC, dengannya anda diberikan prasarana terbaik untuk berjaya di bidang eDagang dengan ribuan produk yang popular dan berjenama sedia untuk pasaran global. Tiada urusan pembayaran atau penghantaran perlu anda fikirkan kerana semuanya diuruskan oleh syarikat. Tugas anda hanya mempromosikan gedung maya anda kepada dunia.
Tanpa kos yang tinggi, tanpa masalah, tiada risiko.
3. Terbaik di bidang Pemasaran Berangkai (Network Marketing)
Struktur keuntungan, bonus dan insentifnya yang tiada had peringkat atau volume membolehkan anda menikmati pulangan tanpa had dari perniagaan ini. Kenapa perlu berpuas hati dengan model yang menghadkan perniagaan anda kepada dua atau tiga cawangan, atau menghadkan bayaran hingga tahap 5, 7, 9 atau 15, atau menghadkan bonus harian anda? Perniagaan ini perniagaan anda dan anda berhak ke atas keseluruhan pulangan ke atasnya, bukan begitu?
4. Terbaik di bidang Peruncitan
Program Kesetiaan Pelanggan telah terbukti mampu mengekalkan para pembeli untuk terus datang dan datang lagi untuk membeli. Mahukah anda menerima hadiah-hadiah hebat atas setiap perbelanjaan anda? eCosway menyediakan Program Kesetiaan Pelanggan yang terbesar dan antara paling berjaya di dunia. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan hadiah-hadiah dengan percuma, tetapi anda juga berpeluang memenangi ratusan lagi hadiah ekslusif yang dilelong pada harga hanya RM3.80 (spt Jam Rolex berharga RM13,000, Laptop, Telefon Bimbit, dll)