|
Promosi Halaman Web Sekolah
Pihak sekolah akan
melancarkan Halaman Web E-Pengurusan Sekolah kepada ibubapa, pelajar
dan warga SMKSJ2 tidak berapa lama lagi. Pihak sekolah memerlukan
maklumbalas dari pengguna halaman web ini bagi meningkatkan lagi
keberkesanan maklumat dan perkongsian antara semua pihak yang
terlibat dengan SMKSJ2. Sebagai tapak percubaan, webmaster akan
menggunakan tapak percuma seperti alamat web yang ada ini sebagai
percubaan.
Hubungi Pengurusan Sekolah Melalui E-Mail
Pihak pengurusan telah mendaftarkan
alamat email baru bagi memudahkan pihak ibubapa untuk berhubung
dengan sekolah melalui maya. Alamat sementara adalah seperti berikut
[email protected].
Sekiranya terdapat sebarang urusan dan pertanyaan mengenai sekolah,
sila gunakan email ini untuk berinteraksi.
Ruangan Forum Perbincangan
Bagi meningkatkan lagi komunikasi
maya bersama semua pihak, pihak sekolah akan mengadakan forum maya
di halaman web ini tidak berapa lama lagi. Dalam ruangan ini, pihak
pengguna boleh membincangkan isu-isu yang dibangkitkan untuk
kebaikan semua pihak. Tunggu......
Jadual Bertugas Guru
Bagi memudahkan pelajar merujuk guru
bertugas mengikut minggu, disertakan
Jadual Bertugas Mingguan Guru.
Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah
Panitia Pendidikan Islam akan
mengadakan Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah pada 21.3.08.
Sambutan ini akan bermula selepas rehat.
Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-4
Mesyuarat ini akan diadakan pada
22.3.08. Semua AJK PIBG dijemput hadir.
|