.::News update  

 
 

Home | Tips Raya | Email | Kolej Komuniti Teluk Intan | School WebNet | PNM | PSSTNM

 
 

::KAMERA TELEFON BIMBIT: PERKARA YANG PERLU DIAMBIL BERAT

 

ARTIKEL PILIHAN::.

Tulisan Astora Jabat mengenai 'aurat' dalam Islam: Kenapa perlu marah kepadanya?

Perkembangan dan kemunduran ilmu kerohanian: Sumbangan Tasawuf di Nusantara

Perjuangan sebenar ialah membebaskan diri dari 'belengu' kejahilan

 

Laman ini dibangun untuk skrin bersaiz 800x600 dpi dengan penggunaan Internet Explorer versi 5.0 ke atas sahaja.

Kamera telefon bimbit: Perkara yang perlu diambil berat

 

Tentu ramai dikalangan pengguna telefon bimbit berminat dengan telefon yang disertai dengan 'kamera'.  Digital mobile phone di pasaran sudah menjadi opsyen untuk pengguna mengambil dan merakam gambar foto selain kamera digital.  Penggunaan kamera digital kini terpaksa bersaing dengan syarikat pengeluar telefon bimbit yang menyediakan peralatan kamera digital bina dalam.  Jenama Nokia, Sony dan Motorola dan perbagai nama telefon bimbit masing-masing bersaing dengan menyedia peralatan bina dalam dari masa ke semasa lebih terkini.  Perlumbaan dunia nano (nano space) dalam teknologi masa kini tidak dapat diketepikan lagi.  Bermulanya teknologi komputer kerangka utama (frame frame) dengan setiap satu memiliki beribu-ribu kapasitor dan dalam setiap jam mengalami kerosakan, segalanya sudah berubah dengan pembangunan teknologi makro dan nano.

 

Penggunaan kamera digital bina dalam pada sebuah telefon selular tidak akan menyamai dengan kamera digital.  Walau sebuah kamera telefon selular atau telefon bimbit menyediakan kapasiti pixel menyaingi kamera digital - 1.2 megapixels hingga 5.0 megapixels tetapi kualiti pengimejan digital masih tidak dapt memberi kepuasan maksimum kepada penggemar atau pengguna fotografi.  Sudah pasti komponen dalaman dan teknologi pada sebuah kamera digital tidak akan dapat dimuatkan ke dalam sebuah telefon selular berkamera.  Itu sesuatu yang mustahil untuk masa kini (tidak masa akan datang).

 

Sebuah kamera digital bersamaan 1.2 megapixels warna sudah memadai.

Sejumlah dan sebesar itu sudah dapat merakam foto dan imej dengan warna dan ketajaman yang menarik selain.  Kita kena memahami bahawa teknologi yang terdapat pada sebuah kamera digital sememangnya menyokong keperluan fotografi sedangkan kamera bina dalam yang terdapat pada mana-mana telefon selular dibangun bersaiz kompak/ kecil bagi memudahkan penggunaan jika ingin merakam suasana yang menarik, atau merekod foto keadaan perlu berbeza dengan kamera digital biasa.

 

TEKNIKAL

 

Foto dibawah dirakam dengan menggunakan sebuah telefon selular Nokia, ukuran saiz foto 640x480 dpi dengan penggunaan warna maksimum 16 bits.  Kita akan lihat terdapat banyak kecacatan yang berlaku.  Kecacatan tersebut bukanlah kepada penggunaan dan serapan tone dan light pada sebuah imej tetapi bagaimana kesilapan pengguna sewaktu menekan butang yang terdapat pada telefon mereka.

 

Kedua-dua foto di atas dirakam dengan penggunaan kamera bina dalam NOKIA dengan saiz 640x480, bersamaan 16 bits colour.

 

Perhatikan foto di atas ini, imej disebelah kanan kelihatan kabur.  Kesilapan itu berlaku bukan kerana tahap kemampuan kamera tersebut tetapi ialah berlakunya gegaran sewaktu menekan butang kamera.  Kemudian imej yang dirakam akan kelihat kekaburan.  Kesilapan ini boleh juga berlaku kepada sebuah kamera digital kompak, di mana pengguna menetapkan setting separa manual atau manual.  Apabila terdapat gegaran kecil sewaktu menekan butang kamera, imej yang terhasil turut terganggu dan kelihatan kekaburan.

 

Manakala foto di sebelah kiri pula, ia adalah hasil sebenar sebuah kamera selular Nokia itu dengan kemampuan serapan warna 16 bits.  Kontras yang terhasil agak kuat disebabkan oleh pantulan langsung kepada satu sumber cahaya yang sangat kuat namun, perkara itu adalah lumrah kepada sebuah kamera kompak digital dengan kemampuan 16 bits warna adalah suatu yang common. 

 

Pengguna kamera selular dengan perbagai nama perlu berhati-hati sewaktu mengendali kamera mereka.  Sebarang gerakan sewaktu merakam imej akan mengakibatkan kecacatan foto.  Bagi mengelak kecacatan itu, adalah perlu seseorang yang sudah biasa menggunakan kamera selular itu kerana ia berbeza dari segi saiz, berat dan sensitiviti butang yang terdapat pada papan kekunci telefon selular berkenaan.

 

KEMAMPUAN SEBENAR

Foto di sebelah kiri ialah keadaan sebenar kemampuan sebuah kamera NOKIA dengan resolusi 640x480 dan 16 bits colour.  Manakala foto kanan pula selepas ia disunting dengan mengambil kira kedudukan contrast, light tone dan warna.  Over expossure terhadap contrast adalah perkara biasa yang turut berlaku kepada kamera digital kompak dengan kemampuan warna kurang dari 16 bits colour.

 

Bagi memperolehi hasil gambar yang dirakam dengan penggunaan Nokia itu tadi, pengguna perlu mengambil kira skil dan pengalaman individu yang ingin merakam detik penting anda.  Jika tidak hasil yang dirakam adalah diluar dari kemampuan telefon selular itu dengan kamera digital bina dalam.  Ulasan ini tertumpu kepada pengalam sewaktu merekod gambar foto dengan menggunakan sebuah kamera digital bina dalam telefon bimbit seorang teman.

 

Semua butiran lanjut mengenai penggunaan opsyen manual sewaktu mengendali sebuah kamera digital kompak boleh menulis/kiriman email ke [email protected] untuk berkongsi pengalaman.

 

 

 

Laman utama | Home | LOKASI LATA KUALA DAI

 

 

 

Copyright reserved � 2005 Anazil bin Nordin

 
Hosted by www.Geocities.ws

1