D' Qaseh Houz Menyajikan Homemade Coklat, Mousse Cake, Cheese Cake n Tart Sebagai Menu Utama Kami.


Salam pengenalan dan
Terima kasih kerana sudi melawat blog D' Qaseh Houz.
D' Qaseh diterajui oleh seorang wanita yang bekerja dan mempunyai seorang anak bernama Nur Qaseh sebagai inspirasi terhasilnya blog D'Qaseh Houz. Bermula dari minat terhadap dekorasi dan kraftangan, saya mula mengorak langkah dengan mengikuti kelas homemade coklat pada tahun 2009 dan mula menerima tempahan dari rakan-rakan sekerja. Terima kasih kepada semua yang menyokong Chocoqaseh Coklat dan menjadi  pelanggan setia Chocoqaseh Coklat sehingga kini..
Terus terang saya katakan bahawa saya bukanlah seorang penggemar kek tetapi disebabkan mousse kek yang dibeli di Baker's Cottage, saya mula mencari resepi tersebut dan akhirnya berjaya menghasilkan kek tersebut. Bermula saat itu, saya terus mencuba pelbagai resepi kek dan sering membawa ke pejabat jika ada jamuan atau majlis. Sejak itu, saya mula menerima tempahan dan memperbaiki mutu, rasa dan dekorasi kek saya dari hari ke hari dan masih belajar hingga kini. Kepada semua yang menyokong saya selama ini, ribuan terima kasih diucapkan, tanpa kalian siapalah saya..
-Wassalam-

Prosedur Tempahan
  • Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 1 minggu awal bagi kuantiti yang sedikit. Bagi kuantiti yang banyak & Door Gifts, sila tempah 2 minggu awal (cupcake, cake atau tart), 1-2 bulan awal bagi tempahan 200pcs dan keatas (coklat).

  • Sila lampirkan maklumat berikut semasa membuat tempahan:

  1. Nama
  2. Alamat
  3. No. Telefon
  4. Item (Cth: Jenis Coklat/Kek/Cupcake/Tart)
  5. Kuantiti/Tema Warna/Wording/Saiz (Kek n Tart)
  6.   Tarikh Pick-up/Hantar

Nota: Maklumat yang diberikan tidak akan digunakan untuk perkara lain atau diberikan kepada pihak lain.

  • Tempahan berjumlah RM100 keatas bayaran deposit (50%) hendaklah dibuat semasa tempahan atau 2 hari selepas tempahan dibuat bagi menyediakan bahan-bahan keperluan dan baki 50% hendaklah dibayar sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh collect/dihantar).

  • Tempahan berjumlah RM100 kebawah bayaran penuh diperlukan semasa tempahan dibuat atau sekurang-kurangnya 5 hari sebelum penghantaran  Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima dalam tempoh tersebut, tempahan anda tidak akan diproses.  

  • Penting untuk anda menghantarkan maklumat/bukti pembayaran selepas transaksi. Email atau SMS diterima.

  • Bayaran boleh di buat melalui akaun Maybank 
  • Semua harga yang tertera adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan TIDAK TERMASUK caj penghantaran. Pembeli perlu bertanggungjawab terhadap caj penghantaran melainkan kami menyatakan sebaliknya.

  • D' Qaseh Houz akan menggunakan POSLAJU atau lain-lain Courier Service untuk penghantaran. Penghantaran akan dibuat pada setiap hari Isnin & Rabu. Pembeli digalakkan mengambil sendiri tempahan yang dibuat dan D' Qaseh Houz tidak akan bertanggung jawab terhadap pesanan yang rosak akibat daripada urusan pos.

  • Perkhidmatan penghantaran secara terus disediakan bagi kawasan tertentu SEKIRANYA DIPERLUKAN dan akan dicaj (minyak + tol)

  • Kami akan membalut barang dengan kemas sebelum penghantaran. Caj tambahan sebanyak RM10 dikenakan sekiranya pembeli mahu coklat tersebut dibungkus menggunakan  form box (Polistren).

  • Sila maklum bahawa warna gambar yang dipamerkan mungkin akan berbeza daripada asal berdasarkan perbezaan resolusi komputer dan kamera.

  • Harga mungkin akan berubah dari masa ke semasa, bergantung kepada harga semasa/pasaran bahan-bahan yang digunakan.

  • Terma & syarat ini mungkin akan berubah tanpa sebarang notis dari pihak kami dan semua hak-hak keputusan dilindungi oleh kami.

  • D' Qaseh Houz sedia menjawab sebarang persoalan daripada anda





Alhamdulillah..Syukur...Hasrat untuk memuat naik website baru saya awal tahun baru 2012 nie tercapai akhirnya....
Ini merupakan website kedua saya selepas Chocoqaseh.blogspot.com yang menumpukan kepada Homemade Coklat. D'Qaseh Houz merupakan medan memperluaskan biz online saya selain Coklat yang telah diketahui ramai dan telah mempunyai pelanggan tetap....
D' Qaseh Houz ingin memperkenalkan Homemade Cake dan Tart  yang pastinya menggunakan bahan-bahan yang HALAL, BERSIH dan SELAMAT.....D' Qaseh Houz bersedia menerima tempahan bagi semua majlis seperti perkahwinan, cukur jambul/berendoi, hari jadi, pertunangan atau apa sahaja majlis istimewa anda...Kami di D'Qaseh Houz akan cuba sedaya upaya merealisasikan tempahan anda mengikut citarasa dan design yang anda gemari walaupun D'Qaseh Houz baru setahun jagung diasaskan...D'Qaseh Houz mempunyai impian untuk memperluaskan biz online dengan memperkenalkan pelbagai produk pada masa hadapan.
Semoga impian dan hasrat D'Qaseh Houz akan menjadi kenyataan Insyaallah...D' Qaseh Houz hanya dapat merancang, ALLAH yang menentukan....



Party Pakej


contoh set goodies

Pakej A = RM200

1kg Butter kek
+ 50 set goodies bag
1 biji plain Cupcake
1 batang Lolichoc
1 bekas (S) Dadih

Pakej B = RM150
1kg Moist coklat kek
50 biji Coklat Oreo

Pakej C = RM100
1kg Buttercake
50 batang lolichoc

Gift/Hantaran Pakej

Pakej A = RM100
1 Set 35 pcs paraline
1 set 25 pcs Cupcake buttercream

Pakej B = RM70
1 Set 24 pcs paraline
1 set 16 pcs cupcake buttercream
 

MENU D' QASEH

Anjung D' Qaseh

Prosedur Tempahan

Hubungi D' Qaseh

Chocoqaseh Coklat

D' Qaseh Cake N Pastry

Album D' Qaseh

Senarai Harga

Tips N Petua D' Qaseh

Resepi D' Qaseh

Fakta Coklat

Borang Tempahan


Brownies Mousse Strawberry Cheese


Brownies Mousse Blueberry Cheese


Brownies Cheese Coklat Mousse Oreo


Black Forest Coklat Cake


Edible Moist Coklat Cake


6 pcs Carrot Cupcake


12 pcs Moist Coklat cupcake
ALL RIGHT RESERVED @ D' QASEH HOUZ