|
PENGENALAN
Penghimpun
adalah perisian sistem yang memproses pernyataan sumber dalam
aturcara bahasa himpunan dan menterjemahkan ke aturcara objek
dalam bahasa mesin. Aturcara objek yang dihasilkan adalah dalam
bentuk perduaan.Penghimpun juga menghasilkan senarai aturcara
untuk penyemakan ralat.Ia mengandungi salinan
aturcara sumber, kod objek, mesej ralat sekiranya ada, jadual
simbol, jadual rujuk-silang.
Apabila
penghimpun hendak dibangunkan:
- Pengaturcara
perlu tentukan pada mesin manakah penghimpun akan digunakan
- Format
arahan, mod pengalamatan arahan mesin dan sebagainya yang
berkaitan dengan mesin tersebutperlulah diketahui terlebih
dahulu.
FUNGSI
PENGHIMPUN
- Menukar
simbol alamat
- Menukar
simbol mnemonik kod operasi kepada kod mesin yang setara
- Membina
arahan mesin
- Menyediakan
ruang ingatan
- Menukar
pemalar kepada perwakilan mesin
- Mengeluar
aturcara objek dan senarai aturcara.
|