.::What's inside Mari kita berfikir sejenak...

KEMASKINI September 1, 2005

 
 

Home | Tips Raya | Email | Kolej Komuniti Teluk Intan | School WebNet | PNM | PSSTNM

 
 

::LOKASI LATA KUALA DAI

::LAGI FOTO PENGUNJUNG MENYERTAI KEMPEN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

::KAMERA TELEFON BIMBIT: PERKARA YANG PERLU DIAMBIL BERAT

IKLAN MOTOR DIJUAL

Klik pada gambar untuk muat turun.

 

BEST SELECTION:

Tulisan Dr. Othman el-Muhammady: Ajaran & pemikiran sesat dalam kontek Islam KLIK SINI TEKS PENUH

Sumbangan Tasawuf dalam perkembangan Islam di nusantara KLIK SINI TEKS PENUH

Darihal 'mertabat tujuh' dan kaitan dengan wujudiah dalam bidang kerohanian tasawuf.  Perbezaan wujudiah Ibnu Arabi dan kontek khulul satu cabang yang menyesatkan KLIK SINI TEKS PENUH


My personal:

Sekolah dan madrasah naungan parti politik: Tempat menimba ilmu agama atau mengajar 'agama politik' merosakan fikiran anak bangsa orang Melayu KLIK SINI TEKS PENUH

 

Jaringan bersama:

Pertubuhan Seni Silat Telapak Natar Malaysia

Pertubuhan Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia: permasalahan dan kemunduran organisasi perlu pendekatan baru

Pernah lihat permainan tradisional? Kini menjadi trademark sebuah kampung di pinggir Bandar Kuala Kangsar KLIK SINI

Koleksi artikel-artikel Dr. Syeikh Othman el-Muhamady

ARTIKEL PILIHAN::.

Tulisan Astora Jabat mengenai 'aurat' dalam Islam: Kenapa perlu marah kepadanya?

Perkembangan dan kemunduran ilmu kerohanian: Sumbangan Tasawuf di Nusantara

Perjuangan sebenar ialah membebaskan diri dari 'belengu' kejahilan

 

Laman ini dibangun untuk skrin bersaiz 800x600 dpi dengan penggunaan Internet Explorer versi 5.0 ke atas sahaja.

Lata Kuala Dai

 

OGOS 13 2005: Pernah dengar Lata Kuala Dai?  Tentu populariti Ulu Kenas, Batu Hampar dan Sungai Kangsar adalah tiga tempat menjadi pilihan untuk berkelah dan beristirehat bersama keluarga dan rakan-taulan dihujung minggu.  Lata Kuala Dai hanya kurang dari 10 minit dari TOL Kuala Kangsar, namun kebanyakan pengunjung luar sudah tentu ia agak 'asing' dan suatu tempat yang dianggap terpencil.  Penduduk tempatan dan kampung sekitarnya seperti Padang Asam, Padang Rengas, Kampung Talang dan kampung terdekat lain ia tidaklah 'asing' dan terpencil.  Terpencil hanya kepada pengunjung luar.

 

 

 

Lata Kuala Dai dengan sebutan daerah 'Lat'e Kuale Dai' ialah sebuah sungai yang airnya berpunca dari sungai di hulu Hutan Simpan Bubu Kuala Kangsar.  Di situ pengunjung boleh melihat kesan peninggalan blok-blok konkrit dan bangunan pondok kecil yang merupakan sebuah kubu dan pusat kawalan di zaman Inggeris dan Jepun.  Disitu juga pada zaman sejarah pemerintahan Jepun adalah tempat untuk menempatkan banduan dengan jumlah yang kecil.

 

Perjalanan dari TOL KUALA KANGSAR hanya kurang dari 10 minit ke arah utara.  Jalan masuk ke lata tersebut ialah di sebelah kiri selepas jambatan kecil Sungai Kuala Dai.  Perjalanan dari jalan utama (jalanraya) ke kawasan lata tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan berkenderaan.  Pengunjung bakal melalui kawasan perkampungan tradisional kecil dengan jumlah penduduk kurang dari 200 orang sambil menikmati pandangan ladang dan kebun getah.

 

 

Lata Kuala Dai tentulah tidak setanding dengan Sungai Ulu Kenas di Jalan Kenas - Manong dan Batu Hampar tetapi kejernihan dan kesegaran persekitaran tidak kurang hebatnya.  Kedudukan yang agak jauh menyusuri jalan kampung dan kebun getah kemungkinan besar adalah faktor utama ia tidak mendapat sambutan pengunjung luar selain jalan kampung (tar) yang sempit.  Selain dari itu kawasan persekitarannya juga adalah hutan yang berkemungkinan pengunjung khuatir tentang keselamatan terhadap risiko gangguan binatang buas.

 

Tanda jalan masuk dan papan tanda Lata Kuala Dai juga tidak kelihatan di persimpangan jalan utama.  Tidak ada promosi.  JKKK sepatutnya mengambil peluang untuk menaikan nama perkampungan mereka yang boleh menarik pengunjung bertandang.  Usaha itu tidak diambil sebagai salah satu untuk menaikan nama kampung mereka selain dapat menyedia ruang perniagaan kecil-kecilan terhadap penduduk setempat jika sambutan dari pengunjung luar berkembang dan tersebar dengan luas seperti yang kita boleh lihat kedudukan Lata Sungai Kenas.

 

Kesedaran Sivik terhadap pemeliharaan alam sekitar

 

Pada pandangan peribadi, pengunjung yang berkelah dan mandi manda di Lata Kuala Dai itu patut memelihara persekitarannya.  Mereka perlu mengambil usaha dan inisiatif sendiri untuk mengumpul, mengurus bahan cerna yang disebabkan oleh penggunaan bahan pakai buang dan sampah sarap seperti beg plastik, botol minuman, plastik pembalut makanan segera dan sebagainya.    Di situ tidak ada bekas sampah dan bukanlah di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang dapat menyedia perkhidmatan pengutipan sampah berjadual.

 

Kita perlu menghargai dan menyanjung tinggi pemeliharaan alam sekitar.  Kesedaran dan kejujuran di dalam diri perlu disemai dengan melihat sebab akibat jika kita tidak perihatin dan sensitif terhadap pemuliharaan dan penjagaan hutan yang mengalirkan air yang kaya dengan bahan natural dan galian semulajadi.  Mari kita lihat bagaimana kedudukan Sungai Kuala Kangsar yang mengalir diantara Kampung Talang hingga ke muara sungai Perak di bandar itu?  Lebih dari 30 tahun sungai itu dicemari dengan bahan toksid yang dialirkan oleh kilang yang memproses getah.

 

Apabila kilang itu dipindah ke kawasan lain, Sungai Kuala Kangsar yang melalui beberapa Kampung Talang membuahkan hasil yang sungguh menakjubkan.  Panorama sungai yang suram dan agak kehitaman disebabkan bahan-bahan cemaran dari kilang tersebut yang terdiri dari getah sekerap (scrup rubber) dan air kumbahan cucian getah.  Apabila kilang itu diarah tutup dan dipindah ke kawasan industri lain, air kelihatan begitu jernih dan dapat dilihat bagaimana pasir sungai jelas kelihatan.

 

Perkara seperti itu tidak pernah berlaku.

JKKK kampung sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kilang dan jika terdapat penyalahgunaan kuasa terhadap kakitangan MBKK (dahulunya MPKK) hingga mengakibatkan pencemaran bau dan sungai perlu disiasat.  Kesedaran terhadap undang-undang dan perundangan, kegagalan memahami sistem sivil membuatkan JKKK kampung-kampung berkenaan tidak dapat menggerak sebarang tindakan dan aduan yang lebih pro-aktif. 

 

Kini sungai di kampung itu, setengah dari spesis ikan dan udang sudah tidak kelihatan.  Jika kita berjalan mudir dari hulu sungai ke muara, kita akan dapati sangat sedikit terdapatnya rumpai-rumpai air dikiri dan kanan tebing sungai itu.  Spesis ikan terdiri dari beberapa jenis ikan air tawar mengalami kepupusan disebabkan bertahun-tahun sungai itu menjadi saluran pembuangan bahan cerca.  Kilang itu juga setiap kali mencuci kilangnya turut mengalirkan air kumbangan itu ke sungai.  Perkara itu berlaku bertahun malah kini saya sudah berusia 32 tahun dan itu berlaku untuk lebih dari 20 tahun.

 

Diharap sungai itu akan pulih dengan faktor alam semulajadi.  Ikan dan spesis udang juga diharap akan kembali menceriakan sungai Kampung Talang kerana sudah tidak ada lagi bahan cernaan yang mengalir.  Namun, proses itu akan mengambil waktu untuk lebih dari 10 tahun atau lebih.  Diharap faktor geografi dan persekitaran semulajadi akan mengembalikan semula kejernihan dan keadaan sungai kita.

 

Pengalaman kita itu dapat menjadikan pengetahuan tidak langsung betapa penting memelihara alam sekitar.  Pengunjung yang berkunjung ke lata itu tidak seharus dan sewenang membuang sampah sesuka hati dan itu sesuatu yang amat mendukacitakan.  Kesedaran di dalam diri adalah perlu.  Kita perlu fahami di situ tidak ada kemudahan asas seperti bekas sampah dan sebagainya, maka diri kitalah perlu lebih bertanggungjawab dan bukanlah satu pekerjaan hina untuk kita memelihara alam sekitar.

 

Tidak membeban dan menjadi satu pandangan yang buruk jika setiap sampah dan bahan-bahan luar yang kita bawa, selepas digunakan kemudian dibawa pulang.  Itu bukan satu pekerjaan yang dianggap bodoh atau cela.  Malah kesedaran sivikal itu satu kebanggaan dan akan dapat menyedarkan orang lain bahawa kita perlu pelihara persekitaran tambahan tempat itu adalah pinggiran hutan simpan milik semua (masyarakat).

 

JKKK setempat perlu menyedia dan mencari jalan yang lebih aktif. 

Apakah kaedah untuk memastikan tempat perkelahan lata itu dipelihara dengan baik dari pembuangan bahan plastik dan sampah.  Bagaimana menyedia kemudahan dan membangun sedikit kemudahan lain yang lebih baik seperti menambahkan meja kayu dan kerusi di beberapa kawasan yang strategik.  Kemudahan bangku dan meja kayu sedia ada sudah melewati usia dan reput yang perlu diperbaiki.

 

Semua pertanyaan lanjut hubungi di:

[email protected]

 

1

Hosted by www.Geocities.ws