.::What's inside Mari kita berfikir sejenak...

 
 

Home | Tips Raya | Email | Kolej Komuniti Teluk Intan | School WebNet | PNM | PSSTNM

 
 

LOKASI LATA KUALA DAI

LAGI FOTO PENGUNJUNG MENYERTAI KEMPEN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

 

Jaringan bersama:

Pertubuhan Seni Silat Telapak Natar Malaysia

Pertubuhan Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia: permasalahan dan kemunduran organisasi perlu pendekatan baru

Pernah lihat permainan tradisional? Kini menjadi trademark sebuah kampung di pinggir Bandar Kuala Kangsar KLIK SINI

 

Laman ini dibangun untuk skrin bersaiz 800x600 dpi dengan penggunaan Internet Explorer versi 5.0 ke atas sahaja.

KESEDARAN SIVIK: KEMPEN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

 

Ogos 13, 2005

Pada Sabtu 13 Ogos, sekumpulan remaja dari Kampung Talang Hilir telah menganjurkan aktiviti pembersihan dengan memupuk kesedaran sivik terhadap pengunjung untuk memelihara 'alam sekitar'.  Aktiviti hujung minggu itu diterajui oleh sebuah pertubuhan kumpulan belia bukan kerajaan.  Aktiviti disertai lebih dari 20 orang dengan diterajui oleh saudara Mohd. Hanafi bin Abdullah sebagai ketua kumpulan.

 

Kumpulan itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil terdiri dari 4 hingga 6 orang dengan masing-masing mengumpul sampah yang ditinggal tanpa diurus dengan sempurna.  Botol dan plastik pembungkusan dimasuk ke dalam beg sampah yang akan dibawa keluar untuk dibuang.  Bermula dari jam 12 tengahari dan aktiviti itu berlarutan hingga jam 3.00 petang.

 

Kelihatan mereka bermain gelungsur dan (kanan) Ahli jawatankuasa yang menjayakan aktiviti tersebut siapa nak berkenalan dari kiri barisan pertama (baring), An, Sewong, (tengah) Op, ???. Ejon,?? dan belakang sekali (kiri) Shahrin, Ariep dan Pie.  (KLIK pada gambar untuk berkenalan)

 

Mereka juga mengadakan BBQ dan perkelahan.  Kedaran sivik memelihara alam sekitar adalah perlu.  Setiap kalangan individu, kumpulan pengunjung tempatan atau luar perlu berfikir terhadap kepentingan dan sumbangan alam sekitar terhadap kehidupan kita.  Kita tidak akan dapat berbuat apa-apa jika pencerobohan, kerosakan alam sekitar akibat aktiviti pembalakan, perubahan geologi dari bahan buangan sudah mencemari sistem saliran kita. 

 

Apalah lagi aktiviti pembalakan tanpa kawalan seperti yang kita lihat di kawasan perkelahan Batu Hampar, Padang Rengas.  Kawasan itu dahulunya sangat menarik serta mendapat perhatian pengunjung luar dan tempatan, kini ia sudah seperti 'mati'.  Semak-samun bermaharajalela dan pada cuti minggu hanyalah dikunjungi pengunjung kampung berhampiran kurang dari 10 orang terdiri dari anak-anak muda.

 

Batu Hampar, Padang Rengas: Kemusnahan susur tebing akibat penebusan tanah.  Apakah tuan tanah dan JKKK kampung persekitaran tidak perihatin terhadap sumber air mereka selain faktor merosakan alam semulajadi.  Tidak seharusnya perkara itu turut berlaku di tempat kita khususnya Lata Kuala Dai di Hutan Simpan Bubu.

Batu Hampar, Padang Rengas: Kawasan takungan berbentuk kolam, dahulunya adalah tempat yang sangat popular dan apabila akviti penebusan tanah dan pembalakan dilakukan akhirnya mencacatkan pandangan selain kehilangan pengunjung.

 

Apakah kita mau Lata Kuala Dai yang terdekat dengan perkampungan ini turut mengalami pencemaran dan perubahan seperti itu - perubahan yang merosakan sumber alam dan persekitaran hutannya?  Jika tidak ada aktiviti pembalakan dikawasan Hutan Simpan Bubu itu maka ia terdedah dengan bahan-bahan buangan yang terdiri dari bekas botol dan plastik minuman dan makanan.  Kawasan dan pandangan yang indah akan tercemar.  Kebersihan persekitaran turut mengalami kecacatan.

 

Segala plastik dan sampah asing yang ditinggalkan akan mengambil waktu berpuluh-puluh tahun untuk dicernakan.  Bahan tersebut tidak dapat diproses oleh alam semulajadi untuk dicernakan kerana ia terdiri dari bahan kimia dan gabungan plastik yang diperbuat dari unsur campuran petroleum.  Proses pencernaan oleh sistem bakteri dari alam sekitar akan mengambil waktu terlalu lama dan berkemungkinan tidak dapat sama sekali.

 

Bahan-bahan itu terkumpul dalam saliran sungai kemudian akan terpendam pada tempat lain.  Bahan itu tadi lama kelamaan akan mencacatkan persekitaran seperti mana yang kita boleh lihat di Sungai Klang dengan sampah sarap berselerakan.  Keindahan alam sekitar untuk dinimati kerana ia adalah anugerah tuhan kepada manusia selain memberi bekalan sumber air dan bahan-bahan organik yang diperlukan oleh persekitaran (seperti kehidupan sungai, rumpai-rumpai, siput dan lain-lain).

 

Manusia perlukan kepada 'unsur alam', ia sebahagian dari 'keindahan' yang dinikmati oleh pancaindera.  Mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan tubuh badan lain untuk merasai persekitaran yang natural tanpa sebarang pencemaran bunyi, udara dan bahan kimia lain.  Unsur alam juga adalah tempat riadah yang paling terbaik.  Lain perkataan tempat riadah dan beriadah ditempat perkelahan yang kaya dengan alam semulajadi adalah proses yang baik untuk meditasi (merehatkan minda).

 

Proses kejadian manusia adalah sejumlah besar bahagiannya dari sumber alam. Unsur tanah, air, udara dan api adalah bahan kimia dan genetik yang ada pada manusia.  Manusia perlu memerhati dan menikmati unsur semulajadi itu yang sebahagiannya adalah dalam diri mereka sendiri.   Confiusme sangat dekat dengan alam.  Tidak hairan bagaimana ajaran Buddha sangat menitik berat terhadap tumbuhan dan haiwan di persekitaran mereka hinggakan seorang sami tidak boleh merosak, memetik daun tumbuhan tanpa tujuan tertentu.

 

Kehidupan satu perubahan, ia terus berlaku.  Pembangunan dan kemudahan untuk rakyat dan manusia akan terus bertambah.  Namun, tempat perkelahan Lata Kuala Dai adalah satu-satunya tempat yang kaya dengan alam dan sumber semulajadi dengan perkampungan dan tempat tinggal kita adalah wajar kita pelihara dengan baik.  Jika pencemaran berlaku terhadap sumber air yang kaya dengan bahan-bahan galian dan bakteria-bakteria tertentu, kehidupan kita akan terganggu.  Sekaligus mengganggu kesihatan manusia.

 

Alam semulajadi juga adalah tempat merehat minda.

Pada keadaan seperti itu manusia yang letih bekerja, mengalami tekanan persekitaran bandar, terdedah kepada bahan kimia dalam udara dengan bahan-bahan buangan kenderaan dan ekzos, apabila kembali tempat alam semulajadi - sistem tubuh badan dapat membaik pulih sistem dalaman mereka melalui ketenangan minda.  Minda yang baik dan sihat dapat menjana sistem tubuh badan berinteraksi serta membaik pulih setiap komponen dan organ untuk lebih baik dan sihat.

 

Hargai alam sekitar.

 

 

   

 

Semua pertanyaan lanjut hubungi di:

[email protected]

 

LOKASI LATA KUALA DAI | LAGI FOTO PENGUNJUNG MENYERTAI KEMPEN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

 

 

Copyright reserved � 2005 Anazil bin Nordin

 
Op Ariep di +60125401395 An di +60124005286 Pie di +60125401329
Hosted by www.Geocities.ws

1